Geng-Geng..

nuffnang

30 October 2012

Duhai Tuhan



Berjalan..merenung, mentafsir..
Laluan apakah yang dilalui?
Laluan bagaimanakah ini?
Berduri kah?
Atau kemanisan dirasa?

Hati berkata ..
Ingin melalui yang indah dan manis-manis sahaja
Tapi, kenapa disaat kaki melangkah
Duri menjadi hamparan?
Dimana Kemanisan yang menjadi impian?

 Berpijak pada hamparan yang berduri
Sakit meresap ke kalbu..
Rasa kebah terasa ingin rebah
Namun, mengapa aku masih kuat
Dan tetap bertahan?

Walau terasa sakit
Tetap cuba untuk bertahan
Mungkin setelah kesakitan ini
Akan hadirkah kemanisan?

Duhai keyakinan..
Dengarkan seruanku..
Duhai Cinta
Dengarkan bisikanku
Duhai kekuatan
Dengarkan rayuanku

Duhai TUHAN
Kerana-Mu
Aku kembali Yakin
Aku kembali Cinta
Aku kembali kuat..
Kerana-MU aku Disini..

03 October 2012

Menangislah Wahai Mata




Menangislah wahai mata
Petanda kau hanyalah hamba
Menangislah wahai mata
Rintihan hanya buat yang maha esa


Menangislah..
Dalam suram cahaya malam
Di sunyi sepi yang murni
Dalam asyikan wahyu tuhan
Dalam indah kalimah hikmah
Dalam sebak mengenang dosa
Dalam syahdu merindu pahala


Maka menangislah wahai mata
Biar setiap ketika biar setiap masa
Jika tidak membasahi pipi
Biar tetap membasahi nurani


Menangislah wahai mata
Mutiara meriwayatkan cinta
Antara hamba dan tuhannya
Sedumu meriwayat duka
Jiwa hamba memanggil pencipta


Menangislah dengan penuh kepiluan
Agar kau tenggelam dalam lautan tiada tepian
Menangis dengan sepenuh jiwa
Agar kau rasa kurnia yang tiada terduga


Menangislah
Agar kau tahu ada bezanya
Antara air mata meratapi dunia
Dan tangisan memanggil yang Esa..

Dr Maza
Penawar duka pengubat sengsara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...