Geng-Geng..

nuffnang

30 May 2012

Semakin Dekat..Semakin Sayang..(^_^)



Mengorak langkah kembali
Setelah tersungkur menyembah bumi

Melangkahkan kaki ke sini
Meluaskan pandangan mataku
Membuka mata hatiku
Keindahan Islam yang sebenar..
Sungguh, betapa selama ini ku tidak tahu..
Maafkan
Atas segala kejahilan

Jika dahulu aku jahil dengan ilmu-Nya
Kini, aku mula untuk mengenali-Nya

Siapa Kata Allah Tak Sayang?
Sungguh Dia Maha Penyayang..

Dia Hadirkan sahabat di sekelilingku
Agar ku tidak kesunyian
Membina kembali iman
Yang selama ini rapuh

Dia Bentagkan kebenaran depan mataku..
Aku Hidup kerana-Nya
Aku Hidup Dengan Nikmat-Nya

Dia Berikan aku ketenangan
Dia berikan aku kebahagiaan
Sungguh
Dia Maha penyayang

Dia ajarkan aku makna cinta yang sebenar
Dia ajarkan aku bagaimana untuk menjalinkan Kasih sayang
Dia ajarkan aku bagaimana untuk rindu pada-Nya
Dia ajarkan aku untuk tetap bersabar saat ditimpa ujian
Dia mengajarkan aku untuk tersenyum dalam tangisan
Dia mengajarkan aku untuk tetap bertahan..
Sungguh
Aku semakin Sayang dengan-Nya
Anda Bagaimana?

Betapa Indahnya Islam
Betapa Indahnya hidup Bertuhan
Terima Kasih sahabat..
Terima Kasih Hatiku..

***Semalam pergi perjumpaan dengan sahabat-sahabat, saya dapat melihat semangat dakwah dari mata mereka. Jiwa-jiwa pendakwah.. Saya merasakan semangat itu turut menjalar ke dalam jiwa. Syukur, Allah temukan saya dengan mereka, membuatkan saya  merasa, semakin kuat untuk bertapak dalam melakukan perubahan. Insyaallah, semoga saya terus bersama dengan mereka. Wallahualam.

29 May 2012

Shussh! Nafsu Jahat..Mai sini Nafsu baik



Shussh! Nafsu jahat
Jangan sesekali dekat denganku
Jangan sesekali hampir denganku
Jangan sesekali mengetuk hatiku
Apatah lagi untuk masuk kedalam hatiku

Mai sini nafsu baik
Dekatlah padaku..
Hampirlah denganku
Ketuklah pintu hatiku
Ku alukan kedatanganmu
Ku sediakan taman buatmu


Shussh! Nafsu jahat
Aku seperti ingin melemparkanmu jauh
Hingga hilang daripada pandanganku
Namun ku tahu
Jauh manapun ku lemparkan mu
Sahabat sejatimu ada untuk menyambutmu
Dan melemparkanmu kemabali
Hampir dengan ku..

Mai sini nafsu baik..
Berjuanglah untuk melawan nafsu jahat
Apabila lemah terasa
Mohonlah bantuan daripada penciptamu
Kerana dia sentiasa ada untukmu..

24 May 2012

Mencipta perubahan memerlukan kekuatan

Assalammualaikum
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..

Sekiranya kita ingin berubah, apa yang perlu kita tanamakan atau pasakkan dalam hati kita?

Semestinya kekuatan kan? Kekuatan zahir dan batin untuk menepis segala halangan yang cuba menjatuhkan kita yang membolehkan kita untuk berpatah balik kepada diri kita yang dahulu.

Tapi, sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,

Bukan semua orang memiliki kekuatan untuk berubah. Namun, kita telah diperingatkan oleh-Nya agar sentiasa memohon kepada-Nya. Yakni Dia yang satu. Mohonlah kekuatan kepada-Nya kerana Kekuatan itu hanya miliknya.

Sahabat yang disayangi kerana Allah,

Apabila hidayah itu datang mengetuk pintu hati, apa yang kita lakukan?

Ada dalam kalangan kita, apabila hidayah itu datang dia akan terus membukakan pintu hatinya. Namun ada juga dalam kalangan kita yang memandang sepi ketukan dan sapaan hidayah itu. Kita membiarkan ia menunggu di luar dan langsung tidak mengendahkannya. Jangan begitu sahabat-sahabat semua.

