Geng-Geng..

nuffnang

10 June 2012

AWAK II



Bagaimana ingin ku khabarkan kepadanya
Aku bukan seperti dahulu
Ketika di awal perkenalan..

Awak
Dahulu.. Menjadi satu kebiasaan bagi kita
Bersms..
Calling-calling..
Jumpa-Jumpa
(Sungguh malu kurasakan saat mengingati diriku di suatu ketika dulu)

Awak
Bagaimana ingin kukhabarkan
Aku bukan seperti dahulu..
Cinta..
Telah merubah diriku..
Tapi..
Maaf, awak..
Cinta itu bukan cintamu
Tetapi cinta Allah Dan Rasullullah..

Maafkan diri ini
Apabila terlalu mementingkan diri..
Dari Pandaganmu
Saya perlu..
Untuk mendapatkan cinta dari-Nya..

Awak,
Saya tidak kisah
Apa pun yang akan awak fikirkan dan tafsirkan tentang diri ini
Sama ada saya sengaja menunjuk baik..
Menunjuk alim..
Mengada-ngada..
Katakan apa sahaja..
Biar manusia salah mentafsir tentang diri ini
Apa yang penting ialah
Tafsiran Allah..

Awak,
Siapalah kita
Yang ingin mengagung-agungkan cinta sesama insan
Siapalah kita
Ingin menyerahkan segala cinta kepada dunia yang Fana ini..

Awak,
Manusia boleh berubah..
Berubah ke arah kebaikan
Mahupun keburukan
Saya sangat-sangat bersyukur
Pancaran kebaikan yang DIA pancarkan ke dalam hati..

Awak,
Kiranya kita menghitung Dosa kepada-Nya
Terlalu banyak sekali
Tersangat banyak sekali
Bayangkan..
Hidup di Dunia
Selama 22 tahun 
Apa yang kita lakukan?

Awak,
Carilah DIA
Pemilik Cinta yang Sebenar
Carilah DIA
Pemilik Rindu yang Hakiki..

Awak,
Berbekalkan Rasa Cinta
Kepada ALLAH dan RASULLULAH..
Saya bataskan pergaulan antara kita 
Tiada Sms..
Tiada Calling-calling..
Tiada Jumpa-jumpa..
Maaf! Saya perlu menjaga hati..

Awak,
Perbaiki diri 
Perbetulkan Niat..
Muhasabah Diri
Apa Tujuan kita diciptakan?
Buka Tafsir..CAri surah Az-zariyat ayat ke 56..Itulah kita..

Awak
Maafkan saya..
Kini.
Saya berpegang teguh pada prinsip
Tiada COUPLE secara ISLAMIK
Biarlah CINTA dan RINDU 
Hanya pada ALLAH dan RASULLULAH..

Awak,
Saya Tidak ingin terleka lagi
Cukuplah Dahulu..

Biarkan diriku melangkah 
Dengan membuka lembaran baru
Kisah dahulu dijadikan pengajaran
Sebagai panduan sepanjang perjalanan

Aku Ingin Berubah
Perkenankanlah Ya ALLAH..
Bingkisan Hati Nursaidatul Akma..

02 June 2012

Awak..




Awak,
Maafkan Saya
Sekiranya pernah
Membuai Hatimu
Sekiranya pernah menyentuh hatimu
Setelah itu 
Ditinggalkan begitu sahaja
Teruk kan?
Tapi awak,
Biar teruk di mata manusia
Jangan teruk di mata Allah

Awak,
Maafkan saya
Apabila, sejak akhir-akhir ini
Saya banyak membatasi pergaulan
Antara Kita
Bukankah Dalam islam
Seharusnya begitu?

Awak,
Bukan saya menunjuk baik
Apatah lagi menunjuk Solehah
Tapi awak,
Sejak kebelakangan ini 
Terlalu banyak peristiwa yang merungkai hati

Awak, 
Menjejakkan kaki ke sini
Membuatkan saya sedar tentang sesuatu
Sebelum kita menyayangi orang lain
Kita kena sayang diri kita dulu
Sebelum kita jatuh cinta kepada orang lain
Kita kena jatuh Cinta kepada-Nya 
Kita wajib jatuh cinta pada-Nya

Awak,
Saya mengharapkan 
Awak juga begitu

Awak,
Tau tak?
Selama ini terlalu banyak 
Masa yang dihabiskan
Untuk membuat perkara-perkara yang tak berfaedah
Saya pun tak menyedarinnya 
Tapi awak,
Apabila akal mula merungkai
Kebesarn Ilahi
Sungguh!
Terbentang luas kebenaran depan mata

Awak.
Sebenarnya, semakin banyak yang kita tahu tentang-Nya
Kita akan semakin banyak menangis
Sebab, bertahun-tahun hidup di atas muka bumi-Nya
Terlalu sedikit pngetahun kita tentang-Nya

Awak,
Awak juga jaga hati dan iman ye?
Saya pun akan berbuat sedemikian
Kita sama-sama menjaga hati dan Iman
Nak?

Awak,
Biar tidak bersua
Biar tidak menyapa
Biar tidak berbicara
Yang pentingnya
Bawa Hati kepada Tuhan
Insyallah
Hati-hati itu pasti akan disatukan
Sekiranya ia ditakdirkan untuk menyatu..

BingKisan Hati_Shasa Nursaidatul
Kelas Pengantar sejarah Islam..(^_^)

01 June 2012

Bawa Hatiku Kepadamu..




Aku Risau
apabila aku jatuh cinta
Kerana..
Adakah cinta itu
Cinta Yang Halal?
Cinta yang membawa kebaikan?
Atau keburukan?
Aku Mohon
Bawa Hatiku Kepadamu..

Aku Gelisah
Apabila aku rindu
Hatiku dibuai
Bagaikan dicuit-cuit
Adakah rindu itu pada yang selayaknya?
Aku mohon Bawa Hatiku kepadamu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...