Geng-Geng..

nuffnang

23 December 2013

Kem "Mudahnya Solat"

Assalammualaikum Khalifah Allah di muka bumi..

Dengan rahmat dan kasih sayang dari-Nya, alhamdulillah masih diberikan nyawa untuk menghirup secangkir maghfirah..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Sekadar ingin berkongsi pengalaman manis yang dialami pada minggu lepas. Indahnya aturan takdir Allah. Tiada siapa yang mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku. 

Sekian lama mencari tarbiyah untuk mengharapkan kasih sayang ALLAH. Dia yang ESA hantarkan khabar gembira buat diri dengan menjadi sebahagian kepada AJK PELAKSANA " Kem Mudahnya Solat" di kampung halaman tercinta.

Menyumbang tenaga untuk gerak kerja Islam siapa yang tidak merasa seronok dan gembira bukan? Sekurang-kurangnya jika ditanya kelak apa yang kita sumbangkan untuk agama sendiri, kita punya jawapannya.

Pengalaman selama 3 hari bagi menjayakan program ini bersama Ajk-Ajk yang lain terasa begitu bermakna sekali. Berukhuwah dan Bersilaturahim itu sesungguhnya begitu manis apabila seiring dengan kehendak syarak. Yang dulu tidak dikenali jadi kenal. yang dulu tidak mesra menjadi mesra. 

Penatnya memang terasa. Namun apabila melihat akan adik-adik yang begitu bersemangat sekali rasa penat sedikit sebanyak hilang. Hati tersenyum melihat gelagat adik-adik yang mencuit hati. Rasa tidak sihat sepanjang program tidak terasa kerana melihat semangat fasilitator yang begitu tinggi dalam menjayakan program ini. 

Harapan di hati, semoga program seperti ini akan diteruskan lagi. Jika ingin melihat agama Islam terpasak di muka bumi ini maka terlebih dahulu pasakkan Islam di dalam hati. Generasi muda haruslah didik berdasarkan ajaran al-Quran dan As-sunnah. Mudah-mudahan generasi berilmu akan lahir di kampung Rosok dan bersama-sama memperjuangkan Islam. In Shaa Allah.










1 comment:

Ayuni Sara said...

program yang bagus ... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...