Geng-Geng..

nuffnang

11 July 2013

Seharusnya Isthikarah itu BAGAIMANA?

As Salam, sahabat-sahabat di alam maya..



Siapa yang pernah buat solat isthikarah? 
Seharusnya isthikarah itu bagaimana ya?

Adakah kita akan bermimpi tentang seseorang itu?
Atau..
Adakah kita kan berjumpa dengan dia? 
Kerap kali?
Atau..
Adakah kita akan sentiasa ingat kepadanya?
Atau..
Apa lagi ya?

Ada orang kata, lepas buat solat Isthikarah itu, tidak semestinya kita akan ingat selalu kepadanya, tak semestinya kita akan berjumpa selalu dengannya, tak semestinya kita akan bermimpi tentangnya..

Tapi..
Bagi saya yang paling penting sekali ialah gerak hati..
Saya yakin dan percaya bahawa HATI itu tidak akan pernah menipu.

Mungkin juga, belum tiba masanya lagi Allah menunjukkan kepada kita, kita ini untuk siapa sebenarnya. 
Yakinlah sebaik-baik perancang itu hanya Allah Ta'ala...

Tapi..
Terus terang saya katakan..
Saya pernah buat solat isthikarah..
Berkali-kali..

Dan hasilnya..
Lelaki itu terlalu baik buat saya yang tak berapa nak baik ni..
Ya! kurang yakin..Mana mungkin lelaki sebaik itu wujud dalam mimpi saya..
Mana mungkin lelaki sebaik itu untuk saya.

Saya boleh cermin diri saya ini bagaimana..
Terlalu banyak pilihan di luar sana yang lebih baik dari saya..
Terlalu Banyak!

Sekali lagi saya lakukan isthikarah..
Hasilnya..
Adakah itu cuma mainan tidur?
Adakah itu cuma kebetulan?
Tidur..Termimpi..
Berjalan..Terserempak..
Ya Allah! 

Saya keliru..
Dia layak mendapatkan yang lebih baik..
Bukan menolak takdir Allah
Biarlah masa yang menentukan (bukan pasrah) tapi redha dengan takdir Allah..
Ya Allah Pelihara Imanku!

10 July 2013

Salam Ramadhan



“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)

Salam Ramadhan buat semua..
Alhamdulillah bertemu kembali kita dengan bulan suci ini..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Moga ramadhan tahun ini, kita jadikan ramadhan yang terbaik buat kita, sebabnya belum tentu lagi kita akan berjumpa kembali dengan  ramadhan pada tahun hadapan. Bila mana kita diberi peluang jangan pernah sia-siakan peluang dan kesempatan yang diberikan. Peluang itu hanya datang sekali, jadi rebutlah peluang tersebut..

Mungkin, ramai dalam kalangan kita yang menanamkan azam dan tekad pada ramadhan kali ini, agar ianya lebih baik berbanding dengan tahun-tahun lepas. Saya juga berharap seperti itu. Sebelum ini, saya tidak pernah menanamkan tekad dalam hati untuk menjadikan setiap ramadhan yang dilalui akan menjadi the best ramadhan in my life.

Tapi, berlainan pada tahun ini, saya mempunyai impian untuk menjadikan ramadhan tahun ini sebagai ramadhan yang terbaik buat saya. Mungkin disebabkan, saya terdedah dengan aktiviti dakwah yang dijalankan oleh sahabat-sahabat di UPM suatu ketika dahulu.

07 June 2013

Menangislah..



Setiap kali membaca perkongsian article dari akuislam ini, saat itulah air mata juga menitis laju membasahi pipi..
Betapa diri ini lalai dengan kehidupan dunia..seringkali lupa matlamat hidup yang utama..
perkongsian buat para sahabat semua..Titisan air mata kerana takutkan Allah itu lebih bernilai berbanding dengan titisan air mata kegembiraan apabila yang kita inginkan itu tercapai..

menangislah hanya untuk Allah..

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Menangis
Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.


Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.”(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru ; Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”


Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.


Nabi bersabda :
“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.


Nabi Muhammad bersabda :


“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”


Seorang Hukama pernah bersyair :
“Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. “

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : ”Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”


Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat


Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
“Kenapa engkau menangis?”
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :
“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Masud r.a.berkata :
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.


Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”


Menangislah di sini,sebelum menangis di sana..

19 April 2013

HaTi Itu Hanya SaTu


Alhamdulillah..Bersyukur Kepada-Nya Kita masih Bernyawa dan Masih diberi peluang untuk menghirup udara di Bumi-Nya yang dilimpahi dengan rahmat-Nya..



Orang selalu berkata..hati itu cuma satu jagalah sebaiknya..
Yaa!! betul hati itu hanya satu maka kita harus menjaganya denga sebaik-baiknya..
Rosak hati, rosaklah segalanya..
Hancur hati, Hancurlah segalanya..

Berbicara soal hati ini membuatkan saya termalu sendirian..
Mengapa??
Sebab..saya masih tidak mampu untuk menjaganya dengan baik..
seringkali 'dia' menangis..
seringkali 'dia' ini saya kecewakan..
seringkali 'dia' ini saya abaikan..
lalai hingga lupa kepada 'dia'..

Saya tahu..
'Dia' begitu sakit sekali diabaikan hingga 'dia' menangis sendirian..
"dia' begitu sunyi sekali sehingga 'dia'  merasa kecewa..
cepat berputus asa kerana si pemiliknya tidak menjaganya dengan baik..

Namun..
Tetaplah denganku..
Kau tahu, aku menangis kerana khilafku..
kau tahu..aku kecewa dengan langkahku..
kau tahu aku sunyi kerana jauh dari-Nya..

Wahai Hatiku yang satu..
Hanya 'kamu' yang menjadi kekuatanku..
Hanya 'kamu' teman sejatiku..
Hanya 'kamu' kekasih hatiku..

'Kamu' kurniaan yang tidak ternilai dari Tuhanku..

07 April 2013

Jatuh Cinta Itu Tidak Salah..

Jatuh cinta itu tidak salah,
Yang menjadi masalahnya ialah  bagaimana cinta itu dizahirkan dan diungkapkan..
Pertemuan dan perkongsian bersama sahabat beberapa hari lepas telah menyuntik tangkai hati ini..
Dimana, Apabila seorang wanita itu diuji dengan rasa cinta kepada Sang Adam..
Saat semangat berkobar-kobar menyebarkan dakwah Islamiah..Hati terusik jua dengan kehebatan Kaum Adam Di Luar Sana..
Betapa Lemahnya Iman..
Syaitan itu bukannya kuat mana cuma Iman kita sahaja yang Lemah..

Bermuhasabah Diri..
Merenung kembali,,kekhilafan diri ini..
Mungkin Ujian Lain agak mudah untuk dihadapi..Namun..
jangan Sesekali Hati ini Diuji dengan Perasaan Cinta, suka, Kasih dan Sayang pada mereka yang belum halal ..
Dosa Dahulu, belum mampu dipikul..Apatah lagi jika di top up dengan dosa yang lain.. 

Terima Kasih Ya ALLAH..
Kata-kata tidak Mampu diuraikan tanpa ilham dari-Mu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...