Geng-Geng..

nuffnang

17 July 2013

Disebalik Kesakitan ada Kemanisannya

Assalammualaikum...
Selamat Pagi..
Osonong Kosuabon..


SEBELUM SAYA KENAL DIA (ALLAH)

Sesiapa yang merasa sakit, pasti akan mempunyai keinginan untuk merasakan kesembuhan dan kesihatan tubuh badan kan? Saya teringin hendak sembuh, Ya! saya sangat teringin nak sembuh. Bergerak bebas seperti dulu, bebas melakukan apa jua aktiviti, bebas kemana sahaja. Saya kadang-kadang merasa sangat sedih, kecewa dengan apa yang dialami. Saya berbeza dengan yang lain. Lemah.

Sejak saya sakit, semua aktiviti saya dikawal oleh kedua ibu bapa saya. Saya tak dibenarkan pergi kemana-mana. Ada suatu ketika saya terpaksa merayu-rayu dengan Ibu saya untuk membenarkan saya mengikuti sesuatu aktiviti.  Saya tak boleh buat benda yang saya sangat suka. Sebabnya, saya sakit dan badan saya lemah, itu sahaja alasannya. Sangat menyedihkan.

Saya cemburu pada mereka yang boleh mengikuti aktiviti-aktiviti lasak. Saya tak boleh, sebab saya mudah rasa penat, saya akan rasa sesak nafas. Lemah bukan? tiada apa yang saya boleh lakukan. Just Stay at home, baca buku, menonton tv dan melakukan perkara-perkara yang tidak memenatkan.

Kadang-kadang saya akan menangis, kenapa saya? kenapa saya ?  kenapa saya? Dulu, i can do everything that i want to do. Semasa berada dalam tingkatan dua, dan Dr sahkan saya "HYPERTHYROID". Saya tidak pernah tahu kewujudan penyakit itu sebelum ini. 

Saya selalu menyalahkan takdir, kenapalah saya ditimpakan penyakit ini. Kenapalah saya tak pandai-pandai sembuh, padahal ubat dah makan tapi masih dalam keadaan yang sama. Saya selalu marah saya jadi panas baran, sikit-sikit nak mengamuk. semua orang kena.

SELEPAS SAYA KENAL DIA

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan"
Al-insyirah 94:6

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" 
( Sahih Bukari No. 5354 )

9 tahun saya mengalaminya. Ya, sampai sekarang. Tapi sekarang saya boleh hadapinya. Banyak yang memberikan kata-kata semangat. Dan yang paling penting sekali Allah Itu sentiasa ada bukan? Sentiasa ada buat hamba-hambanya yang  tetap bersyukur dan tabah. Dan keyakinan saya dikuatkan lagi dengan firman ALLAH ini:

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ 
[Al-Baqarah: 286]

Ya, saya mampu menghadapinya. Kerana ianya sesuai dengan kemampuan saya. Saya Yakin dan percaya. Allah kan ada..:)

Dan saya bersyukur sangat-sangat apabila menghidapi penyakit ini. Kerana ia memberikan banyak hikmah kepada saya. Melalui penyakit Ini:

- Saya Kenal Siapa Dia ALLAH (Sesungguhnya DIA Maha Pengasih dan Maha Pengampun)
- Saya mula kenal siapa saya yang sebenar. Dari mana Asalnya saya dan kepada siapa saya akan kembali
- Saya mula berubah, daripada dulu yang "terbuka" kini saya mula "menutupinya" (Maruah dan Aurat saya). 
- Saya mula berubah, dulu saya suka pakaian yang "ketat" kini saya kenal pakaian "longgar" kerana itu lebih indah (Maruah akan lebih terjaga) Saya boleh melihat hikmah, mengapa Allah mewajibkan menutup AURAT.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang mempunyai penyakit, serahkan kebergantungan kepada Allah. Bukan ubat yang akan menyembuhkan kita. Tetapi Allah yang memberikan kesembuhan. Ubat itu sekadar perantara sahaja.

Dan bagi mereka yang rasa sangat down, saya faham. tapi cubalah bangkit kembali. setiap kesakitan itu ada hikmahnya. Dan saya menganggap kesakitan yang saya alami ini adalah tanda Allah sayang kepada saya, dan mungkin juga balasan di atas dosa-dosa yang dilakukukan. Kerana dulu, saya bukanlah hamba yang taat kepada penciptanya. Apabila ditimpakan kesakitan ini, saya jadi kenal dan jatuh cinta dengan DIA. Itulah yang manisnya apabila saya mengalami kesakitan ini. 
Disebalik kesakitan ada kemanisannya.


15 July 2013

Saya Di SANA Saya Di SINI

Besar bezanya apabila berada di SINI dan berada di SANA..

Di SANA saya ada sahabat-sahabat menToL..mereka keluarga saya, hebatnya menToL ini, mereka telah membuka mata dan hati saya..

