Geng-Geng..

nuffnang

17 July 2013

Disebalik Kesakitan ada Kemanisannya

Assalammualaikum...
Selamat Pagi..
Osonong Kosuabon..


SEBELUM SAYA KENAL DIA (ALLAH)

Sesiapa yang merasa sakit, pasti akan mempunyai keinginan untuk merasakan kesembuhan dan kesihatan tubuh badan kan? Saya teringin hendak sembuh, Ya! saya sangat teringin nak sembuh. Bergerak bebas seperti dulu, bebas melakukan apa jua aktiviti, bebas kemana sahaja. Saya kadang-kadang merasa sangat sedih, kecewa dengan apa yang dialami. Saya berbeza dengan yang lain. Lemah.

Sejak saya sakit, semua aktiviti saya dikawal oleh kedua ibu bapa saya. Saya tak dibenarkan pergi kemana-mana. Ada suatu ketika saya terpaksa merayu-rayu dengan Ibu saya untuk membenarkan saya mengikuti sesuatu aktiviti.  Saya tak boleh buat benda yang saya sangat suka. Sebabnya, saya sakit dan badan saya lemah, itu sahaja alasannya. Sangat menyedihkan.

Saya cemburu pada mereka yang boleh mengikuti aktiviti-aktiviti lasak. Saya tak boleh, sebab saya mudah rasa penat, saya akan rasa sesak nafas. Lemah bukan? tiada apa yang saya boleh lakukan. Just Stay at home, baca buku, menonton tv dan melakukan perkara-perkara yang tidak memenatkan.

Kadang-kadang saya akan menangis, kenapa saya? kenapa saya ?  kenapa saya? Dulu, i can do everything that i want to do. Semasa berada dalam tingkatan dua, dan Dr sahkan saya "HYPERTHYROID". Saya tidak pernah tahu kewujudan penyakit itu sebelum ini. 

Saya selalu menyalahkan takdir, kenapalah saya ditimpakan penyakit ini. Kenapalah saya tak pandai-pandai sembuh, padahal ubat dah makan tapi masih dalam keadaan yang sama. Saya selalu marah saya jadi panas baran, sikit-sikit nak mengamuk. semua orang kena.

SELEPAS SAYA KENAL DIA

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan"
Al-insyirah 94:6

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" 
( Sahih Bukari No. 5354 )

9 tahun saya mengalaminya. Ya, sampai sekarang. Tapi sekarang saya boleh hadapinya. Banyak yang memberikan kata-kata semangat. Dan yang paling penting sekali Allah Itu sentiasa ada bukan? Sentiasa ada buat hamba-hambanya yang  tetap bersyukur dan tabah. Dan keyakinan saya dikuatkan lagi dengan firman ALLAH ini:

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ 
[Al-Baqarah: 286]

Ya, saya mampu menghadapinya. Kerana ianya sesuai dengan kemampuan saya. Saya Yakin dan percaya. Allah kan ada..:)

Dan saya bersyukur sangat-sangat apabila menghidapi penyakit ini. Kerana ia memberikan banyak hikmah kepada saya. Melalui penyakit Ini:

- Saya Kenal Siapa Dia ALLAH (Sesungguhnya DIA Maha Pengasih dan Maha Pengampun)
- Saya mula kenal siapa saya yang sebenar. Dari mana Asalnya saya dan kepada siapa saya akan kembali
- Saya mula berubah, daripada dulu yang "terbuka" kini saya mula "menutupinya" (Maruah dan Aurat saya). 
- Saya mula berubah, dulu saya suka pakaian yang "ketat" kini saya kenal pakaian "longgar" kerana itu lebih indah (Maruah akan lebih terjaga) Saya boleh melihat hikmah, mengapa Allah mewajibkan menutup AURAT.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang mempunyai penyakit, serahkan kebergantungan kepada Allah. Bukan ubat yang akan menyembuhkan kita. Tetapi Allah yang memberikan kesembuhan. Ubat itu sekadar perantara sahaja.

Dan bagi mereka yang rasa sangat down, saya faham. tapi cubalah bangkit kembali. setiap kesakitan itu ada hikmahnya. Dan saya menganggap kesakitan yang saya alami ini adalah tanda Allah sayang kepada saya, dan mungkin juga balasan di atas dosa-dosa yang dilakukukan. Kerana dulu, saya bukanlah hamba yang taat kepada penciptanya. Apabila ditimpakan kesakitan ini, saya jadi kenal dan jatuh cinta dengan DIA. Itulah yang manisnya apabila saya mengalami kesakitan ini. 
Disebalik kesakitan ada kemanisannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...