Geng-Geng..

nuffnang

23 December 2013

Indahnya Ukhuwah Kami


" Ya Allah, Engkau Kekalkanlah hubungan persahabatan kami. Jadikan kami hambamu yang memikul beban dakwah-Mu. Seiring menuju jannah-Mu. Lapangkan dada kami dalam memperjuangkan Islam, himpunkan kami dalam satu jemaah agar kami tidak rebah tersungkur di saat ujian-Mu datang menyapa kesabaran dan ketabahan"

Perkara yang paling membahagiakan hati ialah di saat kita punya sahabat yang sama-sama berjuang dalam memperjuangkan agama Allah. Berusaha seboleh mungkin untuk memelihara agama Allah. Sahabat yang baik itu, dia yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah dan kematian.

Alhamdulillah,
Tidak pernah menyangka diri ini akan punya sahabat yang ramai. Perjalanan takdir yang telah Allah ciptakan buat diri ini, membolehkan syaa bertemu dengan mereka. Saya tersenyum dan mengucap syukur. Sejujurnya, saya tidak punya sahabat di kampung halaman sendiri melainkan di sekolah. Dan apabila saya mengikuti satu program yang dikenali sebgai Kem "mudahnya Solat" saya telah bertemu dengan mereka. 

Hari sabtu lepas, kami telah bersama-sama ber "jungle trekking". lebih kurang ada dalam 20 orang belia Masjid Kampung Rosok.Wah!! seronoknya bersama-sama dengan mereka. Semangat kerjasama yang dipamerkan begitu menyentuh hati. Saling menjaga di antara satu sama lain.

Berhujan bersama, melalui jalan merbahaya bersama. Oh ya! laluan merbahaya itu tidak akan pernah saya lupakan. Sejujurnya memang rasa sangat takut. Tetapi, terpaksa mengawal diri dan berfikiran positif. dan semestinya sepenuh keyakinan saya serahkan pada yang Esa, semoga rombongan kami berjaya melalui jalan merbahaya. Alhamdulillah. Kalau cakap takut, kalahlah dengan budak-budak yang lagi muda dari saya. Mana boleh! hehe..

Niat awal rombongan kami sebenarnya ingin memanggang ayam tetapi disebabkan hujan yang lebat dan air pun mula naik maka kami membatalkan niat dan bergegas pulang. Jadi, al kisahnya, semuanya kelaparan. sampaikan ada yang berebut nasi lagi dalam kereta. Hehe



















Kem "Mudahnya Solat"

Assalammualaikum Khalifah Allah di muka bumi..

Dengan rahmat dan kasih sayang dari-Nya, alhamdulillah masih diberikan nyawa untuk menghirup secangkir maghfirah..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Sekadar ingin berkongsi pengalaman manis yang dialami pada minggu lepas. Indahnya aturan takdir Allah. Tiada siapa yang mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku. 

Sekian lama mencari tarbiyah untuk mengharapkan kasih sayang ALLAH. Dia yang ESA hantarkan khabar gembira buat diri dengan menjadi sebahagian kepada AJK PELAKSANA " Kem Mudahnya Solat" di kampung halaman tercinta.

Menyumbang tenaga untuk gerak kerja Islam siapa yang tidak merasa seronok dan gembira bukan? Sekurang-kurangnya jika ditanya kelak apa yang kita sumbangkan untuk agama sendiri, kita punya jawapannya.

Pengalaman selama 3 hari bagi menjayakan program ini bersama Ajk-Ajk yang lain terasa begitu bermakna sekali. Berukhuwah dan Bersilaturahim itu sesungguhnya begitu manis apabila seiring dengan kehendak syarak. Yang dulu tidak dikenali jadi kenal. yang dulu tidak mesra menjadi mesra. 

Penatnya memang terasa. Namun apabila melihat akan adik-adik yang begitu bersemangat sekali rasa penat sedikit sebanyak hilang. Hati tersenyum melihat gelagat adik-adik yang mencuit hati. Rasa tidak sihat sepanjang program tidak terasa kerana melihat semangat fasilitator yang begitu tinggi dalam menjayakan program ini. 

Harapan di hati, semoga program seperti ini akan diteruskan lagi. Jika ingin melihat agama Islam terpasak di muka bumi ini maka terlebih dahulu pasakkan Islam di dalam hati. Generasi muda haruslah didik berdasarkan ajaran al-Quran dan As-sunnah. Mudah-mudahan generasi berilmu akan lahir di kampung Rosok dan bersama-sama memperjuangkan Islam. In Shaa Allah.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...