Mengapa membiarkan ‘DIA’ menunggu terlalu lama. ‘ DIA’ datang sahabat-sahabatku. Jemputlah ia masuk ke dalam taman hatimu.

Ya, saya maklum dan faham sangat-sangat bukan mudah untuk kita berubah.

Ianya memerlukan kekuatan yang sangat utuh

Utuh untuk berdiri, utuh untuk berpaut..

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..

Ada seorang sahabat yang pernah mengatakan kepada saya bahawa “ apabila hidayah itu datang menyapa, ambilah dan genggamlah ia cepat-cepat, ditakuti ia akan merajuk dan pergi menjauh daripada kita yang mungkin tidak akan kembali lagi kerana merajuk dengan kita” Wallahualam. Hidayah itu milik Allah, ia akan diberikan kepada siapa-siapa sahaja mengikut kehendaknya.

Sahabat- sahabat sekalian..

Kata-kata inilah yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika dahulu saya berjalan di muka bumi ini denga penuh keangkuhan, saat Hidayah itu menyapa, betapa manisnya Hidayah itu sehingga saya jatuh cinta kepada-Nya dan memadamkan segala keangkuhan saya selama ini.

Dahulu, ketika hati terdetik untuk berubah, pelbagai perasaan yang timbul. Malu! Takut! Dan semua perasaan itu saya sandarkan kepada manusia. Betapa jahilnya saya. Saya sering memikirakn apa pandangan orang jika saya berubah?

Syaitan bersorak riang tidak kurang juga yang berpesta ria kerana berjaya membisikan kata-kata yang telah melumpukan semangat saya untuk berubah.

Namun di saat syaitan dengan galakya mencucuk-cucuk melemahkan keyakinan untuk berubah, Allah kirimkan kepada saya seorang sahabat yang telah memberikan semangat dan kata-kata perangsang untuk membolehkan saya merubah diri. Saya masih ingat akan kata-katanya “ tidak perlu hiraukan pandangan orang lain terhadap diri kita tetapi fikirlah bagaimana pandagan Allah kepada kita” wallahualam.

Sempena awal muharam tahun ini, sebagai Azam baru , saya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Dan saat ini juga, jauh di sudut hati betapa saya takut yang saya tidak istiqamah dalam perubahan saya ini seperti sebelum-sebelum ini. Saya sentiasa bermohon agar ditetapkan iman dan diberikan kekuatan agar terus melangkah seiring dengan perubahan diri.

19 May 2012

Kita ini Bagaimana?




Engkau tenangkanlah hatiku yang kian resah ini 
Engkau lapangkanlah dadaku yang kian lama semakin menghimpit sifat-sifat mahmudahku 

Aku mohon 
Genggamlah hatiku 
Setiap saat, Setiap minit, Setiap jam, Setiap hari 

Kerna ku takut.. 
Diri ini hanyut di bawah derasnya air yang mengalir laju 

Kerna ku takut diri ini  
Alpa dengan keindahan dunia, hinggakan terlupa apa yang digalas sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini.. 

Saat aku sendirian 
Rasa takut menyuntik hatiku 

Apakah amal ku sudah cukup? 
Bagaimana keadaan diriku, kiranya kau datangkan Izrail untuk menjalankan tanggunjawabnya kepada ku 

Jujur Ya Allah 
Betapa Kosongnya Aku saat ini.. 
Betapa ringanya bebanan bahu kananku berbanding dengan bahu kiriku.. 
Tiada apa yang ada pada diriku 
Melainkan dosa yang menggunung 

Aku mohon padamu 
Ya Allah 
Betapa resahnya hatiku saat ini 
Mohon kuatkan hamba dengan Kalimah cintamu 
Lapangkan hatiku dengan hadis-hadis cintamu 

Setiap kali diri ini melanggar perintahmu 
Segala amal kebaikanku dahulu 
Berterbangan menjauh dariku sekelip mata 
Bagaimana harusku mendapatkanya kembali? 

Tiap kali diri ini melakukan dosa 
Kepada-Mu aku memohon ampunan 

Namun.. 
Adakah engkau akan menerimanya? 

