Geng-Geng..

nuffnang

12 December 2011

Corat-Coret Tudung Labuh..


 Assalammualaikum..>_< 
suka sangat nak kongsi kisah Nukilan FATIMAH SYARHA nie kepada rakan blog semua..
Memandangkan saya pun baru nak melangkah ke arah satu perubahan yg baik..alhamdulilah..
saya menguatkan semangat dengan Membaca Nukilan beliau ini..Sngt rasa termotivasi dan bertambah Kuat dalam setiap langkah..Mohon Ya Allah segalanya dipermudahkan..Dan semoga saya istiqamah dijalanya..JAngan engkau uji Aku Ya Allah melainkan yg mampu untk ku hadapi..


"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?" soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya.

          Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Ku fahami, remaja bertanya kerana mereka sedang mencari identiti diri.
          Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung lanuh. hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
          Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang perlu aku tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

YANG TERTUTUP ITU INDAH

          Ketika kubertanya tentang tuduh labuh, mudah jawapan yang pernah ku temui, " Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.
          Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.
          Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lbeih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit.

ISTMEWA BERTUDUNG LABUH

          Di sini, aku bukannya mahu berbicara mengenai kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali meneylamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

DIKEJAR TEBUAN TANAH

          Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.
          Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. sedia menyerang. seorang peserta menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakngnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

          Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan  tudung labuhku daripada disengat. segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah Maha Suci Engkau yang menyelamatkan kami dengan secebis kain ini.

TERLINDUNG DARIPADA BAHAYA MALAM

          Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus selepas tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakkan duduk bertemankan seorang lelaki asing.

         Sebelum bas bergerak, aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.
        Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara ke alam mimpi seketika. kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.
          Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dan terasa mamai sewaktu menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih berasa sangat mengantuk. Sejurus itu, secepat kilat bas meninggalkanku.
          Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku serang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. namun aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
          Jalan raya di hadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap/ Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, padaMu aku bertawakal.
          Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa yang sama, Mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata andainya anjing itu menyerang.
          "Di mana?" tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.
          Tiba-tiba sekumpulan penunggang motosikal dengan pelbagai aksi berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ.nAku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan tudungku juga hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diri di sebalik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
          Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di ditu dan membaca segala ayat al-Quran yang kuhafal. Tawakalku memanjat langit.
          Tiba-tiba anjing tadi berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan memandang-mandang ke arahku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.
          Allah menjadi saksi. aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang ke arahku. aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
          Tiba-tiba mereka bererdar. Bunyi ekzos mengaum pergi dengan pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwrna gelap itu. Alhamdulillah!

SELAMAT DARIPADA DIRAGUT

          Seorang daripada temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kelas. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
          Dua orang pemuda menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula, dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
          Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, "Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu mereka tak nampak beg tangan akak." Kata-kata itu membuatkan ku benar-benar berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa=rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

MENEMUI JODOHKU

          Bebrerapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tetapi akhirnya menukar penampilan kerana takut dipinang. Penampilannya masih menutup aurat, namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap.
          Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana niali tidung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
          Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan dengan hanya melihat luarannya. Namun, realitinya kadangkala masa terlalu singkat dan peluang tiadak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai pertama ialah makcik yang bertudung labuh. Penjual kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana kita nak pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa kata kita ketika itu? Fikir-fikirkanlah.

HORMATILAH SELAGI MENUTUP AURAT

          Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati yang berkata,"Ramai saja yang bertudung labuh tapi tidak baik." "Tudung tak labuh pun masih menutup aurat." "Don't judge a book by it's cover." Kuhormati semua kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adk-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik bertemu jawapannya.

nukilan:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...