Geng-Geng..

nuffnang

17 May 2017

Ajarkan Untuk Terus Kuat


No automatic alt text available.

Kadang-kadang,
Tersangat rindu untuk menjadi sihat
Bebas beraktiviti
Bebas kemana sahaja
Tidak berpantang


Andai diturutkan
Ingin lelap setiap saat
Lemah 
Putus asa
Kecewa

Bila saya kata tidak sihat
Jujur,saya lemah
Kerana selagi mampu 
Saya bereaksi seperti sihat 
walau sebaliknya

Bila saya kata sihat
Jujur
Saya sedang bertahan

Tiada hari yang berlalu 
Tanpa sepenuhnya nafas teratur dihembus
Ditarik tersekat
Dilihat mengigil

Realiti
Sekadar hamba.
Tidak ramai yang faham
Untuk yang dekat dan memahami
Terima kasih

Sekali lagi sukar untuk lelap.
This is how person like me feel. Hard to sleep.
Dan, saya menulis untuk tenangkan dan memotivasikan diri sendiri

07 March 2016

Bila Ilmu Dirantai

Awak, awak tau tak tutup aurat itu wajib? Tiada bicara yang terluah menjawab pertanyaan yang dilontar. Tapi dalam hati berbisik, saya pakai je tudung pergi sekolah. Kira tutup auratlah tu kan?

Aurat tidak mengira tempat untuk ditutup. Dimana-mana kita berada kecuali di rumah itu pun kalau dengan mahram kita boleh membuka aurat, tetapi sekiranya selain daripada mereka wajib tutup aurat. Tutup aurat bukan khusus untuk ke sekolah sahaja.

Sibuk je nak bagi ceramah, nak kata ustazah tak juga, sebaya je kot. Riak wajahku berubah, aku melepaskan nafas kasar. Dia juga pantas berpaling sambil tersenyum. 

Saya sayang sahabat-sahabat saya, termasuk awak. Tak maulah masuk syurga sorang-sorang, kalau boleh nak masuk sama-sama. Supaya perbualan kami tidak terlalu tegang dia berkata sambil diselangi dengan tawa. 

Tapi kenapa rasa macam ditembak sahaja hati ini,apabila mendengar bicaranya. Rasa tak selesa, hati mula sedikit walang, secara sembunyi tangan yang ada di bawah meja menyentuh hujung tudung.

Ya? Kenapa pakai tudung hanya untuk ke sekolah sahaja?

19 October 2015

Hijrah Lorong Gelap 2

Cahaya yang berbalut gelap, hitam dan kelam. Duka yang tersembunyi perlahan menunjuk diri tidak lagi menyembunyikan tangisan yang selama ini dipasung.

Hidup biar ada matlamat, bukan sekadar ingin menggengam dunia semata, genggamlah juga akhirat yang tidak pernah melepas pandang dari kita.

Setiap tulisan di alam maya ini untuk diri yang jari tidak henti menulis memecahkan ego diri sebagai seorang hamba, melunturkan hati yang makin hari makin berkarat. Dan sekiranya ada mata dan hati yang terbuka membaca kisah hamba jalanan ini, panjatkan kesyukuran kepada Allah, Dia yang membawa anda ke sini. 

Kisah hati yang selama ini dipasung tiada suara, sekadar bicara tanpa suara melalui tulisan.

Perjalanan mencari Tuhan yang sangat panjang, beribu batu berjalan namun tidak menemukan penghujung yang benar-benar memuaskan hati. Perjalanan yang indah, umpama dunia di riba, namun tiada rasa yang kekal tinggal di dalam hati. Bahagia hanya sementara, esok lusa hilang dan setelah itu bermulahlah misi mencari rasa bahagia yang lain.

Dalam perjalanan panjang itu, melalui satu perkampungan yang sarat dengan aktiviti rohani setelah beribu batu menjelajah dunia, siapa mereka? Mereka golongan yang hidup dengan ajaran Islam yang sebenar, lantas soalan bertalu-talu mengetuk pintu hati, siapa saya? 

Lahir bukan sebagai Islam namun kini kamu Islam, setelah kedua ibu bapa memeluk Islam. Kamu tahu apa itu Islam? Tidak.Tunduk malu. Maka dalamilah, itu agama kamu sekarang. Jangan kalah dengan arus dunia, hadapi dengan keberanian jika kamu hanyut, berpaut pada dahan yang namanya kesabaran. Kamu pasti selamat.

