Geng-Geng..

nuffnang

18 November 2011

Siapakah Lelaki Kacak itu????


Assalammualaikum.. As salam Pagi Jumaat buat semua...
Dah agak lama x update blog..
Rindu la plak nak share ilmu dengan Para Sahabat semua..
Artikel ini saya ambil daripada Rakan bLog yang lain..
Bagi saya ianya sangat Menarik, untuk memperingatkan kepada diri ini bahawa lelaki Kacak itu sentiasa berada dekat dengan kita..
Kita je yang x tau..

Pertama kali bila melihat tajuk artikel lelaki Kacak nie, rasa tertanya-tanya plak siapa kh gerangannya  lelaki kacak itu???..hemmm..nak tau tak siapa??? Jom baca...

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan
saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian
kepalanya.

Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang
dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang
telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu
berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri
walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh
meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran,
yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan
kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari
Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat
dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada
syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun
hanya satu ayat.'

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca &
mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini,
syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "JANGAN"..
Maka tepuk dada Tanya Iman dan Takwa..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...