Geng-Geng..

nuffnang

10 November 2012

Siapa Aku Sebenarnya?



Dulu Masa kecik2 kita selalu ditanya nak jadi apa bila dah besar nanti? Dulu, saya ingatkan manusia ini kerjanya makan, tidur, bangun, pergi sekolah, balik sekolah, dan keesokkanya pula masih buat kerja yang sama. saya pernah berasa, alangkah bosannya kehidupan ini, buat kerja yang sama je setiap hari. bertahun-tahun saya merasakan bahawa manusia itu diciptakan begitu sahaja, tiada appa-apa faedahnya pun..

Sejak kecil sehinggalah saya meningkat remaja, saya tidak mengetahui apakah tujuan penciptaan manusia itu sebenarnya. saya banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah, betapa jahilnya ketika itu. Huha huha sana sini..Ya Allah..

Ingin berkongsi cerita kepada sahabat-sahabat semua tentang kisah  seoranag Hamba Allah ini..Saya nak pesan, yang baik itu jadikan teladan yang buruk itu jadikan sempadan, yg buruk tu buang jauh-juah ye ..lontar sejauh yang mungkin..

Ada seorang Hamba Allah ini, dia beragama islam tetapi Dia ini seorang mullaf, jadi cara didikan tentang islam pun kurang. Dia tinggal di perkampungan yang hampir daripada penduduknya adalah muallaf juga. Hamba Allah ini tidak tahu bahawa seseornag yang bergelar muslim itu wajib untuk solat, wajib untuk puasa, wajib untuk menjaga auratnya. Dia hanya belajar agama di sekolah sahaja.Dan Hamba Allah ini tidak pernah cuba untuk mendalami ilmu agama, persekitarannya dikelilingi sahabat-sahabat yang bukan beragama islam, Hamba Allah ini lebih banyak bergaul dengna mereka yang bukan beragama islam. Walaupun sahabat-sahabat hamba Allah ini bukan beragama Islam tetapi mereka sangat baik sekali untuk dijadikan sebagai seorang sahabat.

Pada suatu hari, Hamba Allah ini diuji..Hamba Allah ini mendapat tahu bahawa dia mempunyai penyakit.. Lemah semangat Hamba Alllah ini rasakan, di saat mengetahui yang dirinya berpenyakit. Timbul persoalan di mindanya,. Adakah Manusia itu akan mati? 

Sedikit demi sedikit hamba Allah ini mula merasa takut.. 
Suatu hari, hamba Allah ini terdengar lagu, lagu nasyid....Jatuh hati dengan lirik lagu tersebut..
Hamba Allah ini bermuhasabah ini. Rupanya selama ini,manusia itu ada tanggunjawabnya..tetapi apa?
Begitu banyak persoalan yang timbul..Hamba Allah ini mencari-cari, kepada siapa dia ingin merungkaikan segala persoalan tersebut..

Hamba Allah ini mula merubah dirinya sedikit demi sedikit,.Dia bermula dengan begitu payah sekali kerana tiada siapa yang boleh membantu dirinya..Apabila Hamba Allah ini teringin untuk berubah, dia keseorangan tiada siapa yang menjadi peneman, hanya kekuatan dari- nya yang diharapkan..

Hamba Allah ini sematkan dalam hati bahawa " AKU INGIN BERUBAH"..

Sampai Disini sahaja ye ceritanya..Insyallah kalau ada masa lagi, next storynya akan dikongsikan lagi..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...