Baiklah.
Misi mencari Tuhan bermula.

Antara Cinta dan Kelemahan.

Cinta..
Dimanakah Cinta..
Kelemahan
Kenapa ada Cinta kalau masih peduli akan kelemahan.

Cinta..
Terkadang seseorang merasakan bahawa cinta adalah sesuatu yang abadi yang tidak pernah ada akhirnya,cinta memiliki keindahan yang mengagumkan,seakan segalanya berjalan dengan baik dan sempurna.

'Sayang bolehkah aku bertanya padamu?'
'Apakah itu?'
'Bisakah engkau tunjukan kekuranganku?'
'Aku mencintaimu,sehingga kekuranganmu menutup mataku.seolah engkau sangat sempurna'

CINTA Membutakan mata.Menutupi segala kekuarangan orang yang kita cintai.
SUBHANALLAH..
Namun'Ingatlah'
Kesempurnaan hanya milik Allah semata.

Manusia tempat segala kelemahan dan kekurangan.
Kita akan menemukan kekurangan dalam pribadi,tindakan juga penampilan sang kekasih.
Sadarilah,orang yang kita cintai bukanlah malaikat
Tapi manusia biasa yang memiliki cacat dan kekurangan.
Bahkan mungkin orang yang kita cintai tabiatnya sama sekali lain dari apa yang kita pahami sebelumnya.

Inilah realita kehidupan
Harus menerima manis dan pahit.
Kita tidak boleh menipu diri sendiri dengan membayangkan kesempurnaan dalam hidup.

TABIAT kehidupan ada BAHAGIA DAN DERITA

Salinglah memahami perbedaan pada diri kita
Saling mencintai
Toleransi
Jangan dzolim dengan memvonis pihak lain.

Teliti
Pahami
Pertimbangkan

Sungguh terkadang kita salah memahami sesuatu,salah tafsir.
Toleransi adalah kemuliaan

Lirikan matamu pada kebaikan pasanganmu,Introspeksilah pada dirimu sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..


Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”


Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.

Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.

Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.

Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!

Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.

Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.

Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

Wallahualam.....

18 October 2015

Hijrah Lorong Gelap 1

Medan dakwah medan perjuangan. Bagi mereka yang masih merangkak mendaki tangga-tangga keinsafan sejujurnya agak payah untuk bertahan di medan ini. Namun, percaturan takdir Allah itu indah dalam kita merangkak Dia hadirkan teman-teman yang telah lama bertapak di medan ini, aura perjuangan yang mereka bawa turut berjangkit kepada kita. 

Berubah, semua orang boleh berubah tapi berapa ramai yang kekal dan istiqamah dalam perubahan... itu yang menjadi titik persoalan. Untuk kekal istiqamah tidak salah kita merayu tangis kepada Allah memohon kekuataan, adakalanya tergelincir dari landasan istiqamah, bertahanlah Allah sedang menguji.

Mengimabu kembali titik awal ketika saya memilih untuk berhijrah, orang kata nama saja Islam tapi satu benda tentang Islam pun saya tidak tàhu sehinggalah Allah menghantar saya jauh terbang ke seberang laut. Hikmah tangisan yang enggan berpisah dengan keluarga Allah gantikan dengan ilmu akhirat yang bermanfaat.

Setahun sebelum menamatkan pengajian Allah hadirkan sahabat-sahabat syurga buat saya, mengajak kepada kebaikan, menyeru meninggalkan kemungkaran. Mujur mereka tidak terlalu mendesak dan memaksa, hikmah dalam menyeru ke arah kebaikan mereka pamerkan dengan penuh baik sekali.

Sehinggalah hati tersentuh untuk mengenali Islam dengan makin dekat dan dalam..

to be continued

23 July 2015

:Bicara palestin:


Meriba deraian air mata

Si kecil meratap tangis

Si ibu meratap hiba

Si ayah meratap pilu


Sakit yang tidak terlihat dunia

Sengsara yang tidak pernah terungkai

Hidup terpenjara

Walau menjerit nyaring, sahutan tiada kedengaran



Disebalik tembok tinggi

Tersembunyi seribu kisah perih, pedih

Runtuhkan tembok itu

Moga rintihan tersebar merentas benua




Peluru yang tidak bermata

Menceroboh kejam,Meragut nyawa

Nyawa menjadi benteng kukuh

Semoga bumi Palestin tetap di genggaman



Umat islam sedunia

Kami memancing doa kalian

Hantarkan kami kalimah

Kalimah menghancurkan Zionis laknatullah



Salam perjuangan

#misshaclane

07 July 2015

Jelajah Dakwah Ke Kaki Gunung Kinabalu

Alhamdulillah, sekian lama tidak menulis akhirnya hari ini Alah memberikan kelapangan masa untuk menulis. 

