::she found Allah and lived happily ever after:: ...Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung..17:37
03 October 2012
Menangislah Wahai Mata
Menangislah wahai mata
Petanda kau hanyalah hamba
Menangislah wahai mata
Rintihan hanya buat yang maha esa
Menangislah..
Dalam suram cahaya malam
Di sunyi sepi yang murni
Dalam asyikan wahyu tuhan
Dalam indah kalimah hikmah
Dalam sebak mengenang dosa
Dalam syahdu merindu pahala
Maka menangislah wahai mata
Biar setiap ketika biar setiap masa
Jika tidak membasahi pipi
Biar tetap membasahi nurani
Menangislah wahai mata
Mutiara meriwayatkan cinta
Antara hamba dan tuhannya
Sedumu meriwayat duka
Jiwa hamba memanggil pencipta
Menangislah dengan penuh kepiluan
Agar kau tenggelam dalam lautan tiada tepian
Menangis dengan sepenuh jiwa
Agar kau rasa kurnia yang tiada terduga
Menangislah
Agar kau tahu ada bezanya
Antara air mata meratapi dunia
Dan tangisan memanggil yang Esa..
Dr Maza
Penawar duka pengubat sengsara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment