Geng-Geng..

nuffnang

06 February 2011




Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta pada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.


Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.


Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan padaku.


Aminah Qutb
(adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati ditali gantung kerana ketajaman penanya)


Sumber: Buku bejudul "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" by Fatimah Syarha Mohd Noordin.

2 comments:

nur said...

'CiNta haNya UntUk sUami,,,=)

shasa said...

Insyaallah,cinta hanya untuk suami...namun fitrah manusia mudah untuk jatuh cinta..mudah2han cinta suci terpelihara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...