Geng-Geng..

nuffnang

31 March 2012

ANDAINYA DARI DULU KUSEDARI KASIHMU..



Tiba-tiba terasa begitu sedih dan sayu sekali hatiku..

Terkenang dengan laluan-laluan yang telah aku lalui dahulu..

Betapa aku khilaf saat itu..

Andai dulu ku sedari kasih dan cintamu..

Terhadap diriku..

Betapa Rapuhnya imanku..

Hanya dicuit sedikit olehnya..melatah tak tentu pasal..

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan..

Namun kerapuhan imanku..

Mulalah berprasangka buruk..

Ya Allah Andai ku sedari itulah cintamu terhadapku..

Padaku ia adalah zaman kejahilan ku..

Zaman jahiliah..(Lupa dengan hakikat agama dan akhlak yg mulia)

Dulu..

Akhlak muslimah..hilang entah kemana..

Solat..Apatah lagi..bukannya jarang ditunaikan..langsung tak pernah..

Malunya tak terkata..hambamu yg lain sibuk mencari bekalan akhiratmu..apa yang ada denganku??Kosong..:”(

Berdzikir Jauh sekali..lafaz pun tak diketahui..

Menutup Aurat..Jahilnya diriku..

Andainya kusedari kasihmu dari dulu..

Aku pasti akan berusaha untuk kembali dan memperbaiki diriku..

Kemana harusku sembunyikan wajahku saat ini..

Andainya dari dulu kusedari..

Setiap kesusahan dan kesakitan yang ku lalui itu..

Tanda sayang dan cintanya Engkau kepada diriku..

Andainya dari dulu Ku Sedari..

Silaturahim itu begitu indah sekali..

Pasti aku berusaha untuk dekat dengan mereka..

Agar aku sedar..

Mengapa diriku diciptakan..

Apa tanggunjawabku sebagai seorang..Muslim..Yakni untuk berbakti kepadamu..

Menyerahkan segala kecintaan dan ketaatan hanya untukmu..

Andai dari Dulu ku Sedari..

Dunia Hanya persinggahanku..

Andai dari dulu kusedari..

Nyawa ku ini adalah pinjaman semata..

Andai dari Dulu kusedari..

Segala yang kumiliki ini adalah milikmu..


Andai dari dulu Kusedari..Ya ALLAH..Andai Dari Dulu kusedari..

30 March 2012

Aku InGin Meraih cinTanya..



Cinta Itu IbaraT siNga&PedaNg
ciNta itu Ibarat BencaNa Besar
Cinta Itu Ibarat Arak yaNg meMabukkan

Bercinta Secara Halal itu Halal..
Bercinta Sejarah Haram itu Haram..

Forum: SAlahkah Aku Bercinta???
Merungkai Persoalan Yang Ada Dibenakku..
Oh..Begitu Rupanya..
Betapa Jauh Kakiku Tersimpang Dari Landasanya..
Tergoda dan Terleka dengan Rengekan Syaitan Yang Membisikan Kata-kata..

Yang Haram itu Dihalalkan..
Yang salah itu dibenarkan..
Yang tak Indah itu Diindahkan..
Yang Melalaikan itu menjadi Teman Sepanjang Masa..
Itulah Syaitan..
Betapa Kuatnya Dia..
Namun dia juga ciptaan Allah..
Tiada Yang Lebih Kuat Selain daripada Allah
Mohonlah kekuatan kepada Sang Pencipta..

Terdetik Hati untuk berkongsi Rasa..
Aku juga Pernah Disapa DenGan Rasa cinta Itu..
Tapi Keindahanya Itu begitu melalaikan diriku..
Benarlah..Cinta tanpa mengikut Guideline Sang Pencipta Banyak yang Buruk Daripada Baiknya..

Tersedar Dari Lena yang Panjang..
Betapa Jahilnya aku dengan Ilmumu..
Hanyut dengan Perasaan sendiri..
Aku takut Sang Pencipta Akan mencemburui Diriku..
Kerana Aku lebih banyak mengingatimu berbanding Dirinya..

Maafkan Diriku..
Andai selama ini Aku pernah Menyentuh Perasaanmu..
Betapa Mudahnya hati ini tersentuh  dengan Seseorang yang belum Halal Bagiku..
Astaghfirullahalazim..
Saat Kesedaran Dan Keinsafan Menyapa Diriku
Cinta Allah Itu Adalah Segalanya..

Bagaimana Harus ku Khabarkan Kepada Dirinya..
Untuk Bersabar Dan Tetap bersabar..
Nyawaku Adalah pinjaman..
Aku Harus Memanfaatkanya Sebaik mUngkin..

Bagaimana Harus Aku khbarkan Kepadanya..
Aku Mengimpikan percintaan Yang Halal
Tanpa melalaikan Diriku Dan Dirimu..
Tanpa 'PANGGILAN' dan Tanpa"SMS..
Yang mungkin selama ini menjadi Penghubung..
Alangka Indahnya Jika PaNGGILAn itu ditujukan Istemewa Untuk Sang Pencipta..
Alangkah Bahagianya Jika SMS itu Ditujukan Khas Buat Sang Pencipta..
Berhubunglah Sentiasa Denganyanya..
Dan aku ingin Berhubung Sentiasa Denganya..
Kuatkan Aku Ya Allah..

