Geng-Geng..

nuffnang

09 March 2013

Apabila Penat Berlari, Bolehkah Aku Sekadar Berjalan?



Seringkali kita mendengar orang berkata bahawa Dunia ini bukannya tempat untuk berseronok apatah lagi bergelak tawa. Ya,,saya akui kata-kata tersebut. Seringkali terlintas di fikiran, ada apa dengan dunia ini sehinggakan ada dalam kalangan kita begitu taksub sekali. Ada yang sanggup berlari untuk megejar kehidupan DUNIA semata-mata. Ada yang sekadar berjalan dan Ada juga yang sekadar merangkak. Sudah tentunya ada juga yang langsung tidak melangkah untuk mengejar kehidupan Dunia. kerana mereka tahu, DUNIA ini hanya sementara. Bagi saya, jangan kita terlalu mengejar DUNIA, tidakkah kita tahu bahawa DUNIA ini hanya sementara?? 

Alangkah cantiknya, sekirannya kita berlari untuk mengejar kehidupan akhirat. Sekiranya tidak mampu untuk berlari cukuplah sekadar berjalan, malahan sekiranya kita tidak larat untuk berjalan, merangkaklah, dan jangan sesekali berhenti dari mengejar akhirat. Merangkak itu lebih baik daripada terus menghentikan langkah. Sekali langkah terhenti hilanglah arah tujuan..Ke mana kah kita pada akhirnya?

Ya Tuhan..
Bila aku penat untuk berlari..
Tetapkan langkahku..
Agar aku terus kuat untuk berjalan..

Ya Tuhan..
Bilamana lelahku mengamit diriku..
Janganlah engkau hentikan perjalananku..
Tetapkan langkahku..
Walau merangkak sekalipun.. 

Aku yakin dan percaya
Engkau lebih melihat Usaha hambamu
Berbanding dengan hasilnya
Di akhir perjalanan kelak..

Coretan Kasih sayang: Bingkisan Hati..

Terima Kasih di atas Ilham pemberian-NYA..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...