Geng-Geng..

nuffnang

24 May 2012

Mencipta perubahan memerlukan kekuatan

Assalammualaikum
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..

Sekiranya kita ingin berubah, apa yang perlu kita tanamakan atau pasakkan dalam hati kita?

Semestinya kekuatan kan? Kekuatan zahir dan batin untuk menepis segala halangan yang cuba menjatuhkan kita yang membolehkan kita untuk berpatah balik kepada diri kita yang dahulu.

Tapi, sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,

Bukan semua orang memiliki kekuatan untuk berubah. Namun, kita telah diperingatkan oleh-Nya agar sentiasa memohon kepada-Nya. Yakni Dia yang satu. Mohonlah kekuatan kepada-Nya kerana Kekuatan itu hanya miliknya.

Sahabat yang disayangi kerana Allah,

Apabila hidayah itu datang mengetuk pintu hati, apa yang kita lakukan?

Ada dalam kalangan kita, apabila hidayah itu datang dia akan terus membukakan pintu hatinya. Namun ada juga dalam kalangan kita yang memandang sepi ketukan dan sapaan hidayah itu. Kita membiarkan ia menunggu di luar dan langsung tidak mengendahkannya. Jangan begitu sahabat-sahabat semua.

Mengapa membiarkan ‘DIA’ menunggu terlalu lama. ‘ DIA’ datang sahabat-sahabatku. Jemputlah ia masuk ke dalam taman hatimu.

Ya, saya maklum dan faham sangat-sangat bukan mudah untuk kita berubah.

Ianya memerlukan kekuatan yang sangat utuh

Utuh untuk berdiri, utuh untuk berpaut..

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..

Ada seorang sahabat yang pernah mengatakan kepada saya bahawa “ apabila hidayah itu datang menyapa, ambilah dan genggamlah ia cepat-cepat, ditakuti ia akan merajuk dan pergi menjauh daripada kita yang mungkin tidak akan kembali lagi kerana merajuk dengan kita” Wallahualam. Hidayah itu milik Allah, ia akan diberikan kepada siapa-siapa sahaja mengikut kehendaknya.

Sahabat- sahabat sekalian..

Kata-kata inilah yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu saya berjalan di muka bumi ini denga penuh keangkuhan, saat Hidayah itu menyapa, betapa manisnya Hidayah itu sehingga saya jatuh cinta kepada-Nya dan memadamkan segala keangkuhan saya selama ini.

Dahulu, ketika hati terdetik untuk berubah, pelbagai perasaan yang timbul. Malu! Takut! Dan semua perasaan itu saya sandarkan kepada manusia. Betapa jahilnya saya. Saya sering memikirakn apa pandangan orang jika saya berubah?

Syaitan bersorak riang tidak kurang juga yang berpesta ria kerana berjaya membisikan kata-kata yang telah melumpukan semangat saya untuk berubah.

Namun di saat syaitan dengan galakya mencucuk-cucuk melemahkan keyakinan untuk berubah, Allah kirimkan kepada saya seorang sahabat yang telah memberikan semangat dan kata-kata perangsang untuk membolehkan saya merubah diri. Saya masih ingat akan kata-katanya “ tidak perlu hiraukan pandangan orang lain terhadap diri kita tetapi fikirlah bagaimana pandagan Allah kepada kita” wallahualam.

Sempena awal muharam tahun ini, sebagai Azam baru , saya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Dan saat ini juga, jauh di sudut hati betapa saya takut yang saya tidak istiqamah dalam perubahan saya ini seperti sebelum-sebelum ini. Saya sentiasa bermohon agar ditetapkan iman dan diberikan kekuatan agar terus melangkah seiring dengan perubahan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...