“ Jika kamu menghitung
nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya”
Surah
Ibrahim:34
Evalaine
mengamati terjemahan Al-Quran daripada surah Ibrahim itu. Betapa besar dan
luasnya nikmat Allah yang ada di muka bumi ini. Tidak perlu pergi jauh untuk
melihat. Cukup sekadar melihat kepada diri ini.
Anggota
badan yang cukup sempurna. Namun jarang sekali disyukuri kesempurnaannya.
Sering meminta lebih padahal apa yang
dimiliki lupa untuk disyukuri. Astagfirullah! Nikmat Tuhan manakah lagi yang
kita perlu dustakan. Evalaine menyapu pipinya yang dilimpahi air mata. Ya
Allah, seandainya sejak dahulu aku tahu betapa besarnya kerajaan-Mu,betapa
luasnya nikmat-Mu tidaklah aku tersasar jauh dari landasan yang telah Engkau
tetapkan buatku.
“
Evalaine, kenapa menangis?”
Evalaine
sedikit terkejut dengan kehadiran sahabatnya itu. Sahabatnya yang sejak
kebelakangan ini semakin rapat dengan dirinya. Dahulu,dia sekadar mengenali
nama sahabatnya itu dan bertegur sapa begitu sahaja.
“
Khaulah, mana ada menangis” Evalaine cuba menafikan. Ah, sungguh kamu tidak
pandai menipu Evalaine. Melihat mata dan hidung
yang merah sahaja sudah pasti orang dapat meneka yang kamu baru lepas
menangis.
“
Evalaine, yang berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang lagi.” Khaulah mengusap
tangan sahabatnya itu. Memang pada mulanya terasa begitu payah untuk mendekati
gadis bernama Evalaine ini. Mungkin juga disebabkan persekitarannya yang
dikelilingi sahabat-sahabat Non-Muslim sejak dahulu apatah lagi dengan
statusnya yang bukan lahir dalam keluarga Islam dan diberikan hidayah oleh
Allah untuk memeluk Islam.
“
Kadang-kadang saya rasa sedih. Setiap kali mengingati kisah lalu. Sukar untuk
melupakan kejahilan diri sendiri” Luah Evalaine.
Memang
dia merasa sangat malu. Memegang status sebagai orang Islam.Tetapi ajaran agama
sendiri tidak diketahui bagaimana.