Geng-Geng..

nuffnang

12 September 2013

Aurat Or Fesyen?


"Pakai itu tak boleh! Pakai ini tak boleh! Ish, menyusahkan betullah! Nak bergaya pun tak boleh!"

Wah, banyaknya rugutan. Tahu tak mengapa rungutan seperti ini timbul? Kerana kita terlalu mengikut nafsu, tidak kurang juga yang ingin dilihat cantik dan anggun.

" Kalau pakai biasa-biasa je, tiada keyakinan dirilah"

Betulkah begitu? Keyakinan itu tidak diukur dengan bagaimana cara kita berpakaian. Tidak semestinya tidak bergaya atau berfesyen itu tidak mempunyai keyakinan. Anda sendiri juga melihat, ramai mereka yang hanya berpakaian biasa-biasa sahaja lantang dalam bersuara untuk melontarkan pendapat masing-masing. Ramai juga mereka yang berpakaian biasa-biasa sahaja berjaya dalam setiap bidang yang mereka ceburi.

So, lepas ini jangan jadikan pakaian sebagai alasan agar kita kurang berkeyakinan ya..>_<
Dalam Islam, tidak salah untuk bergaya tapi biarlah tidak menarik mata-mata sang Adam untuk lebih tertarik untuk memandang. Tidak salah untuk berfesyen tetapi biarlah mengikut syariat Allah. Apa-jenis fesyen sekalipun biarlah kita dahulukan syariat.

Penulis juga pernah terjebak dengan fesyen yang entah apa-apa pada zaman sekarang ini. Betapa jahatnya nafsu itu hingga kita tidak mampu untuk mengawal diri sendiri. Disebabkan terlalu dipersembahkan dengan pelbagai jenis gaya yang anggun lagi mempersona akhirnya tewas jua  di lautan nafsu. Tetapi bila dah terjebak, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. Penulis  juga sedang belajar untuk berubah sedikit demi sedikit. Dahulu penulis memang suka pakai shawl tetapi sebelum itu penulis memakai tudung bawal sahaja ada juga sesekali penulis memakai tudung labuh bulat. Tetapi entah mengapa, akhirnya terpengaruh jua. Kadang-kadang kita terlalu mendahulukan nafsu berbanding syariat.

Sesekali, penulis cuba untuk muhasabah diri, mengapa meninggalkan sesuatu yang lebih baik dan beralih kepada sesuatu yang baru yang membuatkan hati penulis tidak merasa tenang. Suatu hari, penulis terbaca tulisan seorang sahabat muslimin " perempuan yang memakai shawl atau selendang agak menonjol". Bermula dari situ penulis secara perlahan-lahan mula berubah. 

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyindir siapa-siapa sahaja, tulisan ini sekadar nukilan hati buat untuk mengingatkan diri ini agar terus bertahan dan tidak kembali kepada yang dulu. Nukilan ini sekadar untuk memberikan semangat kepada penulis.

Wallahualam
Semoga diberkati
Dan buat mereka yang sedang berubah, semoga kita sama-sama kuat untuk bertahan.

11 September 2013

Saat Kugapai Kasih-MU

Assalammualaikum sahabat semua, perkongsian kali ini adalah sebuah puisi yang dinukilkan oleh Ruhana Zaki dalam Karyanya yang bertajuk "Kerana-Mu Aku Berubah". Disaat membaca karya beliau ini, sungguh tersentuh hati. Buat para sahabat yang baru mula bertapak untuk berubah, saya menyarankan dapatkanlah buku ini. In shaa Allah, ianya sangat membantu.

Sahabat semua, puisi inilah yang telah menyentap tangkai hati, puisi ini jugalah yang telah membukakan mata dan hati penulis untuk berubah. Walaupun lambat tetapi ianya lebih baik daripada terus kekal sebagai hamba yang lalai dan terlalu cinta akan dunia.

Penulis kongsikan puisi ini agar, kita bersama-sama muhasabah diri. Agar kita lebih mengenal siapa kita yang sebenar-benarnya. Agar kita lebih mengenal siapa Tuhan yang Esa, Agar kita kenal jalan untuk berubah. Jangan pernah rasa terlambat untuk berubah, kerana bila-bila masa sahaja Allah sentiasa ada buat hambanya yang ingin bertaubat.

Tetapkan hati dan kuatkan Iman. In shaa Allah, moga dipermudahkan segalanya.