Kali ini bukan ingin berpuisi, sekadar ingin berkongsi kisah dan cerita jelajah dakwah yang disertai baru-baru ini.

Jauh di kaki gunung kinabalu itula tempat yang dituju. Allahu semoga dipermudahkan perjalanan. Seawal pagi bersiap sedia dengan bantuan bekalan makanan yang akan menjadi ole-ole buat mereka yang akan dikunjungi. 

Seawal jam 8.00 pagi bertolak dari Kota Kinabalu menju ke kampung Malngkap Paka iaitu yang terletak di Kota Belud. Semangat membara untuk bertemu dengan saudara seislam di sana yang dikhabarkan golongan minoriti dan berstatus muallaf. Aku mula tertanya-tanya, bagaimana agaknya kehidupan mereka yang bergelar muallaf? Adakah seperti kami sekeluarga dahulu?

Melalui jalan yang tidak berturap menjadi perkara biasa bagiku kerana kampung halamanku satu ketika dahulu begitu keadaanya. Memasuki kawasan Kota Belud menambahkan girang di hati.Sudah semakin hampir bisik hatiku. Namun, apabila mula memasuki simpang ke Kampung Malangkap, kami tersekat kerana menurut salah seorang Pegawai Jheains Kota Belud yang ditemui, jambatan yang menjadi laluan ke Kampung Melangkap telah rosak teruk akibat banjir lumpur yang melanda. Jadi, kami terpaksa melalui jalan yang bagiku sangat jauh.

Bermulanya pengembaraan yang mencabar.

Dengan laluannya yang tidak berturap, kawasan yang berbukit dengan batu-batu yang besar-besar menyukarkan perjalanan kami. Adakalanya kami akan turun dari kereta apabila kereta yang dinaiki tidak mampu mendaki bukit dan setelah itu akan ditolak secara beramai-ramai. Cabaran di bulan puasa. Aku turut merasa lelah dan penat mendaki bukit yang boleh tahan tingginya. Namun, langsung tidak timbul rasa menyesal kerana menyertai misi ini. Misi ini misi dakwah buat mereka di luar sana yang mungkin amat menantikan kehadiran kami semua. Laluan yang sempit juga turut menyukarkan perjalanan kami.

Akhirnya, setelah berjuang lebih kurang dua jam merentas hutan kami sampai ke perkampungan Malangkap Paka. Aku melihat penduduk sekelilingnya, ramah mesra semuanya tidak kiralah mereka yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama islam. Mereka sambut kami dnegan senyuman lebar. Setelah itu, penduduk yang beragama Islam membawa kami ke Balairaya untuk saling berkenalan dan beramah mesra.

Semoga Allah menjaga mereka. Itu doaku buat penduduk Islam di kampung Malangkap Paka. Semoga hidayah Allah sentiasa bersama mereka. Mendengarkan keluhan mereka menghadirkan rasa sebak di hati. 

Di akhir pertemuan kami menyerahkan ole-ole yang kami bawa dan saling bersalaman sebelum berangkat balik ke kota kinabalu. In shaa allah, kami pasti akan datang kembali itu janji kami kepada penduduk di sini..

"kembara dakwah yang menginsafkan diri"





10 February 2014

Aku Memilih DIA



“ Mengapa tidak ingin mencuba?” Tanya Dia. 

Aku sekadar tersenyum mendengarkan pertanyaan itu. 

Lantas aku bertanyakan kembali. 

“ Apa kebaikan yang ada padanya?” Dia Diam. 

“ Kamu pernah kecewa?” Dia bertanya lagi. 

“ Aku tidak pernah kecewa. Cumanya, aku punya prinsip sendiri.” Aku tidak mampu memandang wajahnya. Malu. Berani sungguh dia meluah rasa.

