Untuk renungan bersama....
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan
bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh
itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam
bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu
semakin senja.
Justeru itu, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya lah tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment