Geng-Geng..

nuffnang

07 March 2011

BAGAIMANA BIDADARIMU?

ASSALAMUALAIKUM...


Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang agak menarik dan berguna kepada kaum adam dan juga hawa. Semoga pengisian kali ini amat berguna kepada kita semua. INSYALLAH...

"Jangan kau kahwini wanita yang enam : yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"
- Imam Al-Ghazali-

Berdasarkan kata-kata di atas, terdapat 6 golongan wanita yang harus di elakkan untuk di kahwini. Untuk golongan hawa, hindarkanlah diri kalian semua daripada tergolong dalam golongan ini.

Wanita Ananah :
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti : "Aku membuat itu kerana mu"


Wanita Hananah :
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Wanita yang melemparkan pandangan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya membelinya.

Wanita Baraqah :
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
http://cintakuhanyapadamu.blogspot.com
Wanita Syadaqah :
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

http://cintakuhanyapadamu.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...