Geng-Geng..

nuffnang

14 November 2012

Salam Maal HijRah..




Sedar tak sedar kita dah berada di tahun baru Islam..Awal Muharam..
Dulu, saya tidak pernah pun ambil peduli tentang tahun baru dalam islam ini..
Pada saya dahulu, tahun baru dalam islam itu apalah sangat..tiada seorang pun yang nak sambut secara besar-besaran ( betapa jahilnya kan?)..Ermm..

Hemm, ok.. so, apa azam sahabat2 semua pada tahun ini? Tetapkan azam ye..
Becerita tentang Awal Muharam ini, saya jadi teringat pada Azam saya tahun lepas ( orang kata tak boleh bagi tau azam tu, betul ke?)
Alhamdulillah..Setakat ini azam tahun lepas telah tercapai tapi kena Istiqamah untuk azam tahun lepas tu, kalau tak Istiqamah takut kembali kepada yang asal pula..( takuttt..)

Jadi untuk azam tahun ini..Semestinyalah ada..Tapi biarlah rahsia..

Sempena tahun baru ini mudah-mudahan kita semua tetap dalam Islam..Sebarkan dakwah islam semampu yang boleh..jangan kita fikirkan dakwah itu hanya untuk golongan ustaz dan ustazah sahaja tetapi Dakwah islamiah itu wajib disebarkan oleh seluruh umat islam..Ubahlah persepsi para sahabat..

Kurangkan mencipta alasan dalam diri kerana setiap alasan itu akan menjauhkan kita dari-Nya..
Jom sahabat-sahabat semua..kita cipta perubahan dalam diri..Kita saling mendoakan ya..insyallah pasti dipermudahkan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...