Geng-Geng..

nuffnang

02 October 2011

Aku milik mu...





Ya Allah.. 
Tuhan semesta alam 
 Sucikan hati kami dari sifat-sifat munafik 
Jauhkan amal perbuatan kami dari perbuatan yang sia-sia
 Hindarkan lisan kami dari kata-kata dusta
 Dan mata kami dari tidak jujur 

 Sesungguhnya engkau mengetahui pandangan mata yang khianat
 Dan apa yang disembunyikan oleh hati 

 Ya allah aku mohon kepadamu jiwa yang tenang
 Untuk bertemu denganmu Menerima pemberianmu 
Dan rela dengan ketentuanmu
 Bersihkan hati kami dari menyampai dan menerima ilmu mu ini
 Amen ya rabbal alameen..

14 September 2011

PerjaLanaN HiduP..


Dalam langkahku menyusuri kehidupan..
Terkadang diri diuji oleh sang pencipta..
Terkadang ujian itu amat perit dan menyakitkan untuk dihadapi..
Tidak ditempah hidup sengsara kerana ia suratan nasib yang melanda..

 Namun diri ini tidak lupa akan hikmahnya..
 Mengapa ujian itu diturunkan kepada diri ini..
 Betapa Allah amat menyayangi setiap hambanya..
Walaupun diri ini sentiasa melakukan dosa..

Namun ia tetap ada disisi..
Sebagai teman yang sejati..
 Mulut tidak mengungkap kata..
Rasa hati tidak terluah..

Namun dia tahu setiap yang ada di sudut hati dan setiap kata yang akan diungkapkan..
Bagaimana harusku sembunyikan daripadamu..
Sedangkan engkau sentiasa tahu..
kerana engkau Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu..

Engkau sentiasa ada untukku..
Tika susah dan senang..

Sentiasa ada…

Ketabahn dan kesabaran sentiasa diuji..
Rasa tabah yang sedikit ini ku genggam dalam setiap langkahku..
Kerana ku pasti setelah kabus yang tebal melanda..
Pasti pada akhirnya akan cerah kembali..
Dan segalanya pasti akan kembali kepada yang asal..

29 August 2011

Buat Ayah Dan Ibu yang Tersayang..



Wahai ayah dan ibu..
Didiklah anakmu ini agar menjadi anak yang soleh..
Taat kepadamu tika susah dan senang..
Sentiasa mendoakanmu agar bahagia di kehidupan yang kekal abadi..
Kerana anak soleh itu permata keluarga dan harta di dunia dan akhirat..

Wahai Ayah dan ibu..
Bimbinglah anakmu ini untuk mengenal pencipta dirinya..
Agar anakmu ini tidak leka dengan kehidupan dunia..
Berikanlah anakmu ini ilmu akhirat sebagai panduan hidup untuk menuju di negeri yang kekal abadi..
Dan berikanlah ilmu duniawi sebagai panduan untuk menuju kehidupan yang abadi..

Wahai ayah dan Ibu
Redhai setiap langkah anakmu ini..
Agar tidk tersasar di jalanya..
Agar teguh iman dan takwanya..
Tika berada jauh daripadamu..

Wahai ayah dan ibu..
Ingatkanlah kepada anakmu ini..
Agar sentiasa menjadikan ALLAH itu
Sebagai Matlamat yang abadi..dan..
RASULLULAH itu sebagai kekasih yang sentiasa dirindui..

18 July 2011

Dia yang Selalu Ada..

Assalammualaikum...




Duhai hati bersabarlah terhadap segala ujian yg diberikan..

Aku diuji dengan pelbagai ujian..
Diuji dengan cinta manusia yg dihulurkan oleh Kaum Adam..
Aduhh..payah sngt nak menghadapi..
Ya ALLah adakah ini ujiannmu terhadap prinsipku..

Aku juga wanita yang ingin disayangi dan menyayangi..
Namun ku punya impian..
Aku banyak membaca artikel-artikel islamik..
khususnya tentang hukum 'bercouple' dalam islam dan bagaimana cara-caranya..
Aku banyak mempelajari tentang itu dan teringin sekali untuk menjadi seseorang yang melabuhkan rasa cinta hanya untuk mereka yang seharusnya layak untuk meikmatinya..

Baru-barru ini terlalu banyak ujian yg melibatkan hati dan perasaan yang singgah menyapa..
ada yang mampuku tempuhi dan ada jua yang gagal untuk ditempuhi..
Saat itu aku serahkan segalanya pada sang pencipta diriku untuk menentukan yg terbaik buat diriku..
Ujian itu menjadikan aku lebih ingin dekat kepadanya dan sentiasa berharap kepadanya..

Aku redha kiranya dia bukan untuku..walaupun terasa sakit namun syurga Allah itu Manis buat mereka yang  sentiasa redha..
Aku menyedari inilah perjalananku..inilah yang ditentukan olehnya..

16 July 2011

Yang Sebenarnya..Ikhlas Dari Hatiku..


MaHar cinta
''bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa,namun bimbang dirikan terleka,hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai Mahar Hantaran,apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yg 
dilafazkan bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji''


NoTa CinTa
''andainya dptku menulis nota-nota cinta buat dirinya,inginku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri''

''cintaku kpd dia rinduku hanya padanya kasihku tulus buatnya setiaku balas kasihnya kasih ku kasih yg setia pada yg punya"


Di PersinggaHaN
''kita sekadar di persinggahan pasti kembali pada yg menciptakan,ombak dan badai lumrah kehidupan insani,jgn mengeluh jgn berputus asa insaflah semua darinya jua jgn terkorban dengan dunia''


Sesekali Diuji
''apa jua balah bencana singgah menerpa,menguji jauh mananya sabar kita,mungkin selama ini kita terlupa.kita terlalu leka dgn nikmat kurniaanya,maka diberi sedikit ujian untuk menguji tahap keimanan''
''bila kesusahan terasa hidup terlalu payah pelbagai persoalan menerjah baru minta petunjuk hidayah,usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya yg tidak kita ketahui 
dalam hidup ini teruslah berdoa pada Allah''


FaqirNya Aku
''ya allah aku hamba yg maha fakir sentiasa mengharap akan kekayaanmu,aku hamba yg maha lemah 
sentiasa mengharap kpd bantuanmu''
Ya allah bagaimana ku ingin mengadu padamu sedangkan ia tidak pernah tersembunyi darimu bagaimanaku ingin  jelaskan segala urusan ku sedangkan segala-galanya darimu"


DiaNku Abadi
''dirimu umpama dian menerangi kegelapan ruang yg x cahaya,itulah diriku ketika masa dahulu
namun kini ku punya penyuluh''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...