Di SANA saya punya bulatan cinta tersendiri, bersama adik-adik yang sama2 berjuang untuk mencipta perubahan..
Jiwa sentiasa terisi, iman sentiasa memiliki sandaran, kerana di SANA ada insan yang begitu cinta dan kasih kepada ALLAH..

Di SANA malam ditemani dengan alunan kalimah ilahi, walaupun dalam keadaan merangkak ada insan yang tetap sabar untuk berkongsi ilmu..

Di SINI, saya tercari-cari bulatan cinta, kerana saya tidak punya sahabat yang sebaik mereka di SANA, tiada teman, saya hanya ada keluarga, sedaya upaya untuk mencuba mengamalkan cara hidup Islam..

Di SINI saya belajar memotivasikan diri sendiri, bukan selamanya saya akan berada bersama dengan mereka di SANA..yang akhirnya kami akan membawa haluan masing-masing..

Sedaya upaya mencuba untuk bertahan agar tidak kembali di masa dulu, suasana di SINI sungguh mengugat apa yang dipelajari di SANA..

Di SINI sukar untuk mencari tarbiyyah, di SANA hebatnya tarbiyyah yang diberikan..

:: Tidak semua mampu untuk bertahan, terlalu sedikit yang mampu, saya teringin untuk menjadi sebahagian daripada yang " sedikit" itu::

Bersyukurlah mereka yang sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa mencari redha ALLAH

..Doakan insan-insan yang masih teraba-raba mencari redha ALLAH..

Merindukan suasana di SANA..
BERILMU BERBAKTI
Universiti Putra Malaysia Tetap di Hati..

12 July 2013

..Sayangi Diri Dengan Menutup Aurat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Segala Puji dan Syukur kepada-Nya atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan..
Alhamdulillah..Diberikan masa, ruang dan waktu semula untuk berceloteh di alam maya..

Hari ini, saya akan menulis tentang " Aurat Wanita". Aurat wanita itu pada pandangan sahabat-sahabat semua bagaimana ya? Adakah membalut sahaja? Bak kata ustaz saya dahulu seperti " membalut nangka sahaja".
Atau..
Menutup bahagian-bahagian yang membolehkan kita berasa malu apabila orang melihatnya? Ya, mungkin ada yang beranggapan seperti itu..

Sahabat-sahabat semua,suatu ketika dahulu saya pernah merasakan situasi di mana saya tidak tahu apakah istilah menutup aurat yang sebenar. Bagaimana untuk menutup aurat dengan sempurna? adakah kita wajib menutup aurat?

Oh, sejak dulu saya memang memakai tudung labuh(baru sedar sebenarnya pakai tudung labuh, bila tengok gambar dulu2)  tapi itu pun saya tak tahu yang kenapa saya pakai tudung tersebut. Saya just pakai macam tu sahaja, dalam fikiran saya peraturan sekolah kenalah pakai kan? 
Pakai tudung labuh tapi perangai tak tahulah nak cakap apa (saya minta maaf kepada golongan yang memakai tudung labuh, mungkin disebabkan perangai yang tak berapa elok yang saya pamerkan anda pun terlibat sama sehinggalah timbul persepsi, alah orang yang pakai tudung labuh ni bukannya baik sangat pun). Really sorry,..huhu

Tapi Alhamdulilah..Walaupu saya tidak tahu akan kewajiban menutup aurat itu, saya tetap x pernah tanggalkan tudung cuma skarf sahaja yang kadag-kadang terbang entah kemana..
Bermula daripada sekolah rendah sampailah ke menengah atas, saya tetap seperti biasa..Berseronok dengan kehidupan..kadang-kadang pakai yang ketat-ketat, pakai yang singkat-singkat..astagfirullah..sekiranya di ingat kembali..Malu..

Namun, perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Saya mendapat tawaran sekolah ke semenanjung Malaysia. Menangis bagai nak rak sebab sedih kononnya terpisah dengan kawan-kawan. Tapi mau tak mau kena pergi juga. Sebab ayah dan bersemangat hendak menghantar saya untuk sambung sekolah. Katanya belajar berdikari. 

Tahun Kedua berada di Universiti, membuatkan saya mula berfikir dan melihat diri saya sendiri. Saya melihat mereka yang begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Ya manis sungguh! terdetik di hati, bolehkah saya menjadi seperti mereka? tapi lihatlah diri ini bagaimana? Ilmu agama pun masih kurang, mengaji pun merangkak-rangkak. 

Dulu, pada pandangan saya, mereka yang memakai tudung labuh itu hebat ilmu agamanya. Tapi sangkaan itu meleset dan persepsi saya berubah apabila saya mula menyertai usrah dihujung tahun kedua pengajian. Saya terpaksa tebalkan muka dengan perasaan malu untuk bersama-sama dengan adik-adik yang lagi baik dari saya. Di bulatan usrah itulah saya mengenal diri saya yang sebenar. 
Sebenarnya mereka yang bertudung labuh itu, tidaklah seperti yang saya sangkakan, tetapi apa yang lebih mengujakan hati ini ialah, mereka berubah semata-mata kerana Allah. mencari redha Allah..Mereka tidak mempedulikan apa orang lain kata,Wah! betapa kuatnya mereka. Betapa sabarnya mereka dan betapa tabahnya  mereka untuk menangkis kata-kata perlian daripada rakan-rakan.

