Geng-Geng..

nuffnang

11 November 2012

Bulatan Cinta SaYa..


Assalammualaikum sahabat..Apa khabar? sihat Ke?
Hemm..semua tau tak apa itu bulatan cinta?

Sebenarnya Bulatan cinta itu pada saya ialah Usrah..
Siapa yang Join usrah mereka pasti akan berasa sangat gembira..

Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian..
Dulu..saya segan sangat nak join usrah ni, sebabnya pada saya usrah ini untuk kakak-kakak yang bertudung labuh sahaja, jangan fikir macam saya tau, sebenarnya bukan macam tu.. Usrah ini untuk semua, tidak terhad kepada siapa-siapa..

Dalam Usrah ini, saya dapat rasakan ketenangan sebabnya kita boleh berkongsi setiap masalah dengan akak naqibah kita.. dengan usrah ini, insyallah iman kita akan sentiasa di update..
Betul..kalau tak percaya, cuba join usrah..:)

Melalui bulatan cinta ini
saya mengenal diri saya yang sebenar..
saya mengenal tuhan dalam erti kata yang sebenar..
Saya dapat merasakan bahawa betapa pengasihnya DIA,
Betapa Pengampunnya DIA
Betapa Penyayang-Nya DIA
Dialah segala-galanya..


Melalui Bulatan Cinta ini
saya belajar motivasikan diri saya, sebelum ini saya lebih banyak berfikiran negatif daripada positif..lebih banyak mengeluh, tidak pernah berasa puas dengan apa yang dimiliki..

Melalui Bulatan Cinta ini..
Saya belajar untuk menjadi hamba yang bersyukur..
Dan....
Apa yang paling penting sekali
melalui Bulatan Cinta ini
Saya belajar untuk memakai tudung labuh..
Mula-mula bidang 50...
lepas tu bidang 55...
dan sekarang saya cuba pakai bidang 60..(^_^)

Memang..untuk berubah itu sangat payah sekali
sebab ianya memerlukan kekuatan zahir dan batin..
Tapi sahabat-sahabat semua..
apabila rasa terdetik dalam hati nak berubah..berubahlah..
Insyallah..usaha kita dalam nilaian ALLAH..
Yakin dengan DIA..

10 November 2012

Siapa Aku Sebenarnya?



Dulu Masa kecik2 kita selalu ditanya nak jadi apa bila dah besar nanti? Dulu, saya ingatkan manusia ini kerjanya makan, tidur, bangun, pergi sekolah, balik sekolah, dan keesokkanya pula masih buat kerja yang sama. saya pernah berasa, alangkah bosannya kehidupan ini, buat kerja yang sama je setiap hari. bertahun-tahun saya merasakan bahawa manusia itu diciptakan begitu sahaja, tiada appa-apa faedahnya pun..

Sejak kecil sehinggalah saya meningkat remaja, saya tidak mengetahui apakah tujuan penciptaan manusia itu sebenarnya. saya banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah, betapa jahilnya ketika itu. Huha huha sana sini..Ya Allah..

Ingin berkongsi cerita kepada sahabat-sahabat semua tentang kisah  seoranag Hamba Allah ini..Saya nak pesan, yang baik itu jadikan teladan yang buruk itu jadikan sempadan, yg buruk tu buang jauh-juah ye ..lontar sejauh yang mungkin..

Ada seorang Hamba Allah ini, dia beragama islam tetapi Dia ini seorang mullaf, jadi cara didikan tentang islam pun kurang. Dia tinggal di perkampungan yang hampir daripada penduduknya adalah muallaf juga. Hamba Allah ini tidak tahu bahawa seseornag yang bergelar muslim itu wajib untuk solat, wajib untuk puasa, wajib untuk menjaga auratnya. Dia hanya belajar agama di sekolah sahaja.Dan Hamba Allah ini tidak pernah cuba untuk mendalami ilmu agama, persekitarannya dikelilingi sahabat-sahabat yang bukan beragama islam, Hamba Allah ini lebih banyak bergaul dengna mereka yang bukan beragama islam. Walaupun sahabat-sahabat hamba Allah ini bukan beragama Islam tetapi mereka sangat baik sekali untuk dijadikan sebagai seorang sahabat.

Pada suatu hari, Hamba Allah ini diuji..Hamba Allah ini mendapat tahu bahawa dia mempunyai penyakit.. Lemah semangat Hamba Alllah ini rasakan, di saat mengetahui yang dirinya berpenyakit. Timbul persoalan di mindanya,. Adakah Manusia itu akan mati? 