15 January 2014

Diusap Tarbiyyah Allah 1

“ Jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya”
Surah Ibrahim:34
Evalaine mengamati terjemahan Al-Quran daripada surah Ibrahim itu. Betapa besar dan luasnya nikmat Allah yang ada di muka bumi ini. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat. Cukup sekadar melihat kepada diri ini.
Anggota badan yang cukup sempurna. Namun jarang sekali disyukuri kesempurnaannya. Sering  meminta lebih padahal apa yang dimiliki lupa untuk disyukuri. Astagfirullah! Nikmat Tuhan manakah lagi yang kita perlu dustakan. Evalaine menyapu pipinya yang dilimpahi air mata. Ya Allah, seandainya sejak dahulu aku tahu betapa besarnya kerajaan-Mu,betapa luasnya nikmat-Mu tidaklah aku tersasar jauh dari landasan yang telah Engkau tetapkan buatku.
“ Evalaine, kenapa menangis?”
Evalaine sedikit terkejut dengan kehadiran sahabatnya itu. Sahabatnya yang sejak kebelakangan ini semakin rapat dengan dirinya. Dahulu,dia sekadar mengenali nama sahabatnya itu dan bertegur sapa begitu sahaja.
“ Khaulah, mana ada menangis” Evalaine cuba menafikan. Ah, sungguh kamu tidak pandai menipu Evalaine. Melihat mata dan  hidung  yang merah sahaja sudah pasti orang dapat meneka yang kamu baru lepas menangis.
“ Evalaine, yang berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang lagi.” Khaulah mengusap tangan sahabatnya itu. Memang pada mulanya terasa begitu payah untuk mendekati gadis bernama Evalaine ini. Mungkin juga disebabkan persekitarannya yang dikelilingi sahabat-sahabat Non-Muslim sejak dahulu apatah lagi dengan statusnya yang bukan lahir dalam keluarga Islam dan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.
“ Kadang-kadang saya rasa sedih. Setiap kali mengingati kisah lalu. Sukar untuk melupakan kejahilan diri sendiri” Luah Evalaine.
Memang dia merasa sangat malu. Memegang status sebagai orang Islam.Tetapi ajaran agama sendiri tidak diketahui bagaimana.

10 January 2014

Aku Dan Sahabat Non-Muslimku

:: Aku Dan Sahabat Non-Muslimku::

Sahabat saya selalu mengingatkan, jangan berhenti berharap dan berdoa kepada Allah. Walau dia bukan beragama islam, saya bangga dan rasa sangat bahagia mempunyai kawan baik sepertinya.

Setiap kali, kami menempuh laluan yang sukar, adakalanya dia mengatakan "kalau awak buat solat hajat, jangan lupa doakan saya ya" Saya tersentuh mendengar bicaranya. 

Walau dia bukan beragama Islam, dia faham sedikit sebanyak tentang Islam. Kami telah menjadi sahabat baik selama 13 tahun. Apabila masuk waktu dia selalu menginagtkan " Awak tak solat?" , "Pergilah solat, nanti habis waktu". Sungguh dia seorang sahabat yang baik. Ketika saya solat, dia diam tidak berkutik. Katanya, takut menggangu. Tapi, saya terfikir mengapa mereka yang beragama Islam, di saat sahabat mereka sedang solat, mereka bergelak tawa tanpa mempedulikan bunyi bising yang mereka hasilkan.

04 January 2014

Bolehkah Aku Meminta Lebih?

Betapa rasa bersalahnya diri ini apabila ingin meminta lebih dari Rabbku di saat diri ini diselimuti dengan kelemahan dan kehinaan. Namun, mendengarkan Rabbku ini Maha Pemberi Rahmat, aku tebalkan wajahku untuk berbicara dan memohon kepada-Nya.

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat…(Al-Anaam:6)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu.

30 December 2013

Ya Allah..Aku Seru Nama-Mu


Gembira!Bagai Dunia ini aku yang punya
Lantas! Aku lupa untuk mensyukuri
Alhamdulillah langsung tidak bermain di bibir

Tika bersedih
Lantas! Aku Menyeru..

YA ALLAH..YA ALLAH..

Ah! Tidak mengenang budi sungguh diri ini
Di waktu gelombang kesedihan 
Pandai pula mencari TUHAN
Malu...

Berlari riang tanpa batasan
Bagai akan hidup selama-lamanya
Alhamdulillah dilontar jauh
Oh! Kejamnya!

Di saat larian disekat
Tersungkur jatuh
Mula merasa, adakah nyawaku masih denganku??
Menjerit hiba..

YA ALLAH..YA ALLAH..

Berlagaknya manusia
Egonya tinggi mencecah langit
Langsung tidak ingin bersyukur pada yang empunya dunia
Layakkah ke syurga?
Hati menginginkan syurga,namun mengapa langkahan kaki menuju ke neraka?

