Semakin kita ingin dekat kepada Sang Khaliq kita akan semakin diuji oleh-Nya. Benarlah, untuk mendapatkan cinta hakiki itu, laluannya payah dan adakalanya menyakitkan sehinggakan kita tidak mampu berfikir secara waras. Sekiranya berfikir berpandukan akal semata-mata, maka hancurlah semuanya. Jangan pula kelak akan timbul penyesalan di akhir perjalanan.
Dalam kita meniti kehidupan seharian, pasti kita akan diuji. Mungkin saja kita tidak menyedari ujian tersebut sekiranya ianya tidak datang bersama kesakitan. Kadang-kala apabila ujian tersebut membuatkan kita tersungkur dan tidak tahu pada siapa untuk mengadu barulah kita akan mencari Sang Khaliq.
Sahabat-sahabat semua.
Bersama kita berdiri teguh dalam mengharungi setiap ujian.
Ingatlah, Tuhan tidak akan memberikan kepayahan sekiranya di luar kemampuan.
Dan Tuhan juga tidak akan menghadirkan ujian dikala kita tidak bersedia untuk menghadapinya.
Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik.
Ya benar. Berkata-kata itu lebih mudah tetapi melaksanakannya itu payah.
Namun, bukankah kata-kata itu juga mampu untuk membakar semangat agar kita tetap bertahan hingga ke akhirnya.
2 comments:
alhamdulillah..nice post..terima kasih
Syukran di atas kunjungannya..Ukhti Nurshamila..
Post a Comment