Geng-Geng..

nuffnang

10 January 2014

Aku Dan Sahabat Non-Muslimku

:: Aku Dan Sahabat Non-Muslimku::

Sahabat saya selalu mengingatkan, jangan berhenti berharap dan berdoa kepada Allah. Walau dia bukan beragama islam, saya bangga dan rasa sangat bahagia mempunyai kawan baik sepertinya.

Setiap kali, kami menempuh laluan yang sukar, adakalanya dia mengatakan "kalau awak buat solat hajat, jangan lupa doakan saya ya" Saya tersentuh mendengar bicaranya. 

Walau dia bukan beragama Islam, dia faham sedikit sebanyak tentang Islam. Kami telah menjadi sahabat baik selama 13 tahun. Apabila masuk waktu dia selalu menginagtkan " Awak tak solat?" , "Pergilah solat, nanti habis waktu". Sungguh dia seorang sahabat yang baik. Ketika saya solat, dia diam tidak berkutik. Katanya, takut menggangu. Tapi, saya terfikir mengapa mereka yang beragama Islam, di saat sahabat mereka sedang solat, mereka bergelak tawa tanpa mempedulikan bunyi bising yang mereka hasilkan.

Dia juga faham pantang larang dalam bab-bab makanan. Dengan Ikhlas dia akan memaklumkan bahawa " Makanan ni tak halal tau". Dan setiap kali kami keluar membeli barang makanan " ehh..tengok dulu kalau ada cap halal atau tidak."

Saya dikelilingi sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam, tapi itu bukan menjadi halangan bagi saya untuk mengamalkan Islam. Mereka memahami. Kita punya pegangan agama masing-masing. Walaupun mereka tahu asalnya dahulu saya bukan beragama Islam.

Sabah&sarawak perbezaan agama dan kaum tidak menjadi masalah buat kami.
Semoga Allah memberkati dan memberikan hubungan yang baik antara kita walau berbeza agama.
Carilah persamaan dalam kalangan kita semua, bukannya perbezaan.

Saya bersyukur punya Dia dan Mereka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...