Geng-Geng..

nuffnang

17 November 2012

Sahabat Hingga Syurga.



Assalammualaikum sahabat..Bicara hati bingkisan hati kembali lagi berkongsi rasa dan kasih sayang buat sahabat-sahabat yang sentiasa dekat dihati..Alhamdulilah..
Bingkisan hati ingin berkongsi tentang  jalinan persahabatan dengan Sahabat-sahabat BH yang begitu baik sekali..
Buat sahabat-sahabatku, Siti khodijah, Haliza, Nadia, Fiezza..Entry blog BH kali ini  khas buat kalian semua.. Kalian merupakan sahabat anugerah  terindah daripada Allah kepada BH..

Mengimbas Kembali saat pertemuan kita..( ada sesiapa yang ingat tak?)..^_^

Sebenarnya BH tak ingat sangat bila masanya persahabatan kita ini menjadi semakin rapat..tiba-tiba BH merasakan bahawa kita bagaikan satu keluarga..^_<

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah..ucapan terima kasih tidak terhingga pada kalian semua di atas buah tangan yang telah diberikan..Terharu apabila  menerima buah tangan tersebut, walaupun kita berjauhan namun kalian semua sentiasa mengingati Cik BH..^_^

Sahabat-sahabat yang disayangi..Pernah terlintas di dalam hati, adakah kita akan kekal bersahabat (selepas tamat study)..seriously, BH tidak pernah berjumpa dengan sahabat-sahabat yang begitu mengharapkan persahabatan ini berkekalan hingga ke Jannah..Cik BH  akan terbang jauh balik ke tanah tumpah darahku , kalian semua akan tetap berada dekat walaupun negeri  berbeza-beza, still blh jumpa lagi kan, tiket bas murah je berbanding  tiket kapal terbang ..mahal kot..:’(

 Sahabat-sahabatku yang disayangi..
Seringkali bermain-main di fikiran, adakah BH ini seorang sahabat yang baik? Pada BH kalian semua merupakan sahabat-sahabat BH yang semuanya yang bak-baik belaka..Kalau Selama ini BH bukan seorang sahabat yang baik, tolong ajari BH untuk menjadi sahabat yang baik seperti kalian..

Tolong ajari aku untuk menjadi sahabat yang baik buat kalian semua..
Tolong ajari aku menjadi sahabat  yang sentiasa merindukan sahabat-sahabatnya..
Tolong ajari aku menjadi sahabat yang mendahulukan kepentingan sahabat berbanding kepentingan dirinya..
Tolong ajari aku menjadi sahabat yang berakhlak mulia dengan sahabat-sahabatku..
Tolong ajari aku menjadi sahabat yang sentiasa membangkitkan semaagat dakwah dalam diri sahabat-sahabatku..

BH hati berharap kita semua menjadi Seorang muslimah yang solehah, menjaga maruah dirinya, meletakkan diri di tempat yang tinggi, semoga kita menjadi anak-anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa (jangan lupa doakan ibu bapa setiap kali selesai solat ye)..dan lagi satu insyallah, semoga menjadi isteri-isteri yang solehah buat suami yang tercinta kelak..^_^

 Buat Masa ini, marilah kita sama-sama memperbaiki diri, tetap teguh di landasan cinta-nya..jangan mudah terleka dengan bisikan cinta kaum Adam (Ujian buat hati tue, jangan kita menjadi seperti aiskrim ye sahabat2, mudah sangat cair, teguhkan tembok hati kita..chaiyo!)_ceh! Lebih2 plak eah..hehe..
SaYang SahaBat Semua..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...