Geng-Geng..

nuffnang

05 December 2013

Mengapa Aku Masih Bernyawa?


Mengapa aku masih dihidupkan di atas muka bumi ini? Sedangkan aku bukanlah hamba yang begitu taat kepada Sang Pencipta. Dosa menyelimuti tubuh. Ya, adakalanya juga aku begitu teringin untuk membasuh dosa yang berlumuran melimpahi tubuhku, namun rasa itu cuma seketika. Bila dibadai dengan nafsu, rasa itu berterbangan pergi.

Ada ketikanya, timbul rasa cemburu dalam diri. Mengapa mereka lebih taat kepada-Mu? Mengapa aku tidak? Aku Cuma membandingkan apa yang mereka ada dengan apa yang aku miliku. Aku melihat mereka kuat kerana tarbiyyah, Aku? Mereka kuat kerana punya teman yang baik menjadi cerminan diri mereka. Aku?Mereka kuat kerana teman sejati mereka adalah majlis-majlis ilmu. Aku?

Tipulah jika aku mengatakan bahawa diri ini tidak pernah bertanyakan pada yang Esa. Mengapa aku melaluinya, bukan orang lain? Aku beristighfar, terimalah dengan redha setiap ketentuannya. Lantas, aku memohon kemapunan di atas kurangnya ilmuku.

Kadangkala aku menangis sendirian. Merintih. Mengapa aku begini Ya Allah? Mengapa aku tidak seperti mereka? Sungguh aku cemburu kepada kebaikan yang mereka lakukan. Sungguh aku cemburu dengan ketaatan yang berlipat ganda mereka berikan kepada-Mu?

Aku memilih untuk muhasabah diri. Merenung kembali perjalanan hidup. Adakalanya aku tertawa dengan laluan hidupku. Ya, hidup bahagia dengan keluarga. Aku mensyukuri kebahagiaan yang diberikan. Tapi,akhirnya aku sedari. Aku lebih banyak menangis sebenanrnya. Apalah sangat kebahagiaan di dunia ini kerana ia bersifat sementara. Aku ingin kebahagiaan yang hakiki bukannya sementara.

Keculasanku dalam mengenali-Mu. Aku merasakan, sepertinya aku berjalan di atas muka bumi ini yang tidak punya arah tujuan. Dan seteruk-teruk manusia itu adalah mereka yang tidak punya hala tuju. Sesat dalam cahaya. 

Lantas, aku mencari arah. Aku cuba memujuk hatiku sendiri. Aku cuba menongkat kekuatan dengan kakiku sendiri tanpa ada yang membantu. Aku cuba bangkit tanpa sesiapa menjadi pautan. Segalanya aku serahkan pada yang ESA. Dia sumber kekuatan. Dia sumber keyakinan. Dia juga tempat aku merintih.

Dalam pencarian mengapa aku masih bernyawa, aku mula mendapatkan jawapannya. Kerana aku hamba yang berdosa, Allah masih meminjamkan nyawa buat diriku agar aku sedar dan bertaubat kepadanya.

2 comments:

Bill Green said...

nice effort this is my blog

islamic info

Misshaclane said...

I will visit you back..
Such a pleasure..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...