Geng-Geng..

nuffnang

15 November 2012

Kisah Sempena Maal hijrah..




Sempena Maal Hijrah Tahun ini..Saya teringat kisah seorang Hamba Allah yang begitu dekat di hati..Sehinggakan Kisah Ini menjadi pengajaran yang membangkitkan semangat "Aku Ingin Berubah"..

Dia Bermula dengan Tiada apa-apa..Hidupnya Kosong..Apabila merasa Sakit Dia tidak tahu kepada Siapa hendak mengadu, sebab ketika itu Dia tidak mengenali bahawa Betapa Baiknya Tuhan..

Dia Hidup tanpa mengetahui matlamat hidupnya yang sebenar..
Betapa Jahilnya Dia ketika Itu..
Tidak mengenal bagaimana untuk solat..
Puasa itu wajibkah?
Apatah lagi bab-bab menutup Aurat..
Berseronok dengan kawan-kawan..
Seringkali bersikap kurang ajar dengan Keluarganya..
Dia tidak tahu Akhirat itu menanti dirinya..
Balasan Syurga dan Neraka itu 
Bergantung kepada Bagaiman Dia mencorakkan Masa Depannya..
Bertahun-tahun hidup  berhambakan Dunia..

Pada Suatu hari..
Diuji kekuatan dan kesabaran..
Tersungkur Dia..kerana tidak mampu menghadapinya..
Adakah ini pengakhiran Hidupnya..
Rupa-rupanya tidak..
Dalam Gelap Dia berjalan ..
Meraba-raba tanpa cahaya..
Sampai ke penghujungnya..
Dia melihat cahaya yang begitu Terang sekali..
Terdetik Di hatinya..
" Aku Islam, mengapa aku tidak mengenali agamaku sendiri"
Bermula daripada saat itu, dia bertekad untuk mengenal agamanya sendiri setelah bertahun-tahun membuangnya jauh..
Betapa Manisnya Hidayah Allah..

Kini..
Dia berazam untuk mencari Makna hidupnya yang sebenar..
Mengenal Tuhan pencipta Dirinya..
Terkadang dia merasa lemah..tetapi kini Dia tidak kesorangan lagi..
Dia ada kwan-kawan yang menjadi sandaran..kawan-kawan yang telah ditarbiyah..
Dan yang paling penting Sekali DIA yakni ALLAH sentiasa ada buat dirinya..she's not alone anymore.

Dia Kuatkan Dirinya untuk Berubah..
Dia menghadapi banyak ujian di sepajang perubahannya..
Namun, Dia tetap menguatkan langkahnya..
Dia kuatkan dirinya..
Dia tidak ingin jatuh lagi..
Kerana Dia takut hidup Dalam kekosongan..
Dan Dia tidak ingin Kembali kepada Zaman kejahilannya lagi..

Itulah Kisahnya para sahabat..
Daripada Dia itu tidak mengenal Allah..
Dia mengenal Allah..
Daripada Dia Tidak tahu Dia mencari kebenarannya..

Untuk makluman Para sahabat Dia itua adalah seorang Muallaf..
Jadi..sekiranya para sahabat memiliki seorang kawan yang muallaf..bimbinglah mereka..kerana mereka teramat memerlukan bimbingan sahabat-sahabat yang telah ditarbiyah..Jangan tinggalkan mereka begitu sahaja..saya yakin dan percaya jauh di sudut hati mereka, mereka mencari-cari sesuatu yang tidak ada pada diri mereka..
Sahabat-sahabat bantulah mereka..hidup dengan hati yang kosong itu snagat menyeksakan..sangat-sangat menyakitkan..Jangan biarkan mereka terkapai-kapai seorang diri..

Tarbiyahkan diri mereka..Agar mereka tahu Islam ini adalah Agama yang sangat Mulia..
Wajib dipelihara dan Disebarkan..Wallahualam..Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...