Geng-Geng..

nuffnang

30 March 2013

Stress Juga Ujian daripada ALLAH..



Bila dah masuk semester akhir ini, pelbagai rasa yang dialami..betul tak? Jadi memandangkan saya ini pun merupakan pelajar tahu akhir dan seringkali juga merasa stress dengan kerja yang berlambak, saya rasa terpangggil (ceh..hehe) untuk berkongsi kepada sahabat-sahabat semua cara untuk hilangkan STRESS..

Sebenarnya, sahabat semua..STRESS itu juga merupakan ujian daripada ALLAH..Jadi Harap semuanya bersabar ya, jikalau ada yang tertekan..apa-apa pun yang berlaku terhadap diri kita, berharap dan memohonlah pertolongan hanya padanya Yang ESA..

Ermm..Pertama sekali, mengikut apa yang saya baca kita kena sentiasa:

1. Berwudhuk, mudah-mudahan semua kerja yang dilakukan akan berjalan dengan lancar..

2. Banyakkan membaca Al-Quran..Dengan membaca Al-Quran jiwa akan tenang..In Shaa Allah, segala kekusutan yang kita alami akan terlerai,,Yang berat akan menjadi ringan..

3. Banyakkan Solat Sunat..Saya tahu,,Bukan mudah tapi biasa-biasakanlah diri..Kalau kita selalu buat, ianya akan menjadi ringan dan kita akan rasa kalau kita tidak buat solat sunat, macam ada sahaja kekurangannya..( Saya pun tengah mencuba,untuk melawan sifat malas..Jom! sama-sama kita berusaha! Chayaok!)

4. Selalu Berdoa kepada Allah..Haaa,,inilah perkara yang sangat penting. Doa itu senjata orang mungkin. Seboleh-bolehnya letakkan seluruh kebergantungan kita hanya kepada ALLAH semata-mata.

5.Bersangka Baik kepada ALLAH..kita kena ingat bahawa, Sangkaan ALLAH pada kita bergantung kepada sangkaan baik kita kepadanya. Kalau kita bersangka tak baik, apa yang berlaku? 

Itu sahajalah perkongsian saya pada entry kali ini..Sesungguhnya segala ilham untuk menulis ini datangnya daripada Allah. Saya hanya insan yang lemah ydan hina, dan tidak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolongan dari-Nya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...