Geng-Geng..

nuffnang

30 March 2013

Stress Juga Ujian daripada ALLAH..



Bila dah masuk semester akhir ini, pelbagai rasa yang dialami..betul tak? Jadi memandangkan saya ini pun merupakan pelajar tahu akhir dan seringkali juga merasa stress dengan kerja yang berlambak, saya rasa terpangggil (ceh..hehe) untuk berkongsi kepada sahabat-sahabat semua cara untuk hilangkan STRESS..

Sebenarnya, sahabat semua..STRESS itu juga merupakan ujian daripada ALLAH..Jadi Harap semuanya bersabar ya, jikalau ada yang tertekan..apa-apa pun yang berlaku terhadap diri kita, berharap dan memohonlah pertolongan hanya padanya Yang ESA..

Ermm..Pertama sekali, mengikut apa yang saya baca kita kena sentiasa:

1. Berwudhuk, mudah-mudahan semua kerja yang dilakukan akan berjalan dengan lancar..

2. Banyakkan membaca Al-Quran..Dengan membaca Al-Quran jiwa akan tenang..In Shaa Allah, segala kekusutan yang kita alami akan terlerai,,Yang berat akan menjadi ringan..

3. Banyakkan Solat Sunat..Saya tahu,,Bukan mudah tapi biasa-biasakanlah diri..Kalau kita selalu buat, ianya akan menjadi ringan dan kita akan rasa kalau kita tidak buat solat sunat, macam ada sahaja kekurangannya..( Saya pun tengah mencuba,untuk melawan sifat malas..Jom! sama-sama kita berusaha! Chayaok!)

4. Selalu Berdoa kepada Allah..Haaa,,inilah perkara yang sangat penting. Doa itu senjata orang mungkin. Seboleh-bolehnya letakkan seluruh kebergantungan kita hanya kepada ALLAH semata-mata.

5.Bersangka Baik kepada ALLAH..kita kena ingat bahawa, Sangkaan ALLAH pada kita bergantung kepada sangkaan baik kita kepadanya. Kalau kita bersangka tak baik, apa yang berlaku? 

Itu sahajalah perkongsian saya pada entry kali ini..Sesungguhnya segala ilham untuk menulis ini datangnya daripada Allah. Saya hanya insan yang lemah ydan hina, dan tidak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolongan dari-Nya..

28 March 2013

Cinta Itu Juga Ujian..

Assalammualaikum Sahabat..
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk tatapan dan renungan bersama..



Cinta itu juga ujian??
Ya betul! 
Cinta itu jua Ujian -Nya..

Diuji dengan cinta manusia..
Yang mampu meragut ketenteraman dan ketenangan hati..
Hebatkan kuasa cinta itu..
Sehari tak bertemu bagaikan setahun..
Sehari tak mendengar suara, rindu bagai nak rak..
Astagfirullah..

Namun,,
Pernahkah kita terfikir..
Betapa hebatnya cinta yang kita pamerkan kepada Manusia..
Betapa hebatnya cinta itu hingga kita mampu ketepikan yang lain..
Betapa hebatnya cinta manusia itu hingga kita sanggup lupakan lain..

Tidakkah kita pernah terfikir?
Siapa yang mencipta kehebatan cinta itu??
Tidakkah kita terfikir sekiranya cinta yang diciptakan itu begitu hebat..
Tidakkah Si Pencipta-Nya itu lagi hebat???

Untuk teguran buat Diri yang Hina ini..
Wahai diri..
Jangan terlalu taksub dengan cinta Dunia..
Hinggakan dirimu..
Lupa segalanya..

Wahai Diri..
Tidakkah kau tahu..
Betapa hebatnya Pemilik cinta itu..
Tidakkah engkau menginginkan yang hebat itu?

Wahai diri..
Apabila kakimu melangkan menyelusuri kehidupan..
Batasankanla diri..
Jangan leka..
Jangan lalai..
Apatah lagi lupa daratan..
Dari mana asal usulmu..

Coretan hati: Bicara hati bingkisan Hati..

13 March 2013

Gembira Atau Sedih?

AssalammualaikumDan Salam Kasih Sayang daripada saya..


Siapa budak final year kat sini? Put your hands Up? (>_<)
Saya pun budak final year juga...:")
Tapi kan bila dah jadi budak final year ni banyak sangat ujiannya..perasan tak?
Kadang-kadang kita jadi malas..
Kadang-kadang tu kita rasa macam mengantuk je sepanjang masa..kan? kan?

Bila dah nak Habis ni, Happy pun ada, sedih pun ada..macam-macam perasaanlah yang kita rasa.
Secara jujurnya, saya happy sangat bila dah nak habis tapi dalam rasa gembira, terselit rasa sedih.
Sebabnya terlalu banyak kenangan manis yang tercipta sepanjang saya menjadi pelajar Universiti Putra Malaysia.



