Geng-Geng..

nuffnang

10 February 2014

Aku Memilih DIA



“ Mengapa tidak ingin mencuba?” Tanya Dia. 

Aku sekadar tersenyum mendengarkan pertanyaan itu. 

Lantas aku bertanyakan kembali. 

“ Apa kebaikan yang ada padanya?” Dia Diam. 

“ Kamu pernah kecewa?” Dia bertanya lagi. 

“ Aku tidak pernah kecewa. Cumanya, aku punya prinsip sendiri.” Aku tidak mampu memandang wajahnya. Malu. Berani sungguh dia meluah rasa.

“Apa, prinsip kamu. Tidak mahu bercinta?” 

“ Ya” Jawapku ringkas. 

“ Aku melihat banyak sahaja yang bercinta. Mengapa kamu tidak boleh” 

Oh sungguh, dia tidak faham bahasa. Aku tidak ingin mengeluarkan kata-kata yang kasar apatah lagi menghina yang bisa mencalarkan maruah wanita muslimah. Aku harus bersabar dengannya. Namun,aku bukanlah dikenali sebagai seorang yang penyabar. 

“ Dulu, kamu bukan begini” Terangnya jujur. 

“ Manusia boleh berubah” Balasku pula. Memang aku sedikit berubah. Aku akui itu. Memang dulu, aku bebas tanpa batasan. Aku boleh ber ‘couple’ dengan sesiapa sahaja. Jika aku bosan aku tinggalkan. 

“ Dengan cepat??” Sedikit sinis ucapan itu di gegendang telingaku. 

“ Hidayah Allah, tiada siapa yang tahu” Aku menyatakannya dengan yakin. 

“ Jadi, kamu langsung tidak ingin bercinta?” 

“ Siapa kata aku langsung tidak ingin bercinta? Aku ingin bercinta pada Rabbku, bercinta dengan sahabatku, bercinta dengan keluargaku, bercinta dengan kedua ibu bapaku.” Aku berkata dengan penuh yakin. Keyakinanku ini datangnya daripada Rabbku. Rabbku mengajarkan aku untuk mencari cinta yang halal. Cinta yang membawa ke syurga. 

“ Jadi kamu lebih memilih bercinta selepas nikah?” banyaknya persoalan yang dia lemparkan. 

“ Eya, Itu lebih indah, dosa dapat dihindarkan, pahala dapat diperolehi” Jawabku jujur. 

Aku berharap dia memahami. Pada hemahku dia faham akan kata-kataku ini, Cuma agak sukar untuk dia praktiskan. Bukankah begitu? Semua orang tahu, tiada istilah “cinta islamik”, dan ber ‘couple’ itu juga haram dalam Islam. Adakalanya, kita gagal menolak kehendak nafsu. Kita lebih memilih yang haram daripada yang halal. Kembalilah pada Rabbmu. Mohon kekuatan. In shaa Allah, pasti akan dipermudahkan. 

“Aku akan terus mencuba” jawabnya Yakin. 

“ Usah membazirkan masa, Jika kita punya jodoh terbang beribu batu pun pasti akan bertemu, dan jika kita tidak punya jodoh, kamu mencuba segigih mana pun, jika Allah katakan tidak maka kita tidak punya jodoh”. Aku lantas berdiri. 

“ Assalammualaikum” Aku berlalu meninggalkannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...