Assalammualaikum sahabat..Bicara hati bingkisan hati kembali
lagi berkongsi rasa dan kasih sayang buat sahabat-sahabat yang sentiasa dekat
dihati..Alhamdulilah..
Bingkisan hati ingin berkongsi tentang jalinan persahabatan dengan Sahabat-sahabat
BH yang begitu baik sekali..
Buat sahabat-sahabatku, Siti khodijah, Haliza, Nadia,
Fiezza..Entry blog BH kali ini khas buat
kalian semua.. Kalian merupakan sahabat anugerah terindah daripada Allah kepada BH..
Mengimbas Kembali saat pertemuan kita..( ada sesiapa yang
ingat tak?)..^_^
Sebenarnya BH tak ingat sangat bila masanya persahabatan
kita ini menjadi semakin rapat..tiba-tiba BH merasakan bahawa kita bagaikan
satu keluarga..^_<
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..ucapan terima
kasih tidak terhingga pada kalian semua di atas buah tangan yang telah
diberikan..Terharu apabila menerima buah
tangan tersebut, walaupun kita berjauhan namun kalian semua sentiasa mengingati
Cik BH..^_^
Sahabat-sahabat yang disayangi..Pernah terlintas di dalam
hati, adakah kita akan kekal bersahabat (selepas tamat study)..seriously, BH
tidak pernah berjumpa dengan sahabat-sahabat yang begitu mengharapkan persahabatan
ini berkekalan hingga ke Jannah..Cik BH akan terbang jauh balik ke tanah tumpah
darahku , kalian semua akan tetap berada dekat walaupun negeri berbeza-beza, still blh jumpa lagi kan, tiket
bas murah je berbanding tiket kapal
terbang ..mahal kot..:’(
Sahabat-sahabatku
yang disayangi..
Seringkali bermain-main di fikiran, adakah BH ini seorang
sahabat yang baik? Pada BH kalian semua merupakan sahabat-sahabat BH yang
semuanya yang bak-baik belaka..Kalau Selama ini BH bukan seorang sahabat yang
baik, tolong ajari BH untuk menjadi sahabat yang baik seperti kalian..
Tolong ajari aku untuk menjadi
sahabat yang baik buat kalian semua..
Tolong ajari aku menjadi sahabat yang sentiasa merindukan sahabat-sahabatnya..
Tolong ajari aku menjadi sahabat
yang mendahulukan kepentingan sahabat berbanding kepentingan dirinya..
Tolong ajari aku menjadi sahabat
yang berakhlak mulia dengan sahabat-sahabatku..
Tolong ajari aku menjadi sahabat
yang sentiasa membangkitkan semaagat dakwah dalam diri sahabat-sahabatku..
BH hati berharap kita semua menjadi Seorang muslimah yang
solehah, menjaga maruah dirinya, meletakkan diri di tempat yang tinggi, semoga
kita menjadi anak-anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa (jangan lupa
doakan ibu bapa setiap kali selesai solat ye)..dan lagi satu insyallah, semoga
menjadi isteri-isteri yang solehah buat suami yang tercinta kelak..^_^
Buat Masa ini,
marilah kita sama-sama memperbaiki diri, tetap teguh di landasan cinta-nya..jangan
mudah terleka dengan bisikan cinta kaum Adam (Ujian buat hati tue, jangan kita menjadi
seperti aiskrim ye sahabat2, mudah sangat cair, teguhkan tembok hati
kita..chaiyo!)_ceh! Lebih2 plak eah..hehe..
SaYang SahaBat Semua..
No comments:
Post a Comment