Di sinilah Saya mengorak langkah untuk mencipta perubahan diri..
Jikalau dulu saya tidak tahu batasan pergaulan..
menjejakkan kaki ke sini..
Saya tahu had-had batasan perempuan dan lelaki..
Terima kasih PMI UPM and EXCO HDPK

Jikalau Dulu saya tidak tahu kewajipan menutup aurat..
Menjejakkan Kaki ke sini..
Menjadikan saya menutupi segala yang terdedah selama ini..
Melonggarkan pakaian yang dahulunya menampakkan bentuk badan..
Melabuhkan tudung yang dahulunya singkat..
Berlemah-lembut ketika bercakap yang dahulunya Kasar bagai nak rak..
Terima Kasih PMIUPM..
Disebabkan tarbiah daripada Mereka Semua..
Seya belajar untuk menjadi lebih baik..
Alhamdulillah..


Jikalau Dulu Saya tidak kenal ' Bulatan Cinta"
Menjejakkan Kaki ke sini..
Saya jatuh cinta pada "Bulatan Cinta"
Terima Kasih Sahabat..
Bulatan Cinta kita sentiasa di hati..
Seminggu tidak berjumpa..
Rasa rindu menyapa kalbu..

Terima Kasih Ya Allah..
Engkau kirimkan mereka buat diriku..
Yang seringkalinya alpa dibuai dengan dunia..

Terima Kasih Ya Allah..
Engkau Kirimkan Mereka buat Diriku..
Yang Banyak memberikan kata-kata Tarbiyah..

Terima kAsih Ya Allah..
Atas Cinta-Mu ini..

09 March 2013

Apabila Penat Berlari, Bolehkah Aku Sekadar Berjalan?



Seringkali kita mendengar orang berkata bahawa Dunia ini bukannya tempat untuk berseronok apatah lagi bergelak tawa. Ya,,saya akui kata-kata tersebut. Seringkali terlintas di fikiran, ada apa dengan dunia ini sehinggakan ada dalam kalangan kita begitu taksub sekali. Ada yang sanggup berlari untuk megejar kehidupan DUNIA semata-mata. Ada yang sekadar berjalan dan Ada juga yang sekadar merangkak. Sudah tentunya ada juga yang langsung tidak melangkah untuk mengejar kehidupan Dunia. kerana mereka tahu, DUNIA ini hanya sementara. Bagi saya, jangan kita terlalu mengejar DUNIA, tidakkah kita tahu bahawa DUNIA ini hanya sementara?? 

Alangkah cantiknya, sekirannya kita berlari untuk mengejar kehidupan akhirat. Sekiranya tidak mampu untuk berlari cukuplah sekadar berjalan, malahan sekiranya kita tidak larat untuk berjalan, merangkaklah, dan jangan sesekali berhenti dari mengejar akhirat. Merangkak itu lebih baik daripada terus menghentikan langkah. Sekali langkah terhenti hilanglah arah tujuan..Ke mana kah kita pada akhirnya?

Ya Tuhan..
Bila aku penat untuk berlari..
Tetapkan langkahku..
Agar aku terus kuat untuk berjalan..

Ya Tuhan..
Bilamana lelahku mengamit diriku..
Janganlah engkau hentikan perjalananku..
Tetapkan langkahku..
Walau merangkak sekalipun.. 

Aku yakin dan percaya
Engkau lebih melihat Usaha hambamu
Berbanding dengan hasilnya
Di akhir perjalanan kelak..

Coretan Kasih sayang: Bingkisan Hati..

Terima Kasih di atas Ilham pemberian-NYA..

07 March 2013

Mengapa Benda yang kecil dibesar-besarkan?

Assalammualaikum..
Agak lama tidak menulis di blog ini,.Maaf ya..

Hemm..Pernah tak diantara kita ini membesar-besarkan sesuatu perkara padahal perkara tersebut pun bukanya besar sangat, tetapi disebabkan nafsu jahat yang ada dalam diri kita telah mendorong kita untuk memberontak dengan mencari kesalahan orang lain, oranag kata pantang dicuit mulahlah nak meletup. Jangan dik nanti susah di kemudian hari..

Mungkin ada dalam kalangan kita tidak suka memperbesarkan sesuatu perkara tapi ada juga dalam kalangan kita yang suka sangat memperbesarkannya. Pada pendapat sayalah kan, ada baiknya kita mengawal diri kita daripada melakukan sedemikian, bukan apa takut timbul pergaduhan ataupun permusuhan sesama kita, tambahan pula ianya melibatkan sahabat kita sendiri.

Tak baik gaduh-gaduh nie, kan bagus mengeratkan silaturahim, in shaa Allah bertambah umur..(>_<)
Lagi satu latih diri kita untuk lebih bersabar, kan bersabar itu separuh daripada Iman. (0_0)

Coretan Sayang: Bicara Hati Bingkisan Hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...