Terlalu banyak peringatan
Mengapa hati masih menafikan
Mengapa akal menolak 
Dunia ini hanya tempat untuk bermimpi, akhirat kita jagakan diri


“Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.. Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang..” [Khalifah Umar bin Abdul Aziz]


Membenci sesuatu yang telah ditulis takdir
Hati memberontak, menolak pemberiannya
Bukankah kita insan yang lemah?
Mengapa perlu melonjak naik untuk menunjukkan kekuasaan.



“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…”

[Al-Baqarah, 2 : 216]


Dikala kepayahan datang menghimpit
Dengan penuh kehinaan
Merangkak tangga-tangga keinsafan
Tidak henti kalimah
YA ALLAH..YA ALLAH..

Ketika kesenangan mengaburi pandangan mata
Tangga keinsafan itu kau musnahkan dengan penuh kerakusan
Tidakkah engkau ingat??
Siapa yang menyambut tangan hinamu
Di saat kau jatuh dahulu??


” dan terhadap nikmat TuhanMu, hendaklah Engkau nyatakan dengan bersyukur.” (Ad-Dhuha:11)

Coretan hamba yang hina lagi berdosa
Ku seru Nama-Mu Ya ALLAH
Cehbilaine

23 December 2013

Indahnya Ukhuwah Kami


" Ya Allah, Engkau Kekalkanlah hubungan persahabatan kami. Jadikan kami hambamu yang memikul beban dakwah-Mu. Seiring menuju jannah-Mu. Lapangkan dada kami dalam memperjuangkan Islam, himpunkan kami dalam satu jemaah agar kami tidak rebah tersungkur di saat ujian-Mu datang menyapa kesabaran dan ketabahan"

Perkara yang paling membahagiakan hati ialah di saat kita punya sahabat yang sama-sama berjuang dalam memperjuangkan agama Allah. Berusaha seboleh mungkin untuk memelihara agama Allah. Sahabat yang baik itu, dia yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah dan kematian.

Alhamdulillah,
Tidak pernah menyangka diri ini akan punya sahabat yang ramai. Perjalanan takdir yang telah Allah ciptakan buat diri ini, membolehkan syaa bertemu dengan mereka. Saya tersenyum dan mengucap syukur. Sejujurnya, saya tidak punya sahabat di kampung halaman sendiri melainkan di sekolah. Dan apabila saya mengikuti satu program yang dikenali sebgai Kem "mudahnya Solat" saya telah bertemu dengan mereka. 

Hari sabtu lepas, kami telah bersama-sama ber "jungle trekking". lebih kurang ada dalam 20 orang belia Masjid Kampung Rosok.Wah!! seronoknya bersama-sama dengan mereka. Semangat kerjasama yang dipamerkan begitu menyentuh hati. Saling menjaga di antara satu sama lain.

Berhujan bersama, melalui jalan merbahaya bersama. Oh ya! laluan merbahaya itu tidak akan pernah saya lupakan. Sejujurnya memang rasa sangat takut. Tetapi, terpaksa mengawal diri dan berfikiran positif. dan semestinya sepenuh keyakinan saya serahkan pada yang Esa, semoga rombongan kami berjaya melalui jalan merbahaya. Alhamdulillah. Kalau cakap takut, kalahlah dengan budak-budak yang lagi muda dari saya. Mana boleh! hehe..

Niat awal rombongan kami sebenarnya ingin memanggang ayam tetapi disebabkan hujan yang lebat dan air pun mula naik maka kami membatalkan niat dan bergegas pulang. Jadi, al kisahnya, semuanya kelaparan. sampaikan ada yang berebut nasi lagi dalam kereta. Hehe



















Kem "Mudahnya Solat"

Assalammualaikum Khalifah Allah di muka bumi..

Dengan rahmat dan kasih sayang dari-Nya, alhamdulillah masih diberikan nyawa untuk menghirup secangkir maghfirah..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Sekadar ingin berkongsi pengalaman manis yang dialami pada minggu lepas. Indahnya aturan takdir Allah. Tiada siapa yang mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku. 

Sekian lama mencari tarbiyah untuk mengharapkan kasih sayang ALLAH. Dia yang ESA hantarkan khabar gembira buat diri dengan menjadi sebahagian kepada AJK PELAKSANA " Kem Mudahnya Solat" di kampung halaman tercinta.

Menyumbang tenaga untuk gerak kerja Islam siapa yang tidak merasa seronok dan gembira bukan? Sekurang-kurangnya jika ditanya kelak apa yang kita sumbangkan untuk agama sendiri, kita punya jawapannya.

