Geng-Geng..

nuffnang

18 October 2015

Hijrah Lorong Gelap 1

Medan dakwah medan perjuangan. Bagi mereka yang masih merangkak mendaki tangga-tangga keinsafan sejujurnya agak payah untuk bertahan di medan ini. Namun, percaturan takdir Allah itu indah dalam kita merangkak Dia hadirkan teman-teman yang telah lama bertapak di medan ini, aura perjuangan yang mereka bawa turut berjangkit kepada kita. 

Berubah, semua orang boleh berubah tapi berapa ramai yang kekal dan istiqamah dalam perubahan... itu yang menjadi titik persoalan. Untuk kekal istiqamah tidak salah kita merayu tangis kepada Allah memohon kekuataan, adakalanya tergelincir dari landasan istiqamah, bertahanlah Allah sedang menguji.

Mengimabu kembali titik awal ketika saya memilih untuk berhijrah, orang kata nama saja Islam tapi satu benda tentang Islam pun saya tidak tàhu sehinggalah Allah menghantar saya jauh terbang ke seberang laut. Hikmah tangisan yang enggan berpisah dengan keluarga Allah gantikan dengan ilmu akhirat yang bermanfaat.

Setahun sebelum menamatkan pengajian Allah hadirkan sahabat-sahabat syurga buat saya, mengajak kepada kebaikan, menyeru meninggalkan kemungkaran. Mujur mereka tidak terlalu mendesak dan memaksa, hikmah dalam menyeru ke arah kebaikan mereka pamerkan dengan penuh baik sekali.

Sehinggalah hati tersentuh untuk mengenali Islam dengan makin dekat dan dalam..

to be continued

23 July 2015

:Bicara palestin:


Meriba deraian air mata

Si kecil meratap tangis

Si ibu meratap hiba

Si ayah meratap pilu


Sakit yang tidak terlihat dunia

Sengsara yang tidak pernah terungkai

Hidup terpenjara

Walau menjerit nyaring, sahutan tiada kedengaran



Disebalik tembok tinggi

Tersembunyi seribu kisah perih, pedih

Runtuhkan tembok itu

Moga rintihan tersebar merentas benua




Peluru yang tidak bermata

Menceroboh kejam,Meragut nyawa

Nyawa menjadi benteng kukuh

Semoga bumi Palestin tetap di genggaman



Umat islam sedunia

Kami memancing doa kalian

Hantarkan kami kalimah

Kalimah menghancurkan Zionis laknatullah



Salam perjuangan

#misshaclane

07 July 2015

Jelajah Dakwah Ke Kaki Gunung Kinabalu

Alhamdulillah, sekian lama tidak menulis akhirnya hari ini Alah memberikan kelapangan masa untuk menulis. 

Kali ini bukan ingin berpuisi, sekadar ingin berkongsi kisah dan cerita jelajah dakwah yang disertai baru-baru ini.

Jauh di kaki gunung kinabalu itula tempat yang dituju. Allahu semoga dipermudahkan perjalanan. Seawal pagi bersiap sedia dengan bantuan bekalan makanan yang akan menjadi ole-ole buat mereka yang akan dikunjungi. 

Seawal jam 8.00 pagi bertolak dari Kota Kinabalu menju ke kampung Malngkap Paka iaitu yang terletak di Kota Belud. Semangat membara untuk bertemu dengan saudara seislam di sana yang dikhabarkan golongan minoriti dan berstatus muallaf. Aku mula tertanya-tanya, bagaimana agaknya kehidupan mereka yang bergelar muallaf? Adakah seperti kami sekeluarga dahulu?

Melalui jalan yang tidak berturap menjadi perkara biasa bagiku kerana kampung halamanku satu ketika dahulu begitu keadaanya. Memasuki kawasan Kota Belud menambahkan girang di hati.Sudah semakin hampir bisik hatiku. Namun, apabila mula memasuki simpang ke Kampung Malangkap, kami tersekat kerana menurut salah seorang Pegawai Jheains Kota Belud yang ditemui, jambatan yang menjadi laluan ke Kampung Melangkap telah rosak teruk akibat banjir lumpur yang melanda. Jadi, kami terpaksa melalui jalan yang bagiku sangat jauh.

Bermulanya pengembaraan yang mencabar.