Bagaimana Harus Aku khbarkan kepadanya..
Bersamalah kita mempersiapkan Diri..
Bersamalah kita Memeperbaiki peribadi..
Bersamalah kita Untuk Menjauhi pintu-pintu yang membawa kepada kemaksiatan..
Siapkan Diri masing-masing..
Apabila telah cukup persiapanya..
Masanya Pasti Akan Tiba..
Bersabarlah..
Bersabarlah..
Bersabarlah Wahai Hati..

Alangkah Indahnya Berbuka  Setelah Sekian Lama Berpuasa..
Kemanisan Yang tidak Dapat Diungkapkan Dengan Kata-kata..
Ingin Merasainya..
Sama-Samalah Kita Berpuasa..
Menahan HaTi..
MenaHAn Nafsu..
Insyallah..
JAdilah Solehah untuk Mendapatkan Yang Soleh..
JAdilah Soleh Untuk Mendapatkan Yang Solehah..
Sama-Samalah kita Berusaha untuk menjadi lebih baik 
Untuk Menuai Hasil Yang Terbaik..

Tiba-Tiba Diri Terasa Hina sekali Saat Ini..

24 March 2012

Koleksi Kesayangan Hamba..(>_<)

Aku Jatuh cinta dengan Ilmu..
Betapa Indahnya perJalananku kiranya seiring  dengan syariatmu 

Koleksi kesayangan
Motivasi untuk diriku 
Harapanku,agar aku menjadi lebih baik daripada semalam
agar aku lebih Kuat menghadapi Ujianmu..

Mengajarkan diriku tentang keindahan islam
Aku bersyukur Degan Nikmat Islam Iman dan Ihsan

Mana milik kita..
Semuanya Milik Allah..
menyemai rasa berinti cinta..
menanam kasih bersulam rindu
hanya padamu ilahi..

Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita..
Aku ingin menjadi lebih baik kerana aku berharap seseorang yg baik buat diriku..

Panduan buat diriku..
Wajar dimiliki oleh mereka yamg bergelar Muslimah..

Dalam Proses belajar mengaji..
Ampunkan Aku ya Allah..
Dan aku berharap tidak terlewat buat diriku untuk mempelajari..
Syukran Buat Sahabat yg sudi Mengajar diriku..
Aku teramat Menghargainya..


Mulakan harimu dengan Melafazkan syukur..
Aku bersyukur sehingga saat ini aku masih diberikan Nikmat nyawa
Yg mengajarkan aku untuk menjadi Hamba yang mengenang jasa..
Terima Kasih Atas rindu ini..
Terima Kasih Atas Kaih Ini..
Terima Kasih Atas cinta Ini..

Mengajarkan Aku Erti Kehidupan..
Jangan sia-siakan Hidupmu
Penuhi Dengan Aktiviti Yang Bemanfaat..
Mengajarkan AKu menjadi Sahabat Yg Baik untuk Sahabatku..
Mengajarkan Aku menjadai Anak yg taat Kepada Ibu bapa..
Mengjarkan Aku untuk Bersyukur Kepada Tuhan Dan Jatuh Cinta Denganya,..

Sebagai seorang Remaja muslim
Kita kena bijak memimpin Diri Berlandasan Syariatnya..

09 March 2012

UNTUKMU SAHABAT..




Sahabat....

Seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku.......

Ampun dan maaf ku pohon........

Sahabat......

Terima kasih ku ucapkan.....

Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu......

Kerana sudi luangkan masamu bersamaku......

Kerana sudi menjadi pendengar setiaku.....

Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku.....

Kerana sudi melayan setiap kerenahku....

Yang entah apa-apa.....

sahabat.....

Ketahuilah olehmu.....

Kau adalah di antara insan.....

Yang paling ku sayangi dan ku rindui.....

Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.....

Sahabat.....

Sepimu tanpa sebarang berita.....

Membuatku tertanya-tanya.....

Apakah salahku kepadamu.....

Ku sedar siapa diri ini.....

Insan yang tak punya apa-apa....

Insan yang serba kekurangan.....

Sahabat.....

Seandainya takdir memisahkan kita.....

Ku pasrah segalanya.....

Andai itu telah tersurat.....

Maafkan aku wahai sahabat.....

Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu.....

Kini dan selamanya.....

Sahabat.....

Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu....

Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup....

Moga kau beroleh kebahagiaan....


Ya Allah,

Kau berkatilah ukhwahfillah kami....

Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..

DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...

Ya Allah,

Ukhwahfillah yang kami bina ini...

Adalah dengan izinMu...

Andai ada di antara kami yang terpesong....

Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...

Dan jalan yang Engkau redhai.....

Ya Allah,

Engkau titipkanlah dalam hati kami...

Sifat saling hormat-menghormati...

Saling sayang-menyayangi....

Saling kasih-mengasihi....

Agar ikatan ukhwahfillah ini...

Tidak akan terlerai....

Biarkan ianya tersimpul.....

Ya Allah,

Hanya takdirMu yang akan...

Memisahkan ikatan ukhwafillah....

Yang kami bina ini...

Andai itu telah tersurat...

Kami pasrah.....ya Allah

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...