Pandangi aku Ya Allah 
Kepada siapa lagi harusku memohon 
Melainkan bukan denganmu 

Sesungguhnya engkau mengetahui perkara-perkara yang jelas lagi nyata 
Perkara yang kuzahirkan mahupun yang tersembunyi di sudut hatiku 

Apabila nafsu jahat mendatangiku 
Aku mohon kekuatan 
Lemparkanlah ia jauh daripadaku beribu-ribu batu 
Janganlah biar ia dekat padaku 

Aku takut.. 
Kekuatan yang ada padaku ini 
Tidak mampu untuk melawanya.. 

Bicara Hati Bingkisan Hati 

Dicoretkan semasa mendengar ceramah “Indahnya Islam” dan “berusrah” bersama-sama Kak fieza dan kak liza.(>_< ).Tak lupa juga kepada sahabat yang baru dikenali Adik Yana..perkongsian bersama begitu menyentuh hati..betapa sahabat itu mempengaruhi siapa kita dan diri kita ini bagaimana.. 

18 May 2012

Aku Menginginkan Yang Biasa-Biasa Sahaja..




Aku tidak menginginkan yang sempurna 
Cukup Yang sederhana Sahaja 
Kerana aku bukan yang sempurna 
Aku hanya wanita biasa dan sederhana 

Aku tidak menginginkan DIA yang mahir dalam pelbagai ilmu 
Aku hanya Menginginkan DIA 
Yang Kaya dengan ilmu agama 
Untuk Dia membimbingku kelak menjadi seorang pendamping dan peneman jiwanya 
Kerana dengan ilmu agama 
Segalanya pasti akan menjadi mudah.. 


Aku tidak menginginkan yang indah Parasnya.. 
Aku menginginkan yang biasa-biasa Sahaja.. 
Rupa paras itu tidak menjanjikan apa-apa 
Ia akan luput dimamah usia... 
Allah tidak melihat pada paras rupa 
Tetapi dia melihat setakat mana tahap keimanan hambanya.. 

Aku tidak menginginkan yang kaya Raya 
Cukuplah yang sederhana 
Yang Hanya bisa memberikan kecukupan padaku 
Sekadar yang termampu darinya.. 
Kerana ku takut 
Apabila dilimpahi dengan kekayaan 
Aku jadi lupa untuk bersyukur.. 

Aku tidak menginginkan DIA yang cinta sepenuhnya padaku 
Aku menginginkan DIA yang cinta pada ALLAH, RASUL dan IBUNYA 
Kerana selayaknya begitu .. 

Sampaikan perkhbaarn hati ini padanya.. 
Aku tidak menginginkan yang luar biasa 
Aku menginginkan yang Biasa-biasa Sahaja.. 
Aku tidak menginginkan yang sempurna 
Kerana kesempurnaan itu hanya miliknya.. 

Bicara Hati Bingkisan Hati.. 
Syukur dengan ilham pemberian-Nya.. 

17 May 2012

Kasihku Dalam Diam..



Lebih baik Begini kan sahabat-sahabat semua..
Walaupun tersa sakit namun..
Allah kan Ada..
Dia pemberi kemudahan untuk kita melalui apa jua cubaan mahupun ujian..


Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri, 

Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan. 

Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya. 

Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing. 

TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati. 

Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati. 

Dia menolak aku dengan sopan,
Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan,
Aku tersenyum walaupun terkilan,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. 

Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya. 

Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya. 

Amin. 

11 May 2012

Sungguh Aku Bersyukur..




Aku bersyukur
Keluargaku  menjadi Insan yang terpilih mendapat Hidayah Allah untuk memeluk Agama islam..
Benarlah, Hidayah Allah itu akan menyapa siapa sahaja yang Dia kehendaki..

Aku bersyukur aku menjadi Seorang Islam..
Menjadi Muslimah..
Menjadi Bidadari Dunia..
Insyallah harapan Di hati..
Ingin menjadi Bidadari Syurga..

Aku bukanya setelah menjadi Islam terus taat pada agama..
Bukan jua terus mendalami agama ini..
Di kala tiada yang membimbing..
Di kala tiada  siapa penunjuk jalan..

