Geng-Geng..

nuffnang

11 May 2012

Sungguh Aku Bersyukur..




Aku bersyukur
Keluargaku  menjadi Insan yang terpilih mendapat Hidayah Allah untuk memeluk Agama islam..
Benarlah, Hidayah Allah itu akan menyapa siapa sahaja yang Dia kehendaki..

Aku bersyukur aku menjadi Seorang Islam..
Menjadi Muslimah..
Menjadi Bidadari Dunia..
Insyallah harapan Di hati..
Ingin menjadi Bidadari Syurga..

Aku bukanya setelah menjadi Islam terus taat pada agama..
Bukan jua terus mendalami agama ini..
Di kala tiada yang membimbing..
Di kala tiada  siapa penunjuk jalan..

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi..
Setelah bertahun-tahun memeluk islam..
Barulah kusedari ..
 Bahawa Manusia itu diciptakan ada peranan dan tanggunjawabnya..
Aku lalai degan Dunia..
Aku leka dengan Dunia..
Aku terpesona Dengan Dunia..
Betapa Jahilnya Diriku ketika itu..

Dan saat ini..
Aku mula belajar untuk mendalami agamaku..
Semakin aku kenal dengan-Nya
Semakin banyak  diri ini menangis..
Menangisi kejahilan diri..

Aku kuatkan Hatiku untuk mencipta perubahan..
Sedikit demi sedikit..
Dari semasa ke semasa..
Kadang-kadang apabila aku diuji..
Aku belajar untuk Kuat..

Syukur Pada-Nya..
Akan kugenggam Hidayah ini..
Takkan ku biarkan ia pergi jauh dariku lagi..
Kerana betapa sedihnya aku mengenangkan perjalanan hidupku diwaktu dahulu..
Yang umpama mengembara tanpa Kompas ditangan..
Sehinggakan hampir tersesat dalam pengembaraan..
Hampir terlupa jalan pulang..

Mohon doa Para Sahabat..
Agar Aku kuat dalam Mencipta Perubahan Diri..
Islam Mengajarku Untuk menjadi Lebih baik dari Semalam..
Islam Mengajarku Untuk Redha dengan setiap Apa yang berlaku..
Islam mengajarku Untuk kembali tersenyum, sentiasa tersenyum dan tetap tersenyum..

04 May 2012

Aku redha Dengan takdirmu..




Hatiku bertanya
Mengapa aku yang melaluinya..
Imanku membisikkan..
Usah persoalkan takdir Allah..
Itulah yang terbaik buatmu

Hati mengeluh..
Kesakitan apakah ini..
Sehingga aku hampir rebah menghadapinya..
Usah bertanya, getus imanku..
Itu ujian Darinya..

Mengapa aku yang diuji sedemikian berat..
Imanku mengetuk hatiku berulangkali..
Bersyukurlah.. Bergembiralah..
Kesakitan dan ujian itu akan terasa indah
Apabila dirimu merungkai kalimah hikmah-Nya
Usah bersedih Dan Berduka..

Terimalah dengan hati yang ikhlas..
Terimalah dengan redha..
Tadahkanlah tanganmu..
Seluasnya kepada-Nya

Dirimu insan terpilih..
Untuk-Nya melabuhkan cinta kepadamu..
Bersedihlah apabila dirimu..
Tidak ditimpakan dengan ujian..

Disibukkan dengan Hal Dunia semata..
Sehingga dirimu leka dengan Keindahan Dunia
Yang sekadar Indah dipandang tetapi pahit untuk ditelan..

01 May 2012

Pesanan Buat Adik tersayang




Adik tersayang,
Dirimu semakin meningkat remaja..
Suatu ketika dahulu, dirimu terlalu kecil berbanding denganku..
Kini, betapa cepatnya dirimu membesar..

Adik tersayang..
Apa khabar iman adik yang disayangi..
Adakah Ianya baik-baik sahaja..
Adakah ianya sentiasa Di update dari semasa ke semasa..
Sentiasalah bertanya khabar pada imanmu..

Adik tersayang..
Dirimu merupakan pemimpin dalam keluaraga..
Kerna hanya kalian berdua yang kami harapkan..
Kerana selayaknya pemimpin itu daripada kaum Adam bukanya kaum Hawa..
Kami hanya mampu berdiri di belakang kalian untuk menghulurkan bantuan tika diperlukan..

Adik tersayang..
Cubalah menjadi matang..
Tetapkan langkahmu..
Jangan tersasar daripada jalannya..
Sungguh betapa diri ini takut..
Takut melihat akhirnya dirimu gagal dalam perjuanganmu..


Adik yang tersayang..
Janganlah dilalaikan dengan kehidupan dunia..
Ingin akak berpesan..
Dunia ladang akhirat..
Jangan terlalu cinta dengan dunia..
Jangan terlalu taksub dengan dunia..
Jangan terlalu kagum dengan dunia..
Kerana kenikmatan dunia itu hanya sebagai ujian buat dirimu..

