Geng-Geng..

nuffnang

01 June 2012

Bawa Hatiku Kepadamu..




Aku Risau
apabila aku jatuh cinta
Kerana..
Adakah cinta itu
Cinta Yang Halal?
Cinta yang membawa kebaikan?
Atau keburukan?
Aku Mohon
Bawa Hatiku Kepadamu..

Aku Gelisah
Apabila aku rindu
Hatiku dibuai
Bagaikan dicuit-cuit
Adakah rindu itu pada yang selayaknya?
Aku mohon Bawa Hatiku kepadamu..

30 May 2012

Semakin Dekat..Semakin Sayang..(^_^)



Mengorak langkah kembali
Setelah tersungkur menyembah bumi

Melangkahkan kaki ke sini
Meluaskan pandangan mataku
Membuka mata hatiku
Keindahan Islam yang sebenar..
Sungguh, betapa selama ini ku tidak tahu..
Maafkan
Atas segala kejahilan

Jika dahulu aku jahil dengan ilmu-Nya
Kini, aku mula untuk mengenali-Nya

Siapa Kata Allah Tak Sayang?
Sungguh Dia Maha Penyayang..

Dia Hadirkan sahabat di sekelilingku
Agar ku tidak kesunyian
Membina kembali iman
Yang selama ini rapuh

Dia Bentagkan kebenaran depan mataku..
Aku Hidup kerana-Nya
Aku Hidup Dengan Nikmat-Nya

Dia Berikan aku ketenangan
Dia berikan aku kebahagiaan
Sungguh
Dia Maha penyayang

Dia ajarkan aku makna cinta yang sebenar
Dia ajarkan aku bagaimana untuk menjalinkan Kasih sayang
Dia ajarkan aku bagaimana untuk rindu pada-Nya
Dia ajarkan aku untuk tetap bersabar saat ditimpa ujian
Dia mengajarkan aku untuk tersenyum dalam tangisan
Dia mengajarkan aku untuk tetap bertahan..
Sungguh
Aku semakin Sayang dengan-Nya
Anda Bagaimana?

Betapa Indahnya Islam
Betapa Indahnya hidup Bertuhan
Terima Kasih sahabat..
Terima Kasih Hatiku..

***Semalam pergi perjumpaan dengan sahabat-sahabat, saya dapat melihat semangat dakwah dari mata mereka. Jiwa-jiwa pendakwah.. Saya merasakan semangat itu turut menjalar ke dalam jiwa. Syukur, Allah temukan saya dengan mereka, membuatkan saya  merasa, semakin kuat untuk bertapak dalam melakukan perubahan. Insyaallah, semoga saya terus bersama dengan mereka. Wallahualam.

29 May 2012

Shussh! Nafsu Jahat..Mai sini Nafsu baik



Shussh! Nafsu jahat
Jangan sesekali dekat denganku
Jangan sesekali hampir denganku
Jangan sesekali mengetuk hatiku
Apatah lagi untuk masuk kedalam hatiku

Mai sini nafsu baik
Dekatlah padaku..
Hampirlah denganku
Ketuklah pintu hatiku
Ku alukan kedatanganmu
Ku sediakan taman buatmu


Shussh! Nafsu jahat
Aku seperti ingin melemparkanmu jauh
Hingga hilang daripada pandanganku
Namun ku tahu
Jauh manapun ku lemparkan mu
Sahabat sejatimu ada untuk menyambutmu
Dan melemparkanmu kemabali
Hampir dengan ku..

Mai sini nafsu baik..
Berjuanglah untuk melawan nafsu jahat
Apabila lemah terasa
Mohonlah bantuan daripada penciptamu
Kerana dia sentiasa ada untukmu..

24 May 2012

Mencipta perubahan memerlukan kekuatan

Assalammualaikum
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..

Sekiranya kita ingin berubah, apa yang perlu kita tanamakan atau pasakkan dalam hati kita?

Semestinya kekuatan kan? Kekuatan zahir dan batin untuk menepis segala halangan yang cuba menjatuhkan kita yang membolehkan kita untuk berpatah balik kepada diri kita yang dahulu.

Tapi, sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,

Bukan semua orang memiliki kekuatan untuk berubah. Namun, kita telah diperingatkan oleh-Nya agar sentiasa memohon kepada-Nya. Yakni Dia yang satu. Mohonlah kekuatan kepada-Nya kerana Kekuatan itu hanya miliknya.

Sahabat yang disayangi kerana Allah,

Apabila hidayah itu datang mengetuk pintu hati, apa yang kita lakukan?

Ada dalam kalangan kita, apabila hidayah itu datang dia akan terus membukakan pintu hatinya. Namun ada juga dalam kalangan kita yang memandang sepi ketukan dan sapaan hidayah itu. Kita membiarkan ia menunggu di luar dan langsung tidak mengendahkannya. Jangan begitu sahabat-sahabat semua.

Mengapa membiarkan ‘DIA’ menunggu terlalu lama. ‘ DIA’ datang sahabat-sahabatku. Jemputlah ia masuk ke dalam taman hatimu.

