Geng-Geng..

nuffnang

12 April 2012

Mengapa DiUji??

Assalamualaikum para sahabat yg ku sayangi kerana Allah..

Dahulu mungkin aku tidak mengetahui mengapa aku diuji,dan apabila aku diuji lebih banyak keluhan yang keluar dari mulutku ketika itu..itu tandanya kita tidak redha denngan ketentuanya..Astagfirullahazim..Ampunkan Aku ya Allah..
Namun,apabila aku telah mula mengenalinya,.aku belaja untuk redha dengan setiap ujian yang ditempuhi..walau pun kadang-kalanya terluah juga keluhan..cepat-cepatlah Beristighfar..
Ya..memang benar bukan senang untuk menerima segala ujian,apatah lagi apabila kita menghadapi dugaan yang mungkin selama ini tidak pernah terlintas difikiran yang kita akan melaluinya..
Percayalah..dan saya sendiri yakin..Tuhan tidak akan menguji setiapa hambanya melainkan kita mampu untuk menghadapinya..Kuatkan hati,kuatkan Iman..Insyallah...kita sama-sama berusaha kearah itu..Tiada siapa yang boleh membangkitkan keyakinan dalam diri kita melainkan dia..

Yakinlah ujian itu adalah tanda cinta dan kasih Allah kepada hambanya..
Dan kini aku mula belajar untuk bersabar..kerana sekurang-kurangnya apabila diri ini diuji diri ini masih tetap dalam pemerhatianya..
Orang kata,apabila sakit kita akan ingat kepada Allah..Namun apabila dah sihat mulalah lupa dan leka dengan Dunia..
Ya..memenag betul apabila kita mempunyai penyakit kita akan sentiasa ingat dengan Allah..Begitu juga dengan diriku,penyakit yang dihidapi selama lebih kurang 8 tahun ini mengajarkan diriku untuk lebih kenal dan mendekatkan diri kepadanya..Dan ianya menjadikan aku sebagai seorang hamba yang sabar dan tabah..Aku cuba elakan daripada berkeluh kesah, apalah sangat penyakit yang kuhidapi ini berbanding dengan penyakit-penyakit kronik yang lain,.Aku masih mampu berjalan,belajar,mengikuti aktiviti walaupun pergerakanku agak terhad,dan aku masih mampu untuk bersilaturahim dengan sahabat-sahabat yang begitu kusayangi kerana Allah..

Hatiku  bagaikan disentap apabila mendengar Gempa bumi yang melanda Acheh baru-baru ini..timbul pelbagai rasa dihatiku..sedih_takut_simpati..adakah ianya satu ujian dan peringatan kepada semua manusia,agar kembali kepadanya..setiap kejadian itu pasti terselit hikmahnya..Bukankah begitu??..Dari bumi Malaysia aku mendoakan agar mereka yang terlibat dalam gempa bumi di Acheh bersabar dengan ujian dan dugaan tersebut..Banyak yang mengatakan bahawa bukan mudah untuk bersabar kerana  kita bukanya di tempat mereka,namun seringkali terlintas di benakku adakah jalan lain  selain daripada Bersabar??..Sabar dalam menempuhi,sabar dalam menyelesaikan masalah,walau apa pun yang kita lakukan kesabaran itu menjadi teman sejati yang perlu dijadikan sahabat..kerana apabila kita sabar,itu tandanya kita redha dengan setiap ujian yang diberikan olehnya..
Salam Kasih Dan Sayang Daripada Bingkisan HaTi Buat para sahabat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...