Assalammualaikum
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..
Sekiranya kita ingin berubah, apa yang perlu kita tanamakan atau pasakkan dalam hati kita?
Semestinya kekuatan kan? Kekuatan zahir dan batin untuk menepis segala halangan yang cuba menjatuhkan kita yang membolehkan kita untuk berpatah balik kepada diri kita yang dahulu.
Tapi, sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,
Bukan semua orang memiliki kekuatan untuk berubah. Namun, kita telah diperingatkan oleh-Nya agar sentiasa memohon kepada-Nya. Yakni Dia yang satu. Mohonlah kekuatan kepada-Nya kerana Kekuatan itu hanya miliknya.
Sahabat yang disayangi kerana Allah,
Apabila hidayah itu datang mengetuk pintu hati, apa yang kita lakukan?
Ada dalam kalangan kita, apabila hidayah itu datang dia akan terus membukakan pintu hatinya. Namun ada juga dalam kalangan kita yang memandang sepi ketukan dan sapaan hidayah itu. Kita membiarkan ia menunggu di luar dan langsung tidak mengendahkannya. Jangan begitu sahabat-sahabat semua.
Mengapa membiarkan ‘DIA’ menunggu terlalu lama. ‘ DIA’ datang sahabat-sahabatku. Jemputlah ia masuk ke dalam taman hatimu.
Ya, saya maklum dan faham sangat-sangat bukan mudah untuk kita berubah.
Ianya memerlukan kekuatan yang sangat utuh
Utuh untuk berdiri, utuh untuk berpaut..
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..
Ada seorang sahabat yang pernah mengatakan kepada saya bahawa “ apabila hidayah itu datang menyapa, ambilah dan genggamlah ia cepat-cepat, ditakuti ia akan merajuk dan pergi menjauh daripada kita yang mungkin tidak akan kembali lagi kerana merajuk dengan kita” Wallahualam. Hidayah itu milik Allah, ia akan diberikan kepada siapa-siapa sahaja mengikut kehendaknya.
Sahabat- sahabat sekalian..
Kata-kata inilah yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu saya berjalan di muka bumi ini denga penuh keangkuhan, saat Hidayah itu menyapa, betapa manisnya Hidayah itu sehingga saya jatuh cinta kepada-Nya dan memadamkan segala keangkuhan saya selama ini.
Dahulu, ketika hati terdetik untuk berubah, pelbagai perasaan yang timbul. Malu! Takut! Dan semua perasaan itu saya sandarkan kepada manusia. Betapa jahilnya saya. Saya sering memikirakn apa pandangan orang jika saya berubah?
Syaitan bersorak riang tidak kurang juga yang berpesta ria kerana berjaya membisikan kata-kata yang telah melumpukan semangat saya untuk berubah.
Namun di saat syaitan dengan galakya mencucuk-cucuk melemahkan keyakinan untuk berubah, Allah kirimkan kepada saya seorang sahabat yang telah memberikan semangat dan kata-kata perangsang untuk membolehkan saya merubah diri. Saya masih ingat akan kata-katanya “ tidak perlu hiraukan pandangan orang lain terhadap diri kita tetapi fikirlah bagaimana pandagan Allah kepada kita” wallahualam.
Sempena awal muharam tahun ini, sebagai Azam baru , saya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan oleh-Nya.
Dan saat ini juga, jauh di sudut hati betapa saya takut yang saya tidak istiqamah dalam perubahan saya ini seperti sebelum-sebelum ini. Saya sentiasa bermohon agar ditetapkan iman dan diberikan kekuatan agar terus melangkah seiring dengan perubahan diri.
Ya Allah Jika Hari ini Ada Kerapuhan Dijiwaku maka tegarkanlah dan kuatkanlah aku..Jika Hari ini aku terasa seperti hendak berputus asa..bangkitkanlah jiwaku kembali melangkah dan jauhkanlah ia daripadaku..Jika Hari ini ada kesulitan yang aku hadapai, permudahkanlah ia untukku..Jika hari ini ada kesedihan buatku, gantikanlah dengan senyuman..Jika hari ini ada Keraguan dihatiku..yakinkanlah hatiku agar tidak mersa ragu..Ya Rabb..tetapkanlah dan sabarkanlah hatiku serta kuatkanlah langkahku ini..agar aku tetap sabar dan kuat dalam menempuhi ujianmu..Bimbinglah aku..kerana sesungguhnya aku teramat sekali mendambakan keredhaanmu..
24 May 2012
Mencipta perubahan memerlukan kekuatan
20 May 2012
SaHabat Penunjuk Jalan..InsyaLlah
Assalammualikum dan selamat petang!
Hari ini rasanya tak nak berpuisi sebabnya sekarang ni dalam tempoh untuk mencari ilham..hihi
Errmm.. suka saya nak kongsikan kepada pembaca-pembaca blog saya tentang bagaimana kita memilih seorang sahabat.
Saya ada banyak sahabat, mereka sangat-sangat baik, kalau nak sebut satu-satu rasanya tak habis kot. Tapi apa yang istemewanya dengan sahabat-sahabat saya ini mereka sangat memahami.
Satu ciri sahabat yang baik ye, pembaca-pembaca semua , mereka yang menerima kita seadanya, tidak kira kita ini bagaimana mereka tetap ingin berteman ataupun bersahabat. Tapi pembaca semua janganlah kita mengharapkan yang kita nak sahabat kita itu memahami kita je, kita kenalah jugak memahami mereka. Kita kena tahu dia bagaimana, dia suka apa,.kan..kan..kan..betul tak?
Kat sini, suka saya kongsikan satu kata-kata daripada penyair Arab yang berbunyi:
" tidak perlu bertanya tenatng siapa seseorang itu tapi lihatlah siapa sahabat atau temanya kerana seseorang itu akan lebih cenderunng untuk mengikuti temannya yang lain"
Jadi, sahabat-sahabat semua pilihlah sahabat yang mendatangkan kebaikan bukanya yang mendatangkan musibah. Sebabnya sahabat-sahabat kita inilah yang akan mencerminkan diri kita ini bagaimana, sama ada kita ini seseorang yang baik ataupun sebaliknya.
Kalau kita memilih sahabat yang betul, kita akan merasakan kebahagian. Kita tak kan keseorangan. Ermm..contohnyalah, bila kita merasa sedih kita perlukan sahabat untuk meluahkan rasa ( setelah Allah) baru kita akan rasa tenang.
Macam saya kan, bila ada masalah je, mesti cerita dengan sahabat-sahabat saya. Merekalah yang beri nasihat, kata-kata semangat, kata-kata peransang. Jangan cari sahabat yang masa kita senang dia ada masa kita susah..tup..tup dah hilang macam chipsmore..hihi..sekejap ada sekejap tiada.
Kalau nama tak larat nak sebut share gambar sahabat-sahabat saya lah ya..
Jeng..jeng..jeng.. Inilah Mereka..
Subscribe to:
Posts (Atom)






