Geng-Geng..

nuffnang

29 August 2011

Buat Ayah Dan Ibu yang Tersayang..



Wahai ayah dan ibu..
Didiklah anakmu ini agar menjadi anak yang soleh..
Taat kepadamu tika susah dan senang..
Sentiasa mendoakanmu agar bahagia di kehidupan yang kekal abadi..
Kerana anak soleh itu permata keluarga dan harta di dunia dan akhirat..

Wahai Ayah dan ibu..
Bimbinglah anakmu ini untuk mengenal pencipta dirinya..
Agar anakmu ini tidak leka dengan kehidupan dunia..
Berikanlah anakmu ini ilmu akhirat sebagai panduan hidup untuk menuju di negeri yang kekal abadi..
Dan berikanlah ilmu duniawi sebagai panduan untuk menuju kehidupan yang abadi..

Wahai ayah dan Ibu
Redhai setiap langkah anakmu ini..
Agar tidk tersasar di jalanya..
Agar teguh iman dan takwanya..
Tika berada jauh daripadamu..

Wahai ayah dan ibu..
Ingatkanlah kepada anakmu ini..
Agar sentiasa menjadikan ALLAH itu
Sebagai Matlamat yang abadi..dan..
RASULLULAH itu sebagai kekasih yang sentiasa dirindui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...