Ya, saya maklum dan faham sangat-sangat bukan mudah untuk kita berubah.

Ianya memerlukan kekuatan yang sangat utuh

Utuh untuk berdiri, utuh untuk berpaut..

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..

Ada seorang sahabat yang pernah mengatakan kepada saya bahawa “ apabila hidayah itu datang menyapa, ambilah dan genggamlah ia cepat-cepat, ditakuti ia akan merajuk dan pergi menjauh daripada kita yang mungkin tidak akan kembali lagi kerana merajuk dengan kita” Wallahualam. Hidayah itu milik Allah, ia akan diberikan kepada siapa-siapa sahaja mengikut kehendaknya.

Sahabat- sahabat sekalian..

Kata-kata inilah yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu saya berjalan di muka bumi ini denga penuh keangkuhan, saat Hidayah itu menyapa, betapa manisnya Hidayah itu sehingga saya jatuh cinta kepada-Nya dan memadamkan segala keangkuhan saya selama ini.

Dahulu, ketika hati terdetik untuk berubah, pelbagai perasaan yang timbul. Malu! Takut! Dan semua perasaan itu saya sandarkan kepada manusia. Betapa jahilnya saya. Saya sering memikirakn apa pandangan orang jika saya berubah?

Syaitan bersorak riang tidak kurang juga yang berpesta ria kerana berjaya membisikan kata-kata yang telah melumpukan semangat saya untuk berubah.

Namun di saat syaitan dengan galakya mencucuk-cucuk melemahkan keyakinan untuk berubah, Allah kirimkan kepada saya seorang sahabat yang telah memberikan semangat dan kata-kata perangsang untuk membolehkan saya merubah diri. Saya masih ingat akan kata-katanya “ tidak perlu hiraukan pandangan orang lain terhadap diri kita tetapi fikirlah bagaimana pandagan Allah kepada kita” wallahualam.

Sempena awal muharam tahun ini, sebagai Azam baru , saya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Dan saat ini juga, jauh di sudut hati betapa saya takut yang saya tidak istiqamah dalam perubahan saya ini seperti sebelum-sebelum ini. Saya sentiasa bermohon agar ditetapkan iman dan diberikan kekuatan agar terus melangkah seiring dengan perubahan diri.

19 May 2012

Kita ini Bagaimana?




Engkau tenangkanlah hatiku yang kian resah ini 
Engkau lapangkanlah dadaku yang kian lama semakin menghimpit sifat-sifat mahmudahku 

Aku mohon 
Genggamlah hatiku 
Setiap saat, Setiap minit, Setiap jam, Setiap hari 

Kerna ku takut.. 
Diri ini hanyut di bawah derasnya air yang mengalir laju 

Kerna ku takut diri ini  
Alpa dengan keindahan dunia, hinggakan terlupa apa yang digalas sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini.. 

Saat aku sendirian 
Rasa takut menyuntik hatiku 

Apakah amal ku sudah cukup? 
Bagaimana keadaan diriku, kiranya kau datangkan Izrail untuk menjalankan tanggunjawabnya kepada ku 

Jujur Ya Allah 
Betapa Kosongnya Aku saat ini.. 
Betapa ringanya bebanan bahu kananku berbanding dengan bahu kiriku.. 
Tiada apa yang ada pada diriku 
Melainkan dosa yang menggunung 

Aku mohon padamu 
Ya Allah 
Betapa resahnya hatiku saat ini 
Mohon kuatkan hamba dengan Kalimah cintamu 
Lapangkan hatiku dengan hadis-hadis cintamu 

Setiap kali diri ini melanggar perintahmu 
Segala amal kebaikanku dahulu 
Berterbangan menjauh dariku sekelip mata 
Bagaimana harusku mendapatkanya kembali? 

Tiap kali diri ini melakukan dosa 
Kepada-Mu aku memohon ampunan 

Namun.. 
Adakah engkau akan menerimanya? 

Pandangi aku Ya Allah 
Kepada siapa lagi harusku memohon 
Melainkan bukan denganmu 

Sesungguhnya engkau mengetahui perkara-perkara yang jelas lagi nyata 
Perkara yang kuzahirkan mahupun yang tersembunyi di sudut hatiku 

Apabila nafsu jahat mendatangiku 
Aku mohon kekuatan 
Lemparkanlah ia jauh daripadaku beribu-ribu batu 
Janganlah biar ia dekat padaku 

Aku takut.. 
Kekuatan yang ada padaku ini 
Tidak mampu untuk melawanya.. 

Bicara Hati Bingkisan Hati 

Dicoretkan semasa mendengar ceramah “Indahnya Islam” dan “berusrah” bersama-sama Kak fieza dan kak liza.(>_< ).Tak lupa juga kepada sahabat yang baru dikenali Adik Yana..perkongsian bersama begitu menyentuh hati..betapa sahabat itu mempengaruhi siapa kita dan diri kita ini bagaimana.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...