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi..
Setelah bertahun-tahun memeluk islam..
Barulah kusedari ..
 Bahawa Manusia itu diciptakan ada peranan dan tanggunjawabnya..
Aku lalai degan Dunia..
Aku leka dengan Dunia..
Aku terpesona Dengan Dunia..
Betapa Jahilnya Diriku ketika itu..

Dan saat ini..
Aku mula belajar untuk mendalami agamaku..
Semakin aku kenal dengan-Nya
Semakin banyak  diri ini menangis..
Menangisi kejahilan diri..

Aku kuatkan Hatiku untuk mencipta perubahan..
Sedikit demi sedikit..
Dari semasa ke semasa..
Kadang-kadang apabila aku diuji..
Aku belajar untuk Kuat..

Syukur Pada-Nya..
Akan kugenggam Hidayah ini..
Takkan ku biarkan ia pergi jauh dariku lagi..
Kerana betapa sedihnya aku mengenangkan perjalanan hidupku diwaktu dahulu..
Yang umpama mengembara tanpa Kompas ditangan..
Sehinggakan hampir tersesat dalam pengembaraan..
Hampir terlupa jalan pulang..

Mohon doa Para Sahabat..
Agar Aku kuat dalam Mencipta Perubahan Diri..
Islam Mengajarku Untuk menjadi Lebih baik dari Semalam..
Islam Mengajarku Untuk Redha dengan setiap Apa yang berlaku..
Islam mengajarku Untuk kembali tersenyum, sentiasa tersenyum dan tetap tersenyum..

04 May 2012

Aku redha Dengan takdirmu..




Hatiku bertanya
Mengapa aku yang melaluinya..
Imanku membisikkan..
Usah persoalkan takdir Allah..
Itulah yang terbaik buatmu

Hati mengeluh..
Kesakitan apakah ini..
Sehingga aku hampir rebah menghadapinya..
Usah bertanya, getus imanku..
Itu ujian Darinya..

Mengapa aku yang diuji sedemikian berat..
Imanku mengetuk hatiku berulangkali..
Bersyukurlah.. Bergembiralah..
Kesakitan dan ujian itu akan terasa indah
Apabila dirimu merungkai kalimah hikmah-Nya
Usah bersedih Dan Berduka..

Terimalah dengan hati yang ikhlas..
Terimalah dengan redha..
Tadahkanlah tanganmu..
Seluasnya kepada-Nya

Dirimu insan terpilih..
Untuk-Nya melabuhkan cinta kepadamu..
Bersedihlah apabila dirimu..
Tidak ditimpakan dengan ujian..

Disibukkan dengan Hal Dunia semata..
Sehingga dirimu leka dengan Keindahan Dunia
Yang sekadar Indah dipandang tetapi pahit untuk ditelan..

01 May 2012

Pesanan Buat Adik tersayang




Adik tersayang,
Dirimu semakin meningkat remaja..
Suatu ketika dahulu, dirimu terlalu kecil berbanding denganku..
Kini, betapa cepatnya dirimu membesar..

Adik tersayang..
Apa khabar iman adik yang disayangi..
Adakah Ianya baik-baik sahaja..
Adakah ianya sentiasa Di update dari semasa ke semasa..
Sentiasalah bertanya khabar pada imanmu..

Adik tersayang..
Dirimu merupakan pemimpin dalam keluaraga..
Kerna hanya kalian berdua yang kami harapkan..
Kerana selayaknya pemimpin itu daripada kaum Adam bukanya kaum Hawa..
Kami hanya mampu berdiri di belakang kalian untuk menghulurkan bantuan tika diperlukan..

Adik tersayang..
Cubalah menjadi matang..
Tetapkan langkahmu..
Jangan tersasar daripada jalannya..
Sungguh betapa diri ini takut..
Takut melihat akhirnya dirimu gagal dalam perjuanganmu..


Adik yang tersayang..
Janganlah dilalaikan dengan kehidupan dunia..
Ingin akak berpesan..
Dunia ladang akhirat..
Jangan terlalu cinta dengan dunia..
Jangan terlalu taksub dengan dunia..
Jangan terlalu kagum dengan dunia..
Kerana kenikmatan dunia itu hanya sebagai ujian buat dirimu..