Saat ku gapai kasi-Mu
Baruku tahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku menjadi hilang dan liar
Dan tersasar jauh dari jalan-Mu

Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu betapa kerdilnya aku
Ketika tangan kutadah pasrah
Kalbu menangis tanda bersalah
Jiwa merintih ingin berubah

Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu betapa manisnya iman
Betapa indahnya akhlak mahmudah
Betapa syumulnya Islam
Yang dahulu tega kupersenda

Saat kugapai kasih-Mu
Kuingin selalu bersama-Mu
Mencapai makna hamba yang soleh Mengecap nikmat beribadat
Siang, malam setiap detik
Jiwa raga kupersembahkan untuk-Mu
Ya ALLAH..

10 September 2013

Ujian itu Adakalanya Menyakitkan

Siapa yang tidak merasa kecewa, di saat kita berusaha untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan, dengan begitu payah kita bertahan namun akhirnya tersungkur jua dalam perjuangan.

Rasa kecewa tidak dapat diluahkan, hinggakan terdetik dalam hati " Adakah aku ini ditakdirkan seperti ini? "
Hampir sahaja menyalahkan takdir, menafikan segala ketentuan dan apa yang telah dirancang olehnya.

Yakinlah pada DIA yang SATU..
Ia adalah ujian dari-Nya. Mungkin untuk mengajar kita untuk lebih tabah. Mungkin jua untuk mengajar kita mensyukuri nkmat pemberian-nya walau sedikit. Jangan terlalu bersedih hinggakan kita lupa untuk terus berdoa untuk memohon kekuatan. Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa dengan penuh kesungguhan..
Bacalah ayat-ayat cinta dari-Nya untuk mendamaikan hatimu..Ayat-ayat cinta dari-Nya itu terlalu indah untuk diabaikan begitu sahaja..

Wahai Hamba yang berdosa,
Apakah kamu tidak yakin dengan-Nya, hinggakan kamu dengan beraninya menyalahkan takdir hidupmu.
Adakah engkau tahu bahawasanya, setinggi mana pun kasih sayang yang telah dicurahkan oleh orang yang menyayangimu tinggi lagi kasih sayang Allah kepadamu.
Adakah kamu tidak merasakannya?

Ya Tuhanku..
Betapa kakiku ini ku kuatkan untuk bertahan, namun akhirnya jua aku yang kecewa..
Betapa langkahku ini, aku jaga dari pincangnya laluan..Namun akhirnya aku jua yang menangis menyesali..

Ya Tuhanku..
hamba yang lemah memohon keampunan-Mu..
Adakalanya aku menangis menghadap-Mu..Sejujurnya saat itu aku benar-benar menyesali setiap perbuatan..
Adakalanya jua aku tersenyum dan ketawa hingga membuatkanku tersungkur kembali..

Coretan Hamba Berdosa
Mencari Redha dan Keampunan Allah.

09 September 2013

Sebaik-baik Hadiah itu adalah Ujian Allah

Walau akal menafikan, namun hati tetap jua membelot. Kita boleh menipu siapa sahaja tetapi percayalah bahawa kita tidak akan mampu menipu hati sendiri. Hati itu terlalu halus untuk dibisikkan dengan kata-kata penipuan.

Semakin kita ingin dekat kepada Sang Khaliq kita akan semakin diuji oleh-Nya. Benarlah, untuk mendapatkan cinta hakiki itu, laluannya payah dan adakalanya menyakitkan sehinggakan kita tidak mampu berfikir secara waras. Sekiranya berfikir berpandukan akal semata-mata, maka hancurlah semuanya. Jangan pula kelak akan timbul penyesalan di akhir perjalanan.



Dalam kita meniti kehidupan seharian, pasti kita akan diuji. Mungkin saja kita tidak menyedari ujian tersebut sekiranya ianya tidak datang bersama kesakitan. Kadang-kala apabila ujian tersebut membuatkan kita tersungkur dan tidak tahu pada siapa untuk mengadu barulah kita akan mencari Sang Khaliq.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.."  (Al-Baqarah 286)

Sahabat-sahabat semua.
Bersama kita berdiri teguh dalam mengharungi setiap ujian.
Ingatlah, Tuhan tidak akan memberikan kepayahan sekiranya di luar kemampuan.
Dan Tuhan juga tidak akan menghadirkan ujian dikala kita tidak bersedia untuk menghadapinya.
Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik.
Ya benar. Berkata-kata itu lebih mudah tetapi melaksanakannya itu payah.
Namun, bukankah kata-kata itu juga mampu untuk membakar semangat agar kita tetap bertahan hingga ke akhirnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...