Geng-Geng..

nuffnang

10 June 2012

AWAK II



Bagaimana ingin ku khabarkan kepadanya
Aku bukan seperti dahulu
Ketika di awal perkenalan..

Awak
Dahulu.. Menjadi satu kebiasaan bagi kita
Bersms..
Calling-calling..
Jumpa-Jumpa
(Sungguh malu kurasakan saat mengingati diriku di suatu ketika dulu)

Awak
Bagaimana ingin kukhabarkan
Aku bukan seperti dahulu..
Cinta..
Telah merubah diriku..
Tapi..
Maaf, awak..
Cinta itu bukan cintamu
Tetapi cinta Allah Dan Rasullullah..

Maafkan diri ini
Apabila terlalu mementingkan diri..
Dari Pandaganmu
Saya perlu..
Untuk mendapatkan cinta dari-Nya..

Awak,
Saya tidak kisah
Apa pun yang akan awak fikirkan dan tafsirkan tentang diri ini
Sama ada saya sengaja menunjuk baik..
Menunjuk alim..
Mengada-ngada..
Katakan apa sahaja..
Biar manusia salah mentafsir tentang diri ini
Apa yang penting ialah
Tafsiran Allah..

Awak,
Siapalah kita
Yang ingin mengagung-agungkan cinta sesama insan
Siapalah kita
Ingin menyerahkan segala cinta kepada dunia yang Fana ini..

Awak,
Manusia boleh berubah..
Berubah ke arah kebaikan
Mahupun keburukan
Saya sangat-sangat bersyukur
Pancaran kebaikan yang DIA pancarkan ke dalam hati..

Awak,
Kiranya kita menghitung Dosa kepada-Nya
Terlalu banyak sekali
Tersangat banyak sekali
Bayangkan..
Hidup di Dunia
Selama 22 tahun 
Apa yang kita lakukan?

Awak,
Carilah DIA
Pemilik Cinta yang Sebenar
Carilah DIA
Pemilik Rindu yang Hakiki..

Awak,
Berbekalkan Rasa Cinta
Kepada ALLAH dan RASULLULAH..
Saya bataskan pergaulan antara kita 
Tiada Sms..
Tiada Calling-calling..
Tiada Jumpa-jumpa..
Maaf! Saya perlu menjaga hati..

Awak,
Perbaiki diri 
Perbetulkan Niat..
Muhasabah Diri
Apa Tujuan kita diciptakan?
Buka Tafsir..CAri surah Az-zariyat ayat ke 56..Itulah kita..

Awak
Maafkan saya..
Kini.
Saya berpegang teguh pada prinsip
Tiada COUPLE secara ISLAMIK
Biarlah CINTA dan RINDU 
Hanya pada ALLAH dan RASULLULAH..

Awak,
Saya Tidak ingin terleka lagi
Cukuplah Dahulu..

Biarkan diriku melangkah 
Dengan membuka lembaran baru
Kisah dahulu dijadikan pengajaran
Sebagai panduan sepanjang perjalanan

Aku Ingin Berubah
Perkenankanlah Ya ALLAH..
Bingkisan Hati Nursaidatul Akma..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...