Adik yang tersayang..
Fitrah manusia itu sememangnya ingin mencintai dan dicintai..
Namun, adik akak yang disayangi..
Cinta itu bisa menyakitkan jua mebahagiakan..
Ingatlah! letakkan cintamu di tempat yang selayaknya.
Jangan sembarangan untuk menerima cinta manusia..
Jangan tergoda dengan cinta remaja..
Cinta remaja itu melalaikan semata-mata..
Kiranya dirimu telah terjebak..
Muhasabah dirimu..
Apakah dirimu sudah cukup cinta dengan tuhanmu?
Apakah dirimu sudah cukup cinta dengan rasulmu?
Bagaimana pula dengan cintamu pada ibu bapamu?
Dirimu sudah cukup matang untuk memahaminya..

Adik yang tersayang..
Pasti! suatu hari nanti pasti dirimu akan merasai cinta manusia
Kerana yang halal itu lebih indah daripada yang haram..
Cubalah sabarkan hatimu..
Kerana cinta berlandaskan syariat itu sungguh manis untuk dirasai..

Adik tersayang..
Jangan kalian mengagungkan cinta sesama manusia..
Sungguh! Ianya melalaikan dirimu..
Cinta itu mampu merosakkan jiwa remajamu..
Bentenglah hatimu dengan santapan-santapan rohani..
Cintalah kepada majlis-majlis ilmu..
Jangan bekukan hatimu.. 

Jagalah adabmu, khususnya yang bukan mahrammu..
Jagalah batas pergaulanmu..
Peliharalah dirimu daripada fitnah dunia..
Belajarlah untuk menjadi sombong kiranya ia baik untuk rohanimu
Agar tidak terjebak..
Dengan perangkap syaitan..
Takutlah kepada Allah..

Adik tersayang..
Patuhlah kepada kedua ibu bapa..
Letakkan kesetiaan dan kasih sayangmu terhadap mereka..
Adakah benar dirimu cinta dan sayang pada mereka?
Mana buktinya?
Tunjukkan?
Jangan pernah sakiti hati mereka..
Kerana kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang..
Jangan pernah persoalkan kasih sayang mereka..
Betapa keringat itulah..
Yang membesarkan kita..
Jangan dikau bertanya..
Banyak mana kesusahan yang mereka tempuhi..
Kerana dirimu tidak akan memahaminya..
Selagi dirmu tidak bergelar ibu atau ayah..
Sungguh! Tidak akan terhitung kesusahan dan kepayahan mereka..


Adik tersayang..
Tuhan tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadanya..
Firman Allah ini sudah cukup membuktikan apa tanggunjaawab kita diciptakan..
Adakah adik mengetahuinya?
Pasakkan keyakinan dalam dirimu untuk satu perubahan..
Insyallah pasti akan dipermudahkan..
Apabila terdetiknya Hati untuk berubah..
Allah akan datangkan pelbagai ujian
Untuk menguji setakat mana keimanan kita..
Namun Allah juga sediakan jalan-jalan yang luas untuk kita sususri..
Dia pasti akan kirimkan sseorang yang akan membantu dirimu disepanjang perjalananmu..


Adik tersayang..
Berprasangka baiklah kepada yang esa..
Jangan pernah engkau merasa kecewa denganya..
Bergantunglah sepenuhnya kepada yang esa..
Kerana kita hidup untuknya..

Adik yang tersayang..
Pilihlah sahabat yang mendatangkan manfaat kepada dirmu
Bukanya yang mendatangkan musibah..
Kerana seseorang sahabat itu akan cenderung untuk mengikuti sahabatnya..
Bijaklah dalam memilih kawan..
Gunakan Akal yang telah dikurniakan
untuk membezakan yang baik dan yang buruk..

Adik tersayang..
Sahabat yang beriman itu ibarat mentari menyinari..
Sahabat yang setia itu ibarat pewangi yang mengharumkan..
Sahabat yang sejati itu pendorong impian..
Sahabat yang berhati mulia itu membawa kita kejalan Allah..

Adik tersayang..
Bentuklah dirimu menjadai pemimpin..
Pemimpin kepada keluarga..
Pemimpin kepada dirimu sendiri..

24 April 2012

Kun Fayakun..

Hati tertanya-tanya,
Mulut membisu tanpa kata,
Diam mengisi diri..

Ilham pergi..
Mulut terkunci..
Jiwa mati..
Hati hilang..
Kosong..

Dalam syahdu rahmatNYA datang,
Penuh sempurna kasihNYA menyapa..
Tika hati kosong salamNYA menyembuh..
ZikirNYA terapi hati..
SujudNYA penenang jiwa,
Dalam kelam beroleh cahaya..
Moga keimanan temui kejayaan..
Moga hati istiqamah dalam iman..

