Aku bersyukur
Keluargaku menjadi Insan yang terpilih mendapat Hidayah
Allah untuk memeluk Agama islam..
Benarlah, Hidayah Allah itu akan menyapa siapa sahaja yang
Dia kehendaki..
Aku bersyukur aku menjadi Seorang Islam..
Menjadi Muslimah..
Menjadi Bidadari Dunia..
Insyallah harapan Di hati..
Ingin menjadi Bidadari Syurga..
Aku bukanya setelah menjadi Islam terus taat pada agama..
Bukan jua terus mendalami agama ini..
Di kala tiada yang membimbing..
Di kala tiada siapa penunjuk
jalan..
Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi..
Setelah bertahun-tahun memeluk islam..
Barulah kusedari ..
Bahawa Manusia itu
diciptakan ada peranan dan tanggunjawabnya..
Aku lalai degan Dunia..
Aku leka dengan Dunia..
Aku terpesona Dengan Dunia..
Betapa Jahilnya Diriku ketika itu..
Dan saat ini..
Aku mula belajar untuk mendalami agamaku..
Semakin aku kenal dengan-Nya
Semakin banyak diri
ini menangis..
Menangisi kejahilan diri..
Aku kuatkan Hatiku untuk mencipta perubahan..
Sedikit demi sedikit..
Dari semasa ke semasa..
Kadang-kadang apabila aku diuji..
Aku belajar untuk Kuat..
Syukur Pada-Nya..
Akan kugenggam Hidayah ini..
Takkan ku biarkan ia pergi jauh dariku lagi..
Kerana betapa sedihnya aku mengenangkan perjalanan hidupku
diwaktu dahulu..
Yang umpama mengembara tanpa Kompas ditangan..
Sehinggakan hampir tersesat dalam pengembaraan..
Hampir terlupa jalan pulang..
Mohon doa Para Sahabat..
Agar Aku kuat dalam Mencipta Perubahan Diri..
Islam Mengajarku Untuk menjadi Lebih baik dari Semalam..
Islam Mengajarku Untuk Redha dengan setiap Apa yang berlaku..
Islam mengajarku Untuk kembali tersenyum, sentiasa tersenyum dan tetap tersenyum..
No comments:
Post a Comment