Geng-Geng..

nuffnang

30 October 2012

Duhai Tuhan



Berjalan..merenung, mentafsir..
Laluan apakah yang dilalui?
Laluan bagaimanakah ini?
Berduri kah?
Atau kemanisan dirasa?

Hati berkata ..
Ingin melalui yang indah dan manis-manis sahaja
Tapi, kenapa disaat kaki melangkah
Duri menjadi hamparan?
Dimana Kemanisan yang menjadi impian?

 Berpijak pada hamparan yang berduri
Sakit meresap ke kalbu..
Rasa kebah terasa ingin rebah
Namun, mengapa aku masih kuat
Dan tetap bertahan?

Walau terasa sakit
Tetap cuba untuk bertahan
Mungkin setelah kesakitan ini
Akan hadirkah kemanisan?

Duhai keyakinan..
Dengarkan seruanku..
Duhai Cinta
Dengarkan bisikanku
Duhai kekuatan
Dengarkan rayuanku

Duhai TUHAN
Kerana-Mu
Aku kembali Yakin
Aku kembali Cinta
Aku kembali kuat..
Kerana-MU aku Disini..

03 October 2012

Menangislah Wahai Mata




Menangislah wahai mata
Petanda kau hanyalah hamba
Menangislah wahai mata
Rintihan hanya buat yang maha esa


Menangislah..
Dalam suram cahaya malam
Di sunyi sepi yang murni
Dalam asyikan wahyu tuhan
Dalam indah kalimah hikmah
Dalam sebak mengenang dosa
Dalam syahdu merindu pahala


Maka menangislah wahai mata
Biar setiap ketika biar setiap masa
Jika tidak membasahi pipi
Biar tetap membasahi nurani


Menangislah wahai mata
Mutiara meriwayatkan cinta
Antara hamba dan tuhannya
Sedumu meriwayat duka
Jiwa hamba memanggil pencipta


Menangislah dengan penuh kepiluan
Agar kau tenggelam dalam lautan tiada tepian
Menangis dengan sepenuh jiwa
Agar kau rasa kurnia yang tiada terduga


Menangislah
Agar kau tahu ada bezanya
Antara air mata meratapi dunia
Dan tangisan memanggil yang Esa..

Dr Maza
Penawar duka pengubat sengsara.

24 September 2012

Hidup Berdiri Atas Cinta



Jika Diukir Dengan Segala Bahasa 
Cinta Itu Masih Tiada Sastera Buatnya 
Jika Dilukis Dengan Segala Warna 
Cinta Itu Masih Tiada Citra Baginya 


Tidakkah Kerana Cintakan Tuhan 
Insan Berkorban Dan Terkorban? 
Tanpa Cinta Lenyaplah Agama 


Tidakkah Kerana Cintakan Anak 
Ibu Lupakan Segala Kehendak? 
Tanpa Cinta Pupuslah Manusia 


Tidakkah Kerana Cintakan Kekasih 
Insan Sanggup Hidup Tersisih 
Tanpa Cinta Muramlah Suasana 


Tidakkah Kerana Intakan Negara 
Rakyat Snggup Hidup Sengsara 
Tanpa Cinta Pupuslah Warga 


Dari Akar Mekar Rasa Cinta 
Lahirlah Jiwa Mesra Dan Manja 
Dari Akar Mekar Rasa Cinta Bahagia Dan Sengsara Menjelma 
Dari Akar Mekar Rasa Cinta 
Munculnya Tawa Dan Airmata 


Cinta Itu Makhluk Tuhan 
Penuh Keajaiban 
Penuh Kehairanan 
Penuh Kenikmatan 
Penuh Kesakitan 
Penuh Kesyahduan 
Penuh Keharmonian 
Namun Cinta Tetap Keperluan 
Tanpa Cinta Pincanglah Alam. 

DrMAZA 
Penawar Duka Pengubat Sengsara

17 September 2012

Realiti Kehidupan Manusia




Manusia itu diciptakan sebaik-baik ciptaan..

Dikurniakan dengan pelbagai kenikmatan..

Namun mengapa, manusia itu mudah alpa dan terleka..

 Sering meminta-minta kepada-Nya


Sekiranya tidak memperolehi apa yang dihajati

Mulalah mengeluh dan berprasangka buruk kepada-Nya

Tidakkah Manusia itu mengetahui

Bahawa DIA Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..


Manusia itu memang tamak kan?

Meminta-minta apa yang tiada

Sehingga lupa untuk mensyukuri apa yang ada di depan mata

Jadilah seorang manusia yang sentiasa merasa cukup dengan pemberian-Nya


Bersyukurlah kepada-Nya

Pasti Dia akan memberikan yang terbaik

Bahkan akan menambahkan lagi nikmatnya

Tanpa kita sedari..

13 September 2012

Pengharapan..




Sepenuh pengharapan
Aku pertaruhkan kepada-Mu YA Rabbi..
Kepada Siapa lagi harusku bersandar?
Melainkan bukan dengan-Mu


Ya Rabbi..
Seringkali aku merasa resah gelisah..
Adakah aku semakin jauh dengan-Mu?

Ya Rabbi..
Seringkali aku merasa lemah dan ingin berputus Asa..
Adakah Aku semakin Jauh dengan-Mu?


Ya Rabbi
Seringkali aku terasa ingin menangis..
Adakah aku begitu jauh dengan-Mu?


Ya Rabbi
Baluti aku dengan iman-Mu..
Hiasi aku dengan akhlak-Mu
Kasihkan Aku kepada Rasul-rasul-Mu
Rindukan aku kepada Nabi Muhammad
Cintakan Aku hanya kepada-Mu


Ya Rabbi..
Hilangkan resah gelisahku..
Kuatkan aku dalam langkahku..
Biarkan aku menangis..
Melepaskan segala belengu hatiku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...