Sejak itu, saya perlahan-lahan mula menanamkan tekad untuk menjadi seperti mereka. Perlahan-lahan saya merangkak. Cuba untuk menahan hati apabila diperli oleh rakan-rakan yang lain. Saya selalu motivasikan diri sendiri,.
"tidak mengapa mereka tidak tahu lagi..abaikan"
" tetap bertahan..tetap bertahan"

Setelah itu, timbul rasa cemburu di hati pada mereka yang begitu pandai mengaji..Saya? Tak payah cerita, memang kedudukan paling last sekali. dari dulu sehinggalah besar panjang mana pernah ikut kelas mengaji..
Saya nak belajar tapi rasa malu sangat-sangat..Tak kanlah dah tua2 baru nak belajar?? Saya tolak jauh2 rasa malu, saya minta tolong dengan kawan untuk carikan saya guru mengaji. Alhamdullillah dapat. Dan saya selesa dengan dia, bersabar dengan karenah budak baru belajar seperti saya. Syukur Alhamdulillah..

Kehidupan menjadi semakin tenang dan saya lebih menghargai hidup. Dan apa yang penting saya boleh melihat perbezaan diri saya yang dahulu dan diri saya kini..



11 July 2013

Seharusnya Isthikarah itu BAGAIMANA?

As Salam, sahabat-sahabat di alam maya..



Siapa yang pernah buat solat isthikarah? 
Seharusnya isthikarah itu bagaimana ya?

Adakah kita akan bermimpi tentang seseorang itu?
Atau..
Adakah kita kan berjumpa dengan dia? 
Kerap kali?
Atau..
Adakah kita akan sentiasa ingat kepadanya?
Atau..
Apa lagi ya?

Ada orang kata, lepas buat solat Isthikarah itu, tidak semestinya kita akan ingat selalu kepadanya, tak semestinya kita akan berjumpa selalu dengannya, tak semestinya kita akan bermimpi tentangnya..

Tapi..
Bagi saya yang paling penting sekali ialah gerak hati..
Saya yakin dan percaya bahawa HATI itu tidak akan pernah menipu.

Mungkin juga, belum tiba masanya lagi Allah menunjukkan kepada kita, kita ini untuk siapa sebenarnya. 
Yakinlah sebaik-baik perancang itu hanya Allah Ta'ala...

Tapi..
Terus terang saya katakan..
Saya pernah buat solat isthikarah..
Berkali-kali..

Dan hasilnya..
Lelaki itu terlalu baik buat saya yang tak berapa nak baik ni..
Ya! kurang yakin..Mana mungkin lelaki sebaik itu wujud dalam mimpi saya..
Mana mungkin lelaki sebaik itu untuk saya.

Saya boleh cermin diri saya ini bagaimana..
Terlalu banyak pilihan di luar sana yang lebih baik dari saya..
Terlalu Banyak!

Sekali lagi saya lakukan isthikarah..
Hasilnya..
Adakah itu cuma mainan tidur?
Adakah itu cuma kebetulan?
Tidur..Termimpi..
Berjalan..Terserempak..
Ya Allah! 

Saya keliru..
Dia layak mendapatkan yang lebih baik..
Bukan menolak takdir Allah
Biarlah masa yang menentukan (bukan pasrah) tapi redha dengan takdir Allah..
Ya Allah Pelihara Imanku!

10 July 2013

Salam Ramadhan



“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)

Salam Ramadhan buat semua..
Alhamdulillah bertemu kembali kita dengan bulan suci ini..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Moga ramadhan tahun ini, kita jadikan ramadhan yang terbaik buat kita, sebabnya belum tentu lagi kita akan berjumpa kembali dengan  ramadhan pada tahun hadapan. Bila mana kita diberi peluang jangan pernah sia-siakan peluang dan kesempatan yang diberikan. Peluang itu hanya datang sekali, jadi rebutlah peluang tersebut..

Mungkin, ramai dalam kalangan kita yang menanamkan azam dan tekad pada ramadhan kali ini, agar ianya lebih baik berbanding dengan tahun-tahun lepas. Saya juga berharap seperti itu. Sebelum ini, saya tidak pernah menanamkan tekad dalam hati untuk menjadikan setiap ramadhan yang dilalui akan menjadi the best ramadhan in my life.

Tapi, berlainan pada tahun ini, saya mempunyai impian untuk menjadikan ramadhan tahun ini sebagai ramadhan yang terbaik buat saya. Mungkin disebabkan, saya terdedah dengan aktiviti dakwah yang dijalankan oleh sahabat-sahabat di UPM suatu ketika dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...