Pengalaman selama 3 hari bagi menjayakan program ini bersama Ajk-Ajk yang lain terasa begitu bermakna sekali. Berukhuwah dan Bersilaturahim itu sesungguhnya begitu manis apabila seiring dengan kehendak syarak. Yang dulu tidak dikenali jadi kenal. yang dulu tidak mesra menjadi mesra. 

Penatnya memang terasa. Namun apabila melihat akan adik-adik yang begitu bersemangat sekali rasa penat sedikit sebanyak hilang. Hati tersenyum melihat gelagat adik-adik yang mencuit hati. Rasa tidak sihat sepanjang program tidak terasa kerana melihat semangat fasilitator yang begitu tinggi dalam menjayakan program ini. 

Harapan di hati, semoga program seperti ini akan diteruskan lagi. Jika ingin melihat agama Islam terpasak di muka bumi ini maka terlebih dahulu pasakkan Islam di dalam hati. Generasi muda haruslah didik berdasarkan ajaran al-Quran dan As-sunnah. Mudah-mudahan generasi berilmu akan lahir di kampung Rosok dan bersama-sama memperjuangkan Islam. In Shaa Allah.










05 December 2013

Mengapa Aku Masih Bernyawa?


Mengapa aku masih dihidupkan di atas muka bumi ini? Sedangkan aku bukanlah hamba yang begitu taat kepada Sang Pencipta. Dosa menyelimuti tubuh. Ya, adakalanya juga aku begitu teringin untuk membasuh dosa yang berlumuran melimpahi tubuhku, namun rasa itu cuma seketika. Bila dibadai dengan nafsu, rasa itu berterbangan pergi.

Ada ketikanya, timbul rasa cemburu dalam diri. Mengapa mereka lebih taat kepada-Mu? Mengapa aku tidak? Aku Cuma membandingkan apa yang mereka ada dengan apa yang aku miliku. Aku melihat mereka kuat kerana tarbiyyah, Aku? Mereka kuat kerana punya teman yang baik menjadi cerminan diri mereka. Aku?Mereka kuat kerana teman sejati mereka adalah majlis-majlis ilmu. Aku?

Tipulah jika aku mengatakan bahawa diri ini tidak pernah bertanyakan pada yang Esa. Mengapa aku melaluinya, bukan orang lain? Aku beristighfar, terimalah dengan redha setiap ketentuannya. Lantas, aku memohon kemapunan di atas kurangnya ilmuku.

Kadangkala aku menangis sendirian. Merintih. Mengapa aku begini Ya Allah? Mengapa aku tidak seperti mereka? Sungguh aku cemburu kepada kebaikan yang mereka lakukan. Sungguh aku cemburu dengan ketaatan yang berlipat ganda mereka berikan kepada-Mu?

Aku memilih untuk muhasabah diri. Merenung kembali perjalanan hidup. Adakalanya aku tertawa dengan laluan hidupku. Ya, hidup bahagia dengan keluarga. Aku mensyukuri kebahagiaan yang diberikan. Tapi,akhirnya aku sedari. Aku lebih banyak menangis sebenanrnya. Apalah sangat kebahagiaan di dunia ini kerana ia bersifat sementara. Aku ingin kebahagiaan yang hakiki bukannya sementara.

Keculasanku dalam mengenali-Mu. Aku merasakan, sepertinya aku berjalan di atas muka bumi ini yang tidak punya arah tujuan. Dan seteruk-teruk manusia itu adalah mereka yang tidak punya hala tuju. Sesat dalam cahaya. 

Lantas, aku mencari arah. Aku cuba memujuk hatiku sendiri. Aku cuba menongkat kekuatan dengan kakiku sendiri tanpa ada yang membantu. Aku cuba bangkit tanpa sesiapa menjadi pautan. Segalanya aku serahkan pada yang ESA. Dia sumber kekuatan. Dia sumber keyakinan. Dia juga tempat aku merintih.

Dalam pencarian mengapa aku masih bernyawa, aku mula mendapatkan jawapannya. Kerana aku hamba yang berdosa, Allah masih meminjamkan nyawa buat diriku agar aku sedar dan bertaubat kepadanya.

13 November 2013

Usah malu..Nanti sesat jalan..

Sakitnya rasa malu itu jika kita tidak mampu untuk melawannya. Sakitnya rasa malu itu jika kita tidak mampu menepisnya bukan? Namun perasaan malu di sini, biarlah kena pada tempatnya. Orang kata malu biar bertempat. Kan?

