Geng-Geng..

nuffnang

11 September 2013

Saat Kugapai Kasih-MU

Assalammualaikum sahabat semua, perkongsian kali ini adalah sebuah puisi yang dinukilkan oleh Ruhana Zaki dalam Karyanya yang bertajuk "Kerana-Mu Aku Berubah". Disaat membaca karya beliau ini, sungguh tersentuh hati. Buat para sahabat yang baru mula bertapak untuk berubah, saya menyarankan dapatkanlah buku ini. In shaa Allah, ianya sangat membantu.

Sahabat semua, puisi inilah yang telah menyentap tangkai hati, puisi ini jugalah yang telah membukakan mata dan hati penulis untuk berubah. Walaupun lambat tetapi ianya lebih baik daripada terus kekal sebagai hamba yang lalai dan terlalu cinta akan dunia.

Penulis kongsikan puisi ini agar, kita bersama-sama muhasabah diri. Agar kita lebih mengenal siapa kita yang sebenar-benarnya. Agar kita lebih mengenal siapa Tuhan yang Esa, Agar kita kenal jalan untuk berubah. Jangan pernah rasa terlambat untuk berubah, kerana bila-bila masa sahaja Allah sentiasa ada buat hambanya yang ingin bertaubat.

Tetapkan hati dan kuatkan Iman. In shaa Allah, moga dipermudahkan segalanya.

Saat ku gapai kasi-Mu
Baruku tahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku menjadi hilang dan liar
Dan tersasar jauh dari jalan-Mu

Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu betapa kerdilnya aku
Ketika tangan kutadah pasrah
Kalbu menangis tanda bersalah
Jiwa merintih ingin berubah

Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu betapa manisnya iman
Betapa indahnya akhlak mahmudah
Betapa syumulnya Islam
Yang dahulu tega kupersenda

Saat kugapai kasih-Mu
Kuingin selalu bersama-Mu
Mencapai makna hamba yang soleh Mengecap nikmat beribadat
Siang, malam setiap detik
Jiwa raga kupersembahkan untuk-Mu
Ya ALLAH..

3 comments:

Ruhana Md Zaki said...

Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca Kerana-MU Aku Berubah. Semoga kita sama-sama dapat menggapai kasih-NYA selama-lamanya.

BicaRa HaTi said...

Alhamdulillah..Penulisan yang begitu menyentuh hati..Terima kasih kerana menghasilkan sebuah karya motivasi yang baik. sy doakan akak berjaya dalam bidang penulisan.

Ruhana Md Zaki said...

Jangan ketinggalan mendapatkan karya terbaru saya yea :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...