Geng-Geng..

nuffnang

15 January 2014

Diusap Tarbiyyah Allah 1

“ Jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya”
Surah Ibrahim:34
Evalaine mengamati terjemahan Al-Quran daripada surah Ibrahim itu. Betapa besar dan luasnya nikmat Allah yang ada di muka bumi ini. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat. Cukup sekadar melihat kepada diri ini.
Anggota badan yang cukup sempurna. Namun jarang sekali disyukuri kesempurnaannya. Sering  meminta lebih padahal apa yang dimiliki lupa untuk disyukuri. Astagfirullah! Nikmat Tuhan manakah lagi yang kita perlu dustakan. Evalaine menyapu pipinya yang dilimpahi air mata. Ya Allah, seandainya sejak dahulu aku tahu betapa besarnya kerajaan-Mu,betapa luasnya nikmat-Mu tidaklah aku tersasar jauh dari landasan yang telah Engkau tetapkan buatku.
“ Evalaine, kenapa menangis?”
Evalaine sedikit terkejut dengan kehadiran sahabatnya itu. Sahabatnya yang sejak kebelakangan ini semakin rapat dengan dirinya. Dahulu,dia sekadar mengenali nama sahabatnya itu dan bertegur sapa begitu sahaja.
“ Khaulah, mana ada menangis” Evalaine cuba menafikan. Ah, sungguh kamu tidak pandai menipu Evalaine. Melihat mata dan  hidung  yang merah sahaja sudah pasti orang dapat meneka yang kamu baru lepas menangis.
“ Evalaine, yang berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang lagi.” Khaulah mengusap tangan sahabatnya itu. Memang pada mulanya terasa begitu payah untuk mendekati gadis bernama Evalaine ini. Mungkin juga disebabkan persekitarannya yang dikelilingi sahabat-sahabat Non-Muslim sejak dahulu apatah lagi dengan statusnya yang bukan lahir dalam keluarga Islam dan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.
“ Kadang-kadang saya rasa sedih. Setiap kali mengingati kisah lalu. Sukar untuk melupakan kejahilan diri sendiri” Luah Evalaine.
Memang dia merasa sangat malu. Memegang status sebagai orang Islam.Tetapi ajaran agama sendiri tidak diketahui bagaimana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...