Assalammualaikum..>_<
suka sangat nak kongsi kisah Nukilan FATIMAH SYARHA nie kepada rakan blog semua..
Memandangkan saya pun baru nak melangkah ke arah satu perubahan yg baik..alhamdulilah..
saya menguatkan semangat dengan Membaca Nukilan beliau ini..Sngt rasa termotivasi dan bertambah Kuat dalam setiap langkah..Mohon Ya Allah segalanya dipermudahkan..Dan semoga saya istiqamah dijalanya..JAngan engkau uji Aku Ya Allah melainkan yg mampu untk ku hadapi..
"Akak, kenapa
akak pakai tudung labuh?" soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh
remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra sedang mekar meniti usia remaja,
turut bertanya.
Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Ku
fahami, remaja bertanya kerana mereka sedang mencari identiti diri.
Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita
berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku,
ustazah-ustazahku semuanya bertudung lanuh. hingga aku mensinonimkan tudung
labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut
mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih
menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih
tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin
saat itu aku tidak tahu apa yang perlu aku tahu. Hinggalah persoalanku terjawab
satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan
yang kutagihkan pengertian. jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
YANG TERTUTUP ITU
INDAH
Ketika kubertanya tentang tuduh labuh, mudah jawapan yang pernah ku temui,
" Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah
al-Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula
bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang
bersampul lbeih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul.
Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain
yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu cara
Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar
keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh
pandangan hati yang sakit.
ISTMEWA BERTUDUNG
LABUH
Di sini, aku bukannya mahu berbicara mengenai kewajipan menutup aurat.
Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan
aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali
meneylamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
DIKEJAR TEBUAN TANAH
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang
fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan
remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar
sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. sedia menyerang. seorang
peserta menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakngnya turut
menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan berada di barisan depan
ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur.
Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung
labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa
peserta yang terkepung dengan tudung labuhku daripada disengat. segera
kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami.
Subhanallah Maha Suci Engkau yang menyelamatkan kami dengan secebis kain ini.
TERLINDUNG DARIPADA
BAHAYA MALAM
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus selepas tamat bercuti pertengahan
semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang
mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakkan duduk bertemankan seorang
lelaki asing.
Sebelum bas bergerak, aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di
Greenwood.
Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara ke
alam mimpi seketika. kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkanku.
Lantas aku terjaga separuh sedar.
Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat dan urat kepala terasa
merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dan terasa mamai sewaktu menuruni bas.
Ketika berada di luar bas, aku masih berasa sangat mengantuk. Sejurus itu,
secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku serang yang menuruni bas. Lagipun,
tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood
seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang
untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. namun aku sudah
terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Jalan raya di hadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan
perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke
belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia
kelihatan gelap/ Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang
berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, padaMu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa
yang sama, Mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai
senjata andainya anjing itu menyerang.
"Di mana?" tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi
yang asing itu. tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang
menunjukkan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak
berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.
Tiba-tiba sekumpulan penunggang motosikal dengan pelbagai aksi berhenti
beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting
di situ.nAku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan
tudungku juga hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diri
di sebalik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit
cerah.
Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di ditu dan membaca segala ayat
al-Quran yang kuhafal. Tawakalku memanjat langit.
Tiba-tiba anjing tadi berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik
padaku kerana ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan
memandang-mandang ke arahku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah
berkali-kali. aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.
Allah menjadi saksi. aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu
sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan.
Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang ke
arahku. aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat
mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba-tiba mereka bererdar. Bunyi ekzos mengaum pergi dengan pelbagai aksi.
Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja sebentar tadi.
Puan Norliza pula sampai menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah
menyelamatkanku di balik tudung labuh berwrna gelap itu. Alhamdulillah!
SELAMAT DARIPADA
DIRAGUT
Seorang daripada temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kelas.
Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya. Dia
menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret.
Ketika itu pula, dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran.
Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, "Jika akak pakai tudung
labuh macam ni, tentu mereka tak nampak beg tangan akak." Kata-kata itu
membuatkan ku benar-benar berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa=rupanya
antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa
tersembunyi di bawah tudung labuh.
MENEMUI JODOHKU
Bebrerapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tetapi akhirnya
menukar penampilan kerana takut dipinang. Penampilannya masih menutup
aurat, namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat
memilih bunga untuk disunting adalah kerana niali tidung labuhku. Wanita
bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai
persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu
kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak.
Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan dengan hanya melihat
luarannya. Namun, realitinya kadangkala masa terlalu singkat dan peluang tiadak
ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya
melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai.
Kelihatan penjual di gerai pertama ialah makcik yang bertudung labuh.
Penjual kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana kita nak pilih?
Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa kata
kita ketika itu? Fikir-fikirkanlah.
HORMATILAH SELAGI
MENUTUP AURAT
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati yang berkata,"Ramai saja yang
bertudung labuh tapi tidak baik." "Tudung tak labuh pun masih
menutup aurat." "Don't judge a book by it's cover."
Kuhormati semua kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam
hidupku yang menyebabkan kurasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adk-adik
remaja yang bertanya, moga adik-adik bertemu jawapannya.
nukilan:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
nukilan:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
1 comment:
how's things nursaidatulakma.blogspot.com owner discovered your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://massive-web-traffic.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://massive-web-traffic.com
Post a Comment