Geng-Geng..

nuffnang

13 October 2013

Baiknya TUHAN

Dengan ditemani rintik-rintik hujan, saya, Ibu dan Kakak duduk bersama menanti kepulangan ayah tercinta. Berbual kosong sambil bergelak tawa. Tiba-tiba, mulut ini mengungkap kata pada Ibu dan Kakak..
" Baik kan TUHAN, saat kita betul-betul memerlukan sesuatu DIA berikan" Kakak saya turut mengiyakan kata-kata itu. 

" Sebab itulah kita kena bersyukur, dan jangan kedekut, nanti in shaa allah TUHAN akan murahkan rezeki"

Tiba-tiba Ibu bersuara " Ibu selalu rasa susah je pun" Sambil tersenyum. Saya sedikit terkejut. Mungkin Ibu belum memahami sepenuhnya tentang konsep bersyukur. Sedangkan saya ini pun, baru kini memahami konsep bersyukur dengan sebenar-benarnya, Bersyukur dengan kurniaan Allah, dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.

Dengan senyuman saya berkata " Tak baik macam tu, kita kenalah sentiasa bersyukur, cuba lihat kehidupan kita sekarang, tak lah susah mana, masih boleh makan nasi walaupun kadang-kadang tak berlauk, sedangkan yang mereka yang lain belum tentu boleh makan." Saya faham mengapa Ibu saya berkata sedemikian, kerana dia merasa sangat payah di saat membesarkan kami semua suatu ketika dahulu.

Ibu saya mula bercerita, tentang pengalaman lalu. Tidak perlulah diceritakan di sini. Bagi seorang Ibu semestinya pengalaman itu amat perit untuk dikenang dan bagi kami sebagai seorang anak, sesungguhnya betapa besar pengorbanan seorang ibu dan ayah sehinggakan sanggup tidak makan untuk anak-anak. Pengalaman itulah menjadi motivasi saya dan kakak agar terus berjaya dalam bidang pelajaran.

" mungkin dulu ibu tak bersyukur kot" Mengusik sang Ibu. 
Saya mula bercerita dengan Ibu, tentang betapa baiknya TUHAN itu. Dan kita sebagai hamba yang diciptakan perlulah redha dengan apa jua takdir yang telah ALLAH berikan. Adakalanya takdir itu sakit untuk dilalui tapi kita jangan lupa bahawa ALLAH ingin mengajar kita erti ketabahan.

Walau apapun yang berlaku jangan sesekali merungut dan berkeluh kesah. Berdiam diri lebih baik dan juga lupa menjaga hati. 

Terlalu banyak tentang Islam yang Ayah dan Ibu tidak dan kurang ketahui begitu juga dengan kami(anak-anaknya). Dan kami sebagai seorang anak yang serba sedikit tahu tentang Islam mencuba untuk menyampaikan kepada kedua ibu dan ayah serta keluarga. Ya, memang terasa kepayahannya. Saya seringkali memujuk hati ini dengan berkata "ALLAH kan Ada".

Pesan wajib, ibu dan ayah tika kami berjauhan ialah "jangan tinggal solat". Hati tersenyum, kerana sebelum ini, saya tidak pernah mendengarkannya. Moga ALLAH, permudahkan buat kami sekeluarga.
Semoga saya dan keluarga diberikan kekuatan untuk mengamalkan cara hidup Islam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...