Walau diri sering mengabaikan kasihNYA,
Walau hati tidak tulus dan setiap dalam waktu sujud kepada Pencipta..
Ditemani gangguan nafsu
Dikelirukan dengan perkara lagha
Namun, sinarNYA tetap menyembuhkan hati
KasihNYA tetap menyuburkan jiwa,
RedhaNYA tetap menyuluh jalan keimanan
Moga hati terus bersyukur

Ya Allah, ampuni dosaku
Ampunkan silap dan kelalaianku
Kurniakanlah aku maghfirahMU
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa di bumiMU
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar
Amin

14 April 2012

Tabahkan Hati_Kuatkan Iman..















Semakin Hamba mengenalimu..
Semakin Hamba banyak Menangis keranamu..
Hamba mengharapkan....biarlah 
Hari-hari hamba di Hiasi dengan Tangisan..
Hamba tidak merasakan kerugianya..
Apatah lagi kesengsaraan..
Hati Hamba begitu Tenang sekali..
Sesungguhnya ketenangan itu engkau yang ciptakan buatku..
Tiada lain yang mmapu memberi ketenangan itu melainkan dirimu..
Sungguh aku Bersyukur..

Saat Hamba merasakan kesakitan..
Hamba dikuatkan dengan Kalimah cintamu
Yang begitu menusuk kalbu..
Yang begitu mendamaikan jiwa 
Agar aku kembali kepadamu untuk muhasabah diri..
Disebalik kesakitan itu, ada nikmat yang tersembunyi tanpa Hamba ketahui..

Mengungkap rasa Hati  kepadamu..
Tidak pernah hamba rasa tersisih mahupun tidak diperhatikan..
Hamba sentiasa merasakan,dirimu begitu hampir
Dekat disamping  Hamba..
Walaupun terkadang dirimu Hamba abaikan..
Sungguh..
Dirimu tidaak pernah terlepas pandang untuk memerhatikanku..
Walau seumur hidup Hamba..
Tiada yang akan mampu memberi penjagaan yang begitu rapi sekali buat hamba..
Melainkan hanya Dirimu..

Walaupun dirimu jauh dari pandangan..
Aku belajar untuk mengenalimu..
Melihat tanda-tanda kebesaranmu..
Melihat uniknya engkau ciptakan Hamba..
Memerhati segala nikmat yang engkau hadirkan buat Hamba..
Dari Hujung rambut hingga ke hujung kaki  hamba...
Nikmat mana lagi yang Hamba harus Dustakan..

Sungguh..Begitu besar kekuasaanmu..
Begitu  banyak Nikmat yang engkau berikan buat Hamba..
sedangakan ada suatu ketika,hamba seringkali mengeluh..
Mengapa aku tidak memperolehi apa yang aku inginkan selama ini??
Jahil sungguh Diri Hamba Ini...
Begitulah Manusia,Tidak pernah merasa cukup..
Sering meminta-minta namun lupa untuk mensyukuri..

Engkau tidak mengharapkan apa-apa balasan dari hamba..
Engkau Hanya menginginkan hamba untuk tetap dekat dan beribadah kepadamu..
Kerana Akhirat itu sedang menanti bukanya Dunia..
Terlalu banyak kalimah cintamu yang mengingatkan  hamba..
"tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk Beribadah kepadaku"
Apa belum cukup difahami??
Hamba memohon,jikalau teramat sukar buat hamab mengenalimu
Engkau gantikan hati hamba dengan yang Baru..
Agar Hamba Merasakan cahaya cintamu kembali..

Setelah itu engkau turunkan ujian kepada Hamba..
Tanda kecintaanmu terhadap hamba..
Agar Hamba kembali kepadamu..
Ada yang dapat Hamba Tempuhi..
Ada yang Hamba gagal tempuhi..
Betapa lemahnya iman..

Bagaimana keadaanku kelak..
Apabila menemuimu..
Adakah Hamba golongan yang menerima buku amalanya dengan Tangan Kanan??
Atau..Adakah hamba golongan yang menerima Buku amalanya dengan tangan Kiri??
Sungguh..bergetar jiwa Hamba..
Takut untuk memikirkanya..
Namun  rasa ketakutan itulah yang membuatkan hamba untuk lebih berusaha untuk dekat denganmu..
Walaupun terkadang hamba terjatuh dan rebah menyembah bumi..
Engkau kuatkan Hamba untuk bangkit kembali..
Dan menzahirkan rasa pengaduan dan kekecewaan hamba kepadamu..
Agar hamba terus ditabahkan Hati,Dikuatkan Iman..

Hamba perlu Kuat jika ingin menemui cinta hati..
Hamba perlu Kuat untuk Mengapai Jannah..
HAmba perlu kuat untuk Mencintaimu untuk Merasakan Rindu..
Hamba  Perlu Rindu untuk merasakan Cintamu..

Bingkisan Hati_Menzahirkan Rasa Buatnya..
ALLaH..ALLaH..ALLaH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...