Adik yang tersayang..
Fitrah manusia itu sememangnya ingin mencintai dan dicintai..
Namun, adik akak yang disayangi..
Cinta itu bisa menyakitkan jua mebahagiakan..
Ingatlah! letakkan cintamu di tempat yang selayaknya.
Jangan sembarangan untuk menerima cinta manusia..
Jangan tergoda dengan cinta remaja..
Cinta remaja itu melalaikan semata-mata..
Kiranya dirimu telah terjebak..
Muhasabah dirimu..
Apakah dirimu sudah cukup cinta dengan tuhanmu?
Apakah dirimu sudah cukup cinta dengan rasulmu?
Bagaimana pula dengan cintamu pada ibu bapamu?
Dirimu sudah cukup matang untuk memahaminya..

Adik yang tersayang..
Pasti! suatu hari nanti pasti dirimu akan merasai cinta manusia
Kerana yang halal itu lebih indah daripada yang haram..
Cubalah sabarkan hatimu..
Kerana cinta berlandaskan syariat itu sungguh manis untuk dirasai..

Adik tersayang..
Jangan kalian mengagungkan cinta sesama manusia..
Sungguh! Ianya melalaikan dirimu..
Cinta itu mampu merosakkan jiwa remajamu..
Bentenglah hatimu dengan santapan-santapan rohani..
Cintalah kepada majlis-majlis ilmu..
Jangan bekukan hatimu.. 

Jagalah adabmu, khususnya yang bukan mahrammu..
Jagalah batas pergaulanmu..
Peliharalah dirimu daripada fitnah dunia..
Belajarlah untuk menjadi sombong kiranya ia baik untuk rohanimu
Agar tidak terjebak..
Dengan perangkap syaitan..
Takutlah kepada Allah..

Adik tersayang..
Patuhlah kepada kedua ibu bapa..
Letakkan kesetiaan dan kasih sayangmu terhadap mereka..
Adakah benar dirimu cinta dan sayang pada mereka?
Mana buktinya?
Tunjukkan?
Jangan pernah sakiti hati mereka..
Kerana kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang..
Jangan pernah persoalkan kasih sayang mereka..
Betapa keringat itulah..
Yang membesarkan kita..
Jangan dikau bertanya..
Banyak mana kesusahan yang mereka tempuhi..
Kerana dirimu tidak akan memahaminya..
Selagi dirmu tidak bergelar ibu atau ayah..
Sungguh! Tidak akan terhitung kesusahan dan kepayahan mereka..


Adik tersayang..
Tuhan tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadanya..
Firman Allah ini sudah cukup membuktikan apa tanggunjaawab kita diciptakan..
Adakah adik mengetahuinya?
Pasakkan keyakinan dalam dirimu untuk satu perubahan..
Insyallah pasti akan dipermudahkan..
Apabila terdetiknya Hati untuk berubah..
Allah akan datangkan pelbagai ujian
Untuk menguji setakat mana keimanan kita..
Namun Allah juga sediakan jalan-jalan yang luas untuk kita sususri..
Dia pasti akan kirimkan sseorang yang akan membantu dirimu disepanjang perjalananmu..


Adik tersayang..
Berprasangka baiklah kepada yang esa..
Jangan pernah engkau merasa kecewa denganya..
Bergantunglah sepenuhnya kepada yang esa..
Kerana kita hidup untuknya..

Adik yang tersayang..
Pilihlah sahabat yang mendatangkan manfaat kepada dirmu
Bukanya yang mendatangkan musibah..
Kerana seseorang sahabat itu akan cenderung untuk mengikuti sahabatnya..
Bijaklah dalam memilih kawan..
Gunakan Akal yang telah dikurniakan
untuk membezakan yang baik dan yang buruk..

Adik tersayang..
Sahabat yang beriman itu ibarat mentari menyinari..
Sahabat yang setia itu ibarat pewangi yang mengharumkan..
Sahabat yang sejati itu pendorong impian..
Sahabat yang berhati mulia itu membawa kita kejalan Allah..

Adik tersayang..
Bentuklah dirimu menjadai pemimpin..
Pemimpin kepada keluarga..
Pemimpin kepada dirimu sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...