Melihat cahaya yang terang namun masih teraba-raba untuk mencari halu tuju kehidupan. Berjalan di laluan yang terang namun mengapa seperti berjalan tanpi disinari cahaya. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja akan berasa sakit. Laluan yang ngeri kerana berkali-kali tersungkur.




11 November 2013

When Death come knocking

This poem is sharing from islamictweeter.. Thank you for the writer may Allah bless and grant you an a good idea to keep writing. When Im reading this, my tear is keep flowing. My heart is shaking. I can imagine that the people in this poem is me. 

This poem make me thinks that, as a servant we must fully obey to Allah. He is the creator. He is the Most Almighty.
Here the poem,.

It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
Who is there? The sleeping one cried.
I’m Malaikat Maut, let me inside.

At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,

He shouted to his sleeping wife,
Don’t let him take away my life.

Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone; I’m not ready yet.

My family on me depends,
Give me a chance, O please prepense!

The angel knocked again and again,
Friend! I’ll take your life without a pain,

Tis your soul Allah requires,
I come not with my own desire.

Bewildered, the man began to cry,
O Angel I’m so afraid to die,

I’ll give you gold and be your slave,
Don’t send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door; get up from your bed,

If you do not allow me in,
I will walk through it, like a Jinn.

The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel’s stand.

I’ll point my gun, towards your head,
You dare come in; I’ll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying, O Friend! Prepare for you doom.

Foolish man, Angels never die,
Put down your gun and do not sigh.

Why are you afraid! Tell me O man,
To die according to Allah’s plan?

Come smile at me, do not be grim,
Be Happy to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame,
I had no time to take Allah’s Name.

From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my health.

Allah’s command I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.

A Ramadan came and a Ramadan went,
But no time had I to repent.

The Hajj was already FARD on me,
But I would not part with my money.

All charities I did ignore,
Taking usury more and more.

Sometimes I sipped my favorite wine,
With flirting women I sat to dine.

O Angel! I appeal to you,
Spare my life for a year or two.

The Laws of Quran I will obey,
I’ll begin SALAT this very day.

My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self-conceit.

I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity,

Wine and wenches I will detest,
Allah’s oneness I will attest.

We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands.

Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.

I’m afraid this moment is your last,
Now be reminded, of your past,

I do understand your fears,
But it is now too late for tears.

You lived in this world, two score and more,
Never did you, your people adore.

Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.

Your two ill-gotten, female offspring,
In nightclubs, for livelihood they sing.

Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.

You ignored the Mua’dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Quran.

Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.

From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers, you underpaid.

Horses and cards were your leisure,
Moneymaking was your pleasure.

You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.

A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save?

O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.

When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, tis true.

Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.

There is no time for you to repent,
I’ll take your soul for which I am sent.

The ending however, is very sad,
Eventually the man became mad

With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.

O Reader! Take moral from here,
You never know, your end may be near

Change your living and make amends
For heaven, on your deeds depends.

Author Unknown

06 November 2013

Usah Cemburu..Rezeki itu rahsia Allah..

" Awak, saya dah dapat kerja, saya lulus interview"
" Owh, ye ke..Tahniah..okey lah tu"

Adakah ucapan tahniah itu ikhlas? Atau ada nada rasa cemburu bergema di dalam hati 'mengapa aku belum punya sebarang pekerjaan,padahal selama ini kami sentiasa bersama'. Pernah anda berasa bahawa, sahabat baik kita lebih bernasib baik berbanding kita? Usia persahabatan sudah menjangkau 11 tahun, selama ini walau kemana kaki melangkah akan sentiasa bersama, segala kesedihan dikongsi bersama, kegembiraan berkongsi tawa.

"Aah, dia sudah mendapatkan pekerjaan, mengapa aku masih belum ada?" jauh disudut hati ada rasa iri hati bertandang, ada rasa cemburu menjentik tangkai hati.

Perasaan sebegitu seharusnya tidak timbul apatah lagi orang itu adalah sahabat baik kita. Bersangka baiklah pada yang memberikan rezeki. Mungkin belum tiba masanya untuk kita menjadi seperti sahabat kita itu. Cubalah check kembali hati kita, mungkin tika berhadapan dengan ujian sahabat kita itu menyerahkan segalanya pada Allah, tika diberikan nikmat mungkin sahabat kita itu sentiasa bersyukur atas pemberiannya. Mungkin akan ada persamaan antara kita dan sahabat baik kita dari segi zahirnya namun batin setiap manusia itu tidak akan pernah sama. 