Dengan laluannya yang tidak berturap, kawasan yang berbukit dengan batu-batu yang besar-besar menyukarkan perjalanan kami. Adakalanya kami akan turun dari kereta apabila kereta yang dinaiki tidak mampu mendaki bukit dan setelah itu akan ditolak secara beramai-ramai. Cabaran di bulan puasa. Aku turut merasa lelah dan penat mendaki bukit yang boleh tahan tingginya. Namun, langsung tidak timbul rasa menyesal kerana menyertai misi ini. Misi ini misi dakwah buat mereka di luar sana yang mungkin amat menantikan kehadiran kami semua. Laluan yang sempit juga turut menyukarkan perjalanan kami.

Akhirnya, setelah berjuang lebih kurang dua jam merentas hutan kami sampai ke perkampungan Malangkap Paka. Aku melihat penduduk sekelilingnya, ramah mesra semuanya tidak kiralah mereka yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama islam. Mereka sambut kami dnegan senyuman lebar. Setelah itu, penduduk yang beragama Islam membawa kami ke Balairaya untuk saling berkenalan dan beramah mesra.

Semoga Allah menjaga mereka. Itu doaku buat penduduk Islam di kampung Malangkap Paka. Semoga hidayah Allah sentiasa bersama mereka. Mendengarkan keluhan mereka menghadirkan rasa sebak di hati. 

Di akhir pertemuan kami menyerahkan ole-ole yang kami bawa dan saling bersalaman sebelum berangkat balik ke kota kinabalu. In shaa allah, kami pasti akan datang kembali itu janji kami kepada penduduk di sini..

"kembara dakwah yang menginsafkan diri"





10 February 2014

Aku Memilih DIA



“ Mengapa tidak ingin mencuba?” Tanya Dia. 

Aku sekadar tersenyum mendengarkan pertanyaan itu. 

Lantas aku bertanyakan kembali. 

“ Apa kebaikan yang ada padanya?” Dia Diam. 

“ Kamu pernah kecewa?” Dia bertanya lagi. 

“ Aku tidak pernah kecewa. Cumanya, aku punya prinsip sendiri.” Aku tidak mampu memandang wajahnya. Malu. Berani sungguh dia meluah rasa.

15 January 2014

Diusap Tarbiyyah Allah 1

“ Jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya”
Surah Ibrahim:34
Evalaine mengamati terjemahan Al-Quran daripada surah Ibrahim itu. Betapa besar dan luasnya nikmat Allah yang ada di muka bumi ini. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat. Cukup sekadar melihat kepada diri ini.
Anggota badan yang cukup sempurna. Namun jarang sekali disyukuri kesempurnaannya. Sering  meminta lebih padahal apa yang dimiliki lupa untuk disyukuri. Astagfirullah! Nikmat Tuhan manakah lagi yang kita perlu dustakan. Evalaine menyapu pipinya yang dilimpahi air mata. Ya Allah, seandainya sejak dahulu aku tahu betapa besarnya kerajaan-Mu,betapa luasnya nikmat-Mu tidaklah aku tersasar jauh dari landasan yang telah Engkau tetapkan buatku.
“ Evalaine, kenapa menangis?”
Evalaine sedikit terkejut dengan kehadiran sahabatnya itu. Sahabatnya yang sejak kebelakangan ini semakin rapat dengan dirinya. Dahulu,dia sekadar mengenali nama sahabatnya itu dan bertegur sapa begitu sahaja.
“ Khaulah, mana ada menangis” Evalaine cuba menafikan. Ah, sungguh kamu tidak pandai menipu Evalaine. Melihat mata dan  hidung  yang merah sahaja sudah pasti orang dapat meneka yang kamu baru lepas menangis.
“ Evalaine, yang berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang lagi.” Khaulah mengusap tangan sahabatnya itu. Memang pada mulanya terasa begitu payah untuk mendekati gadis bernama Evalaine ini. Mungkin juga disebabkan persekitarannya yang dikelilingi sahabat-sahabat Non-Muslim sejak dahulu apatah lagi dengan statusnya yang bukan lahir dalam keluarga Islam dan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.
“ Kadang-kadang saya rasa sedih. Setiap kali mengingati kisah lalu. Sukar untuk melupakan kejahilan diri sendiri” Luah Evalaine.
Memang dia merasa sangat malu. Memegang status sebagai orang Islam.Tetapi ajaran agama sendiri tidak diketahui bagaimana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...