Geng-Geng..

nuffnang

23 October 2011

SaYangnya RaSullulaH..

Assalammualaikum w.b.t..
 Dah lama Rasanya tak update blog nie..
sejak kebelakangan nie agak sibuk dengan assigment..
celaru jugak memikirkanya..
Harap hati ini sentiasa bersabar terhadap setiap dugaan dan cobaan yang diberikan..
Ya ALLAH betapa engkau amat sayang akan diriku..

Ku titipkan ini khas buat para sahabat semua..
Sesungguhnya setiap bait-bait ini meninggalkan kesan dihatiku..
Betapa Rasullulah amat sayang kepada para umatnya..
 Aku tertanya-tanya pada diriku..
Kenapa aku seringkali terleka dengan kehidupan dunia.
Hinggakan Aku lupa kepada mu Ya Rasullulah..
Selayaknya seluruh cinta dan rindu ku hanya untukmu..

" Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W. Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah."

 "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. 
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. 

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, m
aka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. 
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, 
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. 
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. 
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku. Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
 Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

02 October 2011

Aku milik mu...





Ya Allah.. 
Tuhan semesta alam 
 Sucikan hati kami dari sifat-sifat munafik 
Jauhkan amal perbuatan kami dari perbuatan yang sia-sia
 Hindarkan lisan kami dari kata-kata dusta
 Dan mata kami dari tidak jujur 

 Sesungguhnya engkau mengetahui pandangan mata yang khianat
 Dan apa yang disembunyikan oleh hati 

 Ya allah aku mohon kepadamu jiwa yang tenang
 Untuk bertemu denganmu Menerima pemberianmu 
Dan rela dengan ketentuanmu
 Bersihkan hati kami dari menyampai dan menerima ilmu mu ini
 Amen ya rabbal alameen..

14 September 2011

PerjaLanaN HiduP..


Dalam langkahku menyusuri kehidupan..
Terkadang diri diuji oleh sang pencipta..
Terkadang ujian itu amat perit dan menyakitkan untuk dihadapi..
Tidak ditempah hidup sengsara kerana ia suratan nasib yang melanda..

 Namun diri ini tidak lupa akan hikmahnya..
 Mengapa ujian itu diturunkan kepada diri ini..
 Betapa Allah amat menyayangi setiap hambanya..
Walaupun diri ini sentiasa melakukan dosa..

Namun ia tetap ada disisi..
Sebagai teman yang sejati..
 Mulut tidak mengungkap kata..
Rasa hati tidak terluah..

Namun dia tahu setiap yang ada di sudut hati dan setiap kata yang akan diungkapkan..
Bagaimana harusku sembunyikan daripadamu..
Sedangkan engkau sentiasa tahu..
kerana engkau Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu..

Engkau sentiasa ada untukku..
Tika susah dan senang..

Sentiasa ada…

Ketabahn dan kesabaran sentiasa diuji..
Rasa tabah yang sedikit ini ku genggam dalam setiap langkahku..
Kerana ku pasti setelah kabus yang tebal melanda..
Pasti pada akhirnya akan cerah kembali..
Dan segalanya pasti akan kembali kepada yang asal..

29 August 2011

Buat Ayah Dan Ibu yang Tersayang..



Wahai ayah dan ibu..
Didiklah anakmu ini agar menjadi anak yang soleh..
Taat kepadamu tika susah dan senang..
Sentiasa mendoakanmu agar bahagia di kehidupan yang kekal abadi..
Kerana anak soleh itu permata keluarga dan harta di dunia dan akhirat..

Wahai Ayah dan ibu..
Bimbinglah anakmu ini untuk mengenal pencipta dirinya..
Agar anakmu ini tidak leka dengan kehidupan dunia..
Berikanlah anakmu ini ilmu akhirat sebagai panduan hidup untuk menuju di negeri yang kekal abadi..
Dan berikanlah ilmu duniawi sebagai panduan untuk menuju kehidupan yang abadi..

Wahai ayah dan Ibu
Redhai setiap langkah anakmu ini..
Agar tidk tersasar di jalanya..
Agar teguh iman dan takwanya..
Tika berada jauh daripadamu..

Wahai ayah dan ibu..
Ingatkanlah kepada anakmu ini..
Agar sentiasa menjadikan ALLAH itu
Sebagai Matlamat yang abadi..dan..
RASULLULAH itu sebagai kekasih yang sentiasa dirindui..

18 July 2011

Dia yang Selalu Ada..

Assalammualaikum...




Duhai hati bersabarlah terhadap segala ujian yg diberikan..

Aku diuji dengan pelbagai ujian..
Diuji dengan cinta manusia yg dihulurkan oleh Kaum Adam..
Aduhh..payah sngt nak menghadapi..
Ya ALLah adakah ini ujiannmu terhadap prinsipku..

Aku juga wanita yang ingin disayangi dan menyayangi..
Namun ku punya impian..
Aku banyak membaca artikel-artikel islamik..
khususnya tentang hukum 'bercouple' dalam islam dan bagaimana cara-caranya..
Aku banyak mempelajari tentang itu dan teringin sekali untuk menjadi seseorang yang melabuhkan rasa cinta hanya untuk mereka yang seharusnya layak untuk meikmatinya..

Baru-barru ini terlalu banyak ujian yg melibatkan hati dan perasaan yang singgah menyapa..
ada yang mampuku tempuhi dan ada jua yang gagal untuk ditempuhi..
Saat itu aku serahkan segalanya pada sang pencipta diriku untuk menentukan yg terbaik buat diriku..
Ujian itu menjadikan aku lebih ingin dekat kepadanya dan sentiasa berharap kepadanya..

Aku redha kiranya dia bukan untuku..walaupun terasa sakit namun syurga Allah itu Manis buat mereka yang  sentiasa redha..
Aku menyedari inilah perjalananku..inilah yang ditentukan olehnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...