Sedikit demi sedikit hamba Allah ini mula merasa takut.. 
Suatu hari, hamba Allah ini terdengar lagu, lagu nasyid....Jatuh hati dengan lirik lagu tersebut..
Hamba Allah ini bermuhasabah ini. Rupanya selama ini,manusia itu ada tanggunjawabnya..tetapi apa?
Begitu banyak persoalan yang timbul..Hamba Allah ini mencari-cari, kepada siapa dia ingin merungkaikan segala persoalan tersebut..

Hamba Allah ini mula merubah dirinya sedikit demi sedikit,.Dia bermula dengan begitu payah sekali kerana tiada siapa yang boleh membantu dirinya..Apabila Hamba Allah ini teringin untuk berubah, dia keseorangan tiada siapa yang menjadi peneman, hanya kekuatan dari- nya yang diharapkan..

Hamba Allah ini sematkan dalam hati bahawa " AKU INGIN BERUBAH"..

Sampai Disini sahaja ye ceritanya..Insyallah kalau ada masa lagi, next storynya akan dikongsikan lagi..



30 October 2012

Duhai Tuhan



Berjalan..merenung, mentafsir..
Laluan apakah yang dilalui?
Laluan bagaimanakah ini?
Berduri kah?
Atau kemanisan dirasa?

Hati berkata ..
Ingin melalui yang indah dan manis-manis sahaja
Tapi, kenapa disaat kaki melangkah
Duri menjadi hamparan?
Dimana Kemanisan yang menjadi impian?

 Berpijak pada hamparan yang berduri
Sakit meresap ke kalbu..
Rasa kebah terasa ingin rebah
Namun, mengapa aku masih kuat
Dan tetap bertahan?

Walau terasa sakit
Tetap cuba untuk bertahan
Mungkin setelah kesakitan ini
Akan hadirkah kemanisan?

Duhai keyakinan..
Dengarkan seruanku..
Duhai Cinta
Dengarkan bisikanku
Duhai kekuatan
Dengarkan rayuanku

Duhai TUHAN
Kerana-Mu
Aku kembali Yakin
Aku kembali Cinta
Aku kembali kuat..
Kerana-MU aku Disini..

03 October 2012

Menangislah Wahai Mata




Menangislah wahai mata
Petanda kau hanyalah hamba
Menangislah wahai mata
Rintihan hanya buat yang maha esa


Menangislah..
Dalam suram cahaya malam
Di sunyi sepi yang murni
Dalam asyikan wahyu tuhan
Dalam indah kalimah hikmah
Dalam sebak mengenang dosa
Dalam syahdu merindu pahala


Maka menangislah wahai mata
Biar setiap ketika biar setiap masa
Jika tidak membasahi pipi
Biar tetap membasahi nurani


Menangislah wahai mata
Mutiara meriwayatkan cinta
Antara hamba dan tuhannya
Sedumu meriwayat duka
Jiwa hamba memanggil pencipta


Menangislah dengan penuh kepiluan
Agar kau tenggelam dalam lautan tiada tepian
Menangis dengan sepenuh jiwa
Agar kau rasa kurnia yang tiada terduga


Menangislah
Agar kau tahu ada bezanya
Antara air mata meratapi dunia
Dan tangisan memanggil yang Esa..

Dr Maza
Penawar duka pengubat sengsara.

24 September 2012

Hidup Berdiri Atas Cinta



Jika Diukir Dengan Segala Bahasa 
Cinta Itu Masih Tiada Sastera Buatnya 
Jika Dilukis Dengan Segala Warna 
Cinta Itu Masih Tiada Citra Baginya 


Tidakkah Kerana Cintakan Tuhan 
Insan Berkorban Dan Terkorban? 
Tanpa Cinta Lenyaplah Agama 


Tidakkah Kerana Cintakan Anak 
Ibu Lupakan Segala Kehendak? 
Tanpa Cinta Pupuslah Manusia 


Tidakkah Kerana Cintakan Kekasih 
Insan Sanggup Hidup Tersisih 
Tanpa Cinta Muramlah Suasana 


Tidakkah Kerana Intakan Negara 
Rakyat Snggup Hidup Sengsara 
Tanpa Cinta Pupuslah Warga 


Dari Akar Mekar Rasa Cinta 
Lahirlah Jiwa Mesra Dan Manja 
Dari Akar Mekar Rasa Cinta Bahagia Dan Sengsara Menjelma 
Dari Akar Mekar Rasa Cinta 
Munculnya Tawa Dan Airmata 


Cinta Itu Makhluk Tuhan 
Penuh Keajaiban 
Penuh Kehairanan 
Penuh Kenikmatan 
Penuh Kesakitan 
Penuh Kesyahduan 
Penuh Keharmonian 
Namun Cinta Tetap Keperluan 
Tanpa Cinta Pincanglah Alam. 

DrMAZA 
Penawar Duka Pengubat Sengsara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...