Allah ingin mengajar kita untuk menjadi sahabat yang baik. Dia menguji persahabatan dengan memberikan yang lebih baik kepada sahabat kita. Naa, di sini Allah ingin melihat, apakah kita akan rasa gembira di atas kegembiraan sahabat kita atau sebaliknya. Apabila kita sayang kepada sahabat kita, kita sepatutunya sentiasa di sisinya untuk menjadi penyokong dan tulang belakang tika diperlukan.

Usah berasa cemburu diatas rezekinya, Rezeki itu juga seperti jodoh. In shaa Allah telah ada cuma kita tidak tahu bagaimana bentuknya dan bila kita akan  mendapatkannya. Yang perlu kita lakukan ialah tetap bersabar dan mensyukuri apa yang kita ada sekarang. Boleh jadi kita belum bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan sebab itulah Allah tangguhkan dulu untuk kita membina keyakinan diri sebelum melangkah ke dunia yang baru. Alam pekerjaan itu tidak akan sama dengan alam pengajian kita.

13 October 2013

Baiknya TUHAN

Dengan ditemani rintik-rintik hujan, saya, Ibu dan Kakak duduk bersama menanti kepulangan ayah tercinta. Berbual kosong sambil bergelak tawa. Tiba-tiba, mulut ini mengungkap kata pada Ibu dan Kakak..
" Baik kan TUHAN, saat kita betul-betul memerlukan sesuatu DIA berikan" Kakak saya turut mengiyakan kata-kata itu. 

" Sebab itulah kita kena bersyukur, dan jangan kedekut, nanti in shaa allah TUHAN akan murahkan rezeki"

Tiba-tiba Ibu bersuara " Ibu selalu rasa susah je pun" Sambil tersenyum. Saya sedikit terkejut. Mungkin Ibu belum memahami sepenuhnya tentang konsep bersyukur. Sedangkan saya ini pun, baru kini memahami konsep bersyukur dengan sebenar-benarnya, Bersyukur dengan kurniaan Allah, dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.

Dengan senyuman saya berkata " Tak baik macam tu, kita kenalah sentiasa bersyukur, cuba lihat kehidupan kita sekarang, tak lah susah mana, masih boleh makan nasi walaupun kadang-kadang tak berlauk, sedangkan yang mereka yang lain belum tentu boleh makan." Saya faham mengapa Ibu saya berkata sedemikian, kerana dia merasa sangat payah di saat membesarkan kami semua suatu ketika dahulu.

Ibu saya mula bercerita, tentang pengalaman lalu. Tidak perlulah diceritakan di sini. Bagi seorang Ibu semestinya pengalaman itu amat perit untuk dikenang dan bagi kami sebagai seorang anak, sesungguhnya betapa besar pengorbanan seorang ibu dan ayah sehinggakan sanggup tidak makan untuk anak-anak. Pengalaman itulah menjadi motivasi saya dan kakak agar terus berjaya dalam bidang pelajaran.

" mungkin dulu ibu tak bersyukur kot" Mengusik sang Ibu. 
Saya mula bercerita dengan Ibu, tentang betapa baiknya TUHAN itu. Dan kita sebagai hamba yang diciptakan perlulah redha dengan apa jua takdir yang telah ALLAH berikan. Adakalanya takdir itu sakit untuk dilalui tapi kita jangan lupa bahawa ALLAH ingin mengajar kita erti ketabahan.

Walau apapun yang berlaku jangan sesekali merungut dan berkeluh kesah. Berdiam diri lebih baik dan juga lupa menjaga hati. 

Terlalu banyak tentang Islam yang Ayah dan Ibu tidak dan kurang ketahui begitu juga dengan kami(anak-anaknya). Dan kami sebagai seorang anak yang serba sedikit tahu tentang Islam mencuba untuk menyampaikan kepada kedua ibu dan ayah serta keluarga. Ya, memang terasa kepayahannya. Saya seringkali memujuk hati ini dengan berkata "ALLAH kan Ada".

Pesan wajib, ibu dan ayah tika kami berjauhan ialah "jangan tinggal solat". Hati tersenyum, kerana sebelum ini, saya tidak pernah mendengarkannya. Moga ALLAH, permudahkan buat kami sekeluarga.
Semoga saya dan keluarga diberikan kekuatan untuk mengamalkan cara hidup Islam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...