Geng-Geng..

nuffnang

12 September 2013

Aurat Or Fesyen?


"Pakai itu tak boleh! Pakai ini tak boleh! Ish, menyusahkan betullah! Nak bergaya pun tak boleh!"

Wah, banyaknya rugutan. Tahu tak mengapa rungutan seperti ini timbul? Kerana kita terlalu mengikut nafsu, tidak kurang juga yang ingin dilihat cantik dan anggun.

" Kalau pakai biasa-biasa je, tiada keyakinan dirilah"

Betulkah begitu? Keyakinan itu tidak diukur dengan bagaimana cara kita berpakaian. Tidak semestinya tidak bergaya atau berfesyen itu tidak mempunyai keyakinan. Anda sendiri juga melihat, ramai mereka yang hanya berpakaian biasa-biasa sahaja lantang dalam bersuara untuk melontarkan pendapat masing-masing. Ramai juga mereka yang berpakaian biasa-biasa sahaja berjaya dalam setiap bidang yang mereka ceburi.

So, lepas ini jangan jadikan pakaian sebagai alasan agar kita kurang berkeyakinan ya..>_<
Dalam Islam, tidak salah untuk bergaya tapi biarlah tidak menarik mata-mata sang Adam untuk lebih tertarik untuk memandang. Tidak salah untuk berfesyen tetapi biarlah mengikut syariat Allah. Apa-jenis fesyen sekalipun biarlah kita dahulukan syariat.

Penulis juga pernah terjebak dengan fesyen yang entah apa-apa pada zaman sekarang ini. Betapa jahatnya nafsu itu hingga kita tidak mampu untuk mengawal diri sendiri. Disebabkan terlalu dipersembahkan dengan pelbagai jenis gaya yang anggun lagi mempersona akhirnya tewas jua  di lautan nafsu. Tetapi bila dah terjebak, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. Penulis  juga sedang belajar untuk berubah sedikit demi sedikit. Dahulu penulis memang suka pakai shawl tetapi sebelum itu penulis memakai tudung bawal sahaja ada juga sesekali penulis memakai tudung labuh bulat. Tetapi entah mengapa, akhirnya terpengaruh jua. Kadang-kadang kita terlalu mendahulukan nafsu berbanding syariat.

Sesekali, penulis cuba untuk muhasabah diri, mengapa meninggalkan sesuatu yang lebih baik dan beralih kepada sesuatu yang baru yang membuatkan hati penulis tidak merasa tenang. Suatu hari, penulis terbaca tulisan seorang sahabat muslimin " perempuan yang memakai shawl atau selendang agak menonjol". Bermula dari situ penulis secara perlahan-lahan mula berubah. 

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyindir siapa-siapa sahaja, tulisan ini sekadar nukilan hati buat untuk mengingatkan diri ini agar terus bertahan dan tidak kembali kepada yang dulu. Nukilan ini sekadar untuk memberikan semangat kepada penulis.

Wallahualam
Semoga diberkati
Dan buat mereka yang sedang berubah, semoga kita